SIAPA TUAN TANAH ?

on Wednesday, July 9

1. Kalau mengikut sejarah,Singapura atau nama asalnya Temasek itu dimiliki secara total oleh Kesultanan Melayu Johor. Walaupun Stamford Raffles datang ke Singapura pada tahun 1819,dia hanya diberi kebenaran menjalankan urusan-urusan perdagangan syarikat British. Apabila Perjanjian Anglo-Belanda (1824) ditandatangani, kedua-dua Penjajah ini membahagikan nusantara Melayu ini kepada dua- Di atas utara Singapura diberi kepada British, di selatan Temasik diberi kepada Belanda. Maka jadilah hari ini dikenali sebagai negara Indonesia dan negara Malaysia, walaupun kedua-dua bangsa yang duduk dalam negara ini serumpun iaitu rumpun Melayu.

2. Apabila Tanah Melayu merdeka (1957), Singapura ditadbir oleh Ketua Menteri Lee Kuan Yew. Agen-agen Sosialist dan Komunis sudah menyusup masuk ke Singapura sejak awal tahun 1900 lagi dengan melebarnya sayap Parti Koumintang dari China ke Singapura dan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu diisyhtihar darurat (1948) kerana ancaman Komunis, Singapura hampir-hampir dikuasai dan diperintah Parti Sosialist ( Pro-Komunis).Lee Kuan Yew meminta bantuan Tunku Abdul Rahman supaya UMNO membantu, dengan bantuan Tunku, Lee Kuan Yew dan PAP dapat mengatasi cabaran Komunis di Singapura. Apabila Tunku berucap mengenai penggabungan Sabah/Sarawak/Brunei/Singapura/Tanah Melayu Lee Kuan Yew terus bersetuju kerana ia boleh menguatkan kedudukannya dan juga Melebarkan sayap PAP di Tanah Melayu.

Semasa Singapura di dalam Malaysia, Lee Kuan Yew bertindak sebagai Perdana Menteri di mana-mana persidangan di seluruh dunia. Tunku tentulah marah, mana boleh ada 2 PM dalam satu negara. Tindakan-tindakan Lee Kuan Yew menyebabkan Tunku mengambil keputusan menyingkirkan Singapura daripada Malaysia. Lee Kuan Yew berusaha bertemu Tunku untuk mengelak pemisahan ini, namun tidak berjaya, akhirnya Lee Kuan Yew menangis di depan kaca TV...

3. Maka musnahlah harapan Lee Kuan Yew untuk melebarkan sayap PAP ke Tanah Melayu. Namun Lee Kuan Yew ada Plan B. Dia menubuhkan DAP dan menghantar Lim Kit Siang seorang wartawan NST untuk memimpin DAP. Konsep DAP ialah " Malaysia Malaysia", maksudnya semua kaum adalah sama rata.Hari ini selepas 45 tahun, DAP berjaya menguasai Penang, Perak dan selangor. YB Theresa Kok pangggang 5 Babi tanda berjaya menguasai 5 negeri ( Lihat Blog Asal Theresa Kok sebelum diedit).

4. Tiga hari lalu saya bercakap panjang lebar dengan Tuan Hj. Kamdi Kamil ( SU Persatuan Sejarah Malaysia, Johor ).Kami bercerita panjang lebar, lebih 10 tahun tidak berjumpa, bekas pensyarah saya di Johor Bahru (1995). Beliau menyatakan kebimbangan orang Melayu akan kehilangan Pulau Pisang dan pulau-pulau kecil yang lain jika kita tidak sedar. Beliau menyatakan masih banyak dokumen-dokumen lama yang belum diselongkar di Istana Besar Johor? Keputusan Pulau Batu Puteh masih boleh dikaji semula selepas 10 tahun , maksudnya 2018. Maknanya kita perlu berusaha Selongkar Istana Besar Johor itu untuk mendapatkan sepucuk surat dari kerajaan British yang isi kandungannya tentang Permohonan mereka kepada Raja Johor untuk hanya mengendalikan rumah api di situ.

5. Pulau Batu Puteh macam Hong Kong dengan tanah besar China. Orang-orang China berjaya mendapatkan semula Hong Kong dan Macau...apakah orang-orang Melayu tidak ingin mencontohi orang-orang China di tanah besar China. Walaupun Singapura sudah merdeka dengan sendirinya, namun sejarah tetap sejarah, tiada siapa boleh mengubah sejarah walaupun buku-buku teks sejarah di Singapura memulakan buku sejarah mereka dengan kata-kata...."Singapura dibuka olrh Stamford Raffles..."Adakah mereka buta sejarah?


6. Macam Pulau Hawai..walaupun Hawai sebahagian daripada wilayah Amerika, tetapi Hawai tetap milik orang Asli Hawai..Macam orang Timor Timur, walaupun 15 tahun dalam Indonesia, tetapi negara itu tetap milik bangsa Timor. dan mereka sudahpun berjaya memperolehinya semula.Maknanya...Singapura dan Pulau Batu Puteh asal-usulnya dari Melayu...tak kanlah Singapura berasal dari Peking! Tak kanlah Singapura berasal dari Britain!tak kanlah Macau berasal dari Lisbon! Tak Kanlah Hong Kong berasal dari London!


7. Walaupun kini orang Melayu Singapura tidak ada jadi Menteri tetapi Singapura itu asalnya Temasik, Temasik itu asalnya Melayu. Walaupun MB Selangor orang Melayu tetapi Theresa Kok yang umumkan rm100 Juta ladang Babi, Xavier yang umumkan pembinaan gereja terbesar dan terluas, walaupun Mohd Nizar MB Perak tetapi Majoriti Exco adalah DAP...nak buat keputusan dasar kerajaan Perak, mesti dalam mesyuarat, dalam mesyuarat mesti dapat sokongan majoriti, kalau M Nizar sahaja seorang PAS apalah yang boleh dia buat melainkan mengiayakan sahaja...sebab itulah mereka luluskan pemberian geran tanah 999 tahun kepada rakyat Perak, tetapi berapa peratuskah Melayu?

8. Kesimpulannya,semasa pilihanraya PRU13 nanti bersatulah semula, contohi orang Cina bersatu semuanya dalam DAP..saya teringat kempen pilihanraya baru-baru ini, satu kain rentang di lebuhraya LDP..." Undi MCA Maksudnya Undi Melayu "...Sebab itulah MCA/Gerakan kalah teruk...

9. Orang Melayu sudah hilang Singapura dan Pulau Batu Puteh, sekarang adalah masa untuk mempertahankan bangsa kita/ tanah air kita/ agama kita/ dan survival anak cucu kita...

10. Kerana mereka sudah mula menghakiskannya...

4 Komen:

silentbase said...

Sungguh menarik artikel saudara kali ini. Saya berpendapat Dap cuba untuk menguasai negara memandangkan hampir separuh sumber dan kepentingan ekonomi negara dimiliki oleh mereka. Bilangan mereka juga semakin bertambah setiap tahun.

Apa yang menjadi keperluan disini adalah orang-orang melayu perlu bersama-sama membentuk kekuatan dari pelbagai sudut untuk berjaya dalam hidup supaya tidak mudah ditipu. Harus dilihat orang cina di Malaysia lupa akan asal-usul mereka walaupun suda memiliki empayar aset yang di bina di Malaysia.

Meskipun begitu, orang melayu turut menerima impaknya apabila sebilangan tanah mereka dijual kepada Bukan Bumiputra. Dengan bertambahnya kos hidup, orang melayu yang telah menggadai tanah (menjual tanah negara) kini sudah bertambah perit keadaan hidup mereka.

Pada masa ini apabila anda pergi ke mana sahaja bandar-bandar besar di seluruh negara, anda akan lihat masyarakat cina dalam rumpun bangsa mereka bergaul sesama mereka dan hidup dalam keadaan mewah. Orang melayu kian menderita. Jurang pendapatan yang berbeza ini, jika tidak dibaiki oleh Kerajaan kelak akan melihatkan peratusan kemiskinan jatuh kepada orang melayu.

Tidak dinafikan wang dapat membeli segala-galanya. Ingatlah wang merupakan raja pada masa ini. Tidak ada lagi orang melayu yang ingin menjadi susah. Mereka inginkan wang walaupun sumbernya tidak diketahui dari mana. Yang penting bagi mereka adalah tidak perlu berusaha tetapi mendapat wang yang banyak untuk meneruskan hidup. Sy ada berfikir apakah yang akan berlaku kepada orang melayu jika tidak ada seorang pun yang mampu memiliki sumber ekonomi (tanah, modal dan sumber2 lain)untuk meneruskan hidup.

Walaupun sejarah dapat membuktikan pemilikan sesuatu itu, sy yakin wang masih dapat membeli sesuatu yg lebih besar daripada Pulau Batu Putih.

Terima kasih

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Terimakasih.
Saya bersetuju pandangan saudara, maka itu kita orang Melayu mesti bersatu dengan menyokong kerajaan kita dengan kuat, jangan biarkan mereka melemahkan kerajaan kita, ini kerajaan orang Melayu, maka masalah yang ada kita selesaikan dari dalam, jangan menjadi Kitul, kita sekarang tidak lagi boleh terus berpecah terutama dalam politik kerana sudah ada Umno/Pas/Pkr...

Generasi baru terutama perlu ada kesedaran poltik dan kenegaraan, kalau bukan kita menjaga kerajaan dan negara kita ini, siapa lagi?

Tiara Mazua said...

Saya juga bersetuju dengan artikel saudara ini. Orang Melayu sepatutnya bersatu padu mempertahankan ketuanan Melayu yang telah dipelihara sejak sekian lama. Namun, masih ada lagi cacat cela yang perlu dibaiki dari semasa ke semasa.

Mungkin penerapan kemelayuan dalam diri anak-anak muda harus dipertingkat lebih-lebih lagi orang bukan bumiputera di Malaysia kini semakin menguasai dari pelbagai segi bidang. Maafkan saya jika bersifat perkauman. Akan tetapi, ini merupakan satu fakta yang tidak boleh kita nafikan lagi.

Saya amat berharap agar masyarakat di luar sana mulai sedar akan kepentingan mempertahankan hak oang Melayu di Malaysia. Tidak dikecualikan juga kepada kaum Cina dan India untuk mempertahankan hak tersebut bagi kemakmuran bersama.

Anonymous said...

Memang tersentak juga saya dengan keputusan pilihanraya PRU-13. Rupanya mereka semakin hampir menggapai cita2 mereka. Terkesima juga membaca artikel sejarah ini. Kalaulah saya baca artikel ini sebelum mengundi, pasti saya akan pangkah kepada bangsa kita, bukan untuk perubahan yang tak pasti nasib bangsa kita. Harap sesiapa yang nak ubah, dapat baca artikel ini. Percayalah, sejarah tidak pernah berbohong. Baru saya sedar yang kita perlu bersatu sebelum semuanya terlepas ketangan orang lain.... Masih belum terlambat utk kita berfikir secara rasional dan bukan emosional untuk PRU-14 nanti..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan