ANJING KERAJAAN

on Monday, August 11

1. Anjing Kerajaan...Mossad...malah ada yang menyebut bapak segala syaitan...dan pelbagai macam lagi istilah yang kotor dan jijik yang anwar keluarkan dari mulutnya suatu ketika dulu. Beginikah moral seorang pemimpin yang bercita-cita menjadi PM? Apa perasaan anda jika anda dipanggil anjing kerajaan, atau anak anda, atau saudara-mara anda, atau suami anda dipanggil anjing kerajaan? Maka benarlah kata Ezam dan Dr Chandra Muzaffar, bahawa Anwar ini seperti Sumpah-sumpah, siang cakap lain, tengahari cakap lain, malam cakap lain, di depan pengundi Melayu cakap lain, di depan pengundi Cina cakap lain, di depan pengundi India cakap lain, yang penting berikan mereka kata-kata indah walaupun dusta...

2. Jika kempen PRU12 Anwar berjanji akan turunkan harga minyak di bawah RM2.00. Namun, semasa debat Anwar hanya sanggup turunkan RM0.50 sen sahaja. Maknanya RM2.70 seliter kepada RM2.20 seliter bukanlah di bawah RM2.00 Penipuan-penipuan seperti ini bukan perkara baru. Anwar sudah biasa melakukannya.

3. Ingatkah anda dengan suara sedih dan air mata penceramah-pemceramah Anwar seperti Zulkifli Nordin, Dr. Badrul Amin menangis-nangis berceramah kononnya Anwar boleh hidup 2 3 hari lagi keranan kena racun Arsenik. Kemudian Dr Wan Azizah juga melaung-laungkan kononnya Anwar diberi suntikan HIV. Walaupun saya bukan Dr, orang yang kena HIV ne wajahnya menjadi hitam-kehitaman...namun Anwar selepas dibebaskan bukan setakat Sehat-Walafiat malah mampu berjoget di Ijok.

4. Begitu juga tentang sakit tulang-belakangnya konon perlukan kajian dan pembedahan, perubatan moden tidak ada di Malaysia ne...hanya ada di Jerman, maka diusahakanlah oleh Khairy Jamaludin pasportnya dan dibawalah ke Jerman. Maka datanglah pelawat-pelawat special dari Amerika, yang terawal Paul Wolfowitz, perancang Perang Amerika Ke Atas Iraq. Tidak ada pembedahan, tidak ada kesakitan yang melampau, Anwar sehat-Walafiat sehinggakan mampu terbang berjam-jam ke Dubai-Amerika-Kuala Lumpur-Jakarta-Singapura-Hong KOng-Saudi-Kota Kinabalu-Kuching-Thailand-Australia-kempen Bersih-kempen minyak- semuanya Anwar pergi dengan segala kesihatan yang Sehat Walafiat. Tidak perlulah saya link kan di sini bagaimana gelagat anwar di dalam hospital, pembaca boleh tengok dalam youtube banyak tersebar tentang anwar kantui ...( di luar hospital berkerusi roda diangkat dengan penuh kesedihan dan penuh emosi, di dalam hospital berjalan kaki sambil sehat walafiat )


5. Dan yang amat perlu dijawab oleh Anwar ialah siapakah penyumbang terbesarnya semasa PRU12. Adakah kerana sudah terlalu banyak pelaburan diberikan maka AlGore, J Biden, Condoliza Rize, Cohen, Wolfowitz dll American terpaksa memberi sokongan terhadap Anwar dalam kes liwatnya? Mengapakah Israeli News meramalkan Anwar menjadi PM pada bulan April? Apakah kerana juga ada udang di sebalik batu? Berapakah jumlahnya? Adakah ia sponsor? Adakah ia hutang? Semua ini belum dijawab. Jika BN selalu dimomokkan kononnya BN menggunakan jentera kerajaan, menggunakan wang kerajaan, menggunakan wang Petronas, dan bermacam-macam tuduhan lagi, maka kita juga ada hak untuk bertanya soalan yang sama. Kerana kita takut jika ia berupa hutang maka kita bimbang kekayaan Selangor akan digunakan untuk membayar hutang-hutang itu.


6. Sebab itu rakyat curiga, pengundi Permatang Pauh juga perlu bertanya, mengapa semua ini berlaku kepada mereka? Siapa dalang di sebalik semua ini? Jika Anwar terpaksa mengikut telunjuk DAP dan Non-Malay dalam PKR untuk hapuskan DEB, hapuskan Ketuanan Melayu, Menolak Negara Islam,...maka apakah yang boleh diharapkan kepadanya lagi. Sebab itu penulis menyebut bahawa Anwar sudah tidak relevan, untuk 20 tahun akan datang kita mesti ada pemimpin baru, pemimpin yang ada jatidiri bukan diikat oleh YahudiAmerika.

7. JIka Anwar Calon parti Republikan di Amerika, barangkali Obama Barrack akan tewas. Tetapi di Malaysia Anwar Ibrahim sudah tidak Relevan. Kehebatannya dahulu hanyalah lakonan semata-mata. Hari ini Anwar sudah kaya dan raya. Keutamaannya ialah nak jadi PM, bukan nak basmi kemiskinan, rasuah dan penyelewengan. Jika Anwar menyokong Salman Rushdie, menyokong Chin Peng,menyokong IFC,menyokong Majlis peguam Forum Memeluk Islam, tidak menyokong rakyat Palestine mengusir Israel, tidak menyokong pejuang Islam Selatan Filipina, tidak menyokong rakyat Iraq menghalau Amerika,maka apakah Relevannya Anwar kepada Malaysia?

4 Komen:

Muhamad said...

Assalamualaikum,

Berdasarkan keadaan semasa, DSAI mendapat kelebihanan untuk merealisasikan "Cita-citanya" melalui pendedahan yang dilakukan TDM mengenai kelemahan dalaman UMNO.

DSAI akan menggunakan taktiknya seperti yang dilakukan dalam kempen FRU12 dimana PR menggunakan ucapan TDM yang "mengaku menzalimi DSAI". Pihak PR sanggup mengeluarkan VCD dan mengedarkan kepada pengundi bersama manifesto PR di Selangor. Secara logiknya sekiranya ucapan TDM itu benar maka DSAI akan terus menyaman TDM. Tapi adakah ini berlaku? Ini menunjukkan bertapa kolotnya permainan politik DSAI dan PR.

Melalui kedua-dua situasi ini, jelas yang akan menjadi mangsa adalah rakyat.

UMNO dengan masalah dalaman, (Peringkat Kebangsaan)- Boleh dirawat dan dikawal. Masih dikalangan kita orang MALAYSIA.

DSAI dengan kawan-kawannya Amerika, Yahudi dan DAP(PAP-Singapura) (Peringkat Dunia)- Sukar dirawat dan dikawal kerana sudah melibatkan campurtangan kuasa luar.

Maka marilah kita menilai dan berfikir apa yang terbaik untuk Negara kita.

Berfikir dengan akal, Jangan berfikir dengan emosi.

Jangan jadi macam "Pak Kadok" Ayam menang kampung tergadai.

Adakah akan muncul Pak Kadok Moden?? yang melibatkan pertaruhan yang lebih besar iaitu Kedaulatan Negara. Renungkanlah..

Terima Kasih.

Spiderman-Malaysia said...

saya baru lagi dunia siber ni.

Ini Blog baru saya .

ingin menghubungi dan menghubungkan serta dihubungi.

hormat dari,


spiderman-malaysia

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Terimakasih saudara Muhamad, inilah tanggungjawab kita menyedarkan org Melayu terutamanya bahawa anwar tidak relevan lagi kpd bangsa dan negara kita. Jika anwar di amerika, dia akan relevan kerana rakan2nya semua di sana.

VCD TDM adalah suntingan oleh pasukan PKR dan PAS. Mereka sunting, potong2 ucapan TDM then gabungkan. Inilah mereka, menipu dan menipu rakyat.PAS yg Islamik pun nak menipu cara ne,

Kepada Spiderman, selamat datang ke alam siber. berjuanglah dgn keyakinan di hatimu, jgnlupa tanggungjawab kita kpd agama Islam, bangsa Melayu dan tanah air kita ini. Jgn beri ruang kepaa DAP, PAP, YahudiAmerka bertapak di Malaysia.

Zahar said...

Kot kot yang anwar ni dok kalut nak cepat2 jadi PM ni pasal sponsor dia suruh cepat. wallahu a'lam bissawab.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan