DAP BERJAYA REALITIKAN HASRAT LEE KUAN YEW

on Thursday, August 28

1. LAKONAN Lee Kuan Yew yang paling hebat ialah semasa dia menangis teresak-esak sehari sebelum YTM Tunku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura dari Malaysia. Lee Kuan Yew menulis dalam Bibliografinya bahawa dia cuba berusaha menyelamatkan Singapura supaya terus berada dalam Malaysia, namun YTM Tunku tetap dengan keputusannya.

2. Bagi penulis, Lee Kuan Yew menangis bukan kerana Singapura dikeluarkan dari Malaysia. Dia Menangis kerana impiannya untuk menawan negeri-negeri di Pantai Barat Malaysia melalui PAP dan konsep Malaysian Malaysia itu telah gagal berkecai. Lee Kuan Yew sebenarnya bercita-cita untuk menawan Johor Bahru, Seremban, Melaka, Kuala Lumpur, Ipoh, Penang di mana penduduk Cina majoriti atau hampir sama dengan orang Melayu. Itu cerita 40 tahun dulu, hari ini konsep Malaysian Malaysia yang disambung oleh DAP (adik PAP sebenarnya ) telah dihidupkan kembali dan sudah menguasai KL, Selangor, Ipoh dan 100% Penang. Lim Guan Eng hari pertama dilantik Ketua Menteri, tidak lagi menyebut Pulau Pinang sebaliknya menyebut Penang.

3. Sepanjang Tun Dr. Mahathir menjadi PM, Lee Kuan Yew seingat penulis menyebut 3 kali keinginannya untuk bergabung semula dengan Malaysia. Lee KUan Yew sedar, Singapura sudah tepu, sebab itu apabila Singapura memenangi kes Pulau Batu Puteh, mereka masih tak puashati, sebab itu mereka menuntut lagi kawasan perairan di situ ( EEZ ). Kerajaan Thailand sangat bijak apabila membatalkan pembelian saham Telekom Thai oelh Temasek Singapura. Alasan Thai sangat tepat iaitu faktor keselamatan. Memang benar kerana jika Temasek berjaya membeli saham satelit Thai, maka intipan Singapura ke atas Thai semakin mudah.

4. Orang Melayu di Malaysia tidak sedar, Singapura adalah diam berisi. Singapura dijaga oleh Amerika dan Israel. Semua komponen tentera Singapura dibeli dan diselenggara sama ada oleh Amerika atau Israel. Mossad sendiri berpangkalan di Singapura. Maka tidaklah hairan Malaysia Today server dia dah relocated di Singapore-based.

5. Orang Melayu juga tidak sedar, Amerika tidak mahu dalam sesebuah negara itu ada kaum yg Dominan dan memiliki hak istimewa. Sebab itu Amerika Tidak menandatangani Konvensyen Hak-Hak Orang Asal PBB. Amat malang Anwar mahu menghapuskan Ketuanan Melayu dan digantikan dengan Ketuanan Rakyat ( Malaysian Malaysia). Mudah difahami Malaysian Malaysia adalah Klon Malayan Union. Malah Persatuan Gereja Sabah juga sudah menghantar surat terima kasih kepada Anwar kerana sokongan Anwar menggunakan nama Allah oleh Gereja, malah MP PAS ( Khalid Samad) pun bersetuju Allah digunakan merujuk kepada God. Peliknya Hj Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz mendiamkan sahaja.

6. Hari ini apabila kuasa politik bangsa Melayu yang selama ini dijaga oleh UMNO semakin terhakis, DAP terutamanya dan NonMalay dalam PKR sudah berani mempersoalkan kesucian agama Islam, sudah berani bercakap ya dan tidak kepada Raja-Raja Melayu, sudah berani berkata boleh dan tidak boleh dalam soal hak istimewa orang Melayu. sudah berani meletakkan syarat kepada bangsa Melayu.

7. Penulis percaya sasaran DAP seterusnya ialah menguasai Kerajaan Persekutuan. Kempen mereka pada PRU12 dahulu...Undi MCA=Undi Melayu semakin berjaya. Pilihanraya Kecil Permatang Pauh jelas menunjukkan DAP sudah kontrol minda bangsa mereka untuk menolak Melayu sebagai kuasa utama di negera ini. Mereka memaksa Pemimpin dan Bangsa Melayu menerima konsep Malaysian Malaysia, tetapi adakah Pemimpin dan Bangsa mereka mengamalkan konsep Malaysian Malaysia. Contoh yg paling terdekat...apakah Bahasa Utama dalam Konsep Malaysian Malaysia...Bahasa Mandarin atau Bahasa Melayu(Bahasa Malaysia). Terbukti di kalangan mereka , komuniti mereka tidak ada satupun yang menggunakan bahasa Melayu(bahasa Malaysia) apabila berkomunikasi!

Mereka mahu menjadikan Bahasa Melayu(Bahasa Malaysia) sebagai bahasa sejarah sahaja sebagaimana lagu Majulah Singapura di Singapura! Kalaulah Hang Tuah, Zaaba, Panglima Bukit Gantang, Syed Albar, Datuk Harun Idris masih hidup...

6 Komen:

cekka said...

Teruskan usaha sdr kearah kebenaran. Semoga Allah bersama anda..

MelayuPenang said...

Cina Indonesia kalau be\rkomunikasi guna bahasa Melayu sebab mereka faham sejarah asal-usul nenek moyang meka.

Cina Malaysia kalau berkomunikasi haram guna bhs Melayu, mereka guna bahasa Ibunda mereka di pasar, sekolah, pejabat, kedai, hospital mana2lah,...kalau di tengah2 ada org Melayu ke, org india ke, dia ckp Mandarin juga.

Ne yg Lim Kit Siang and Son nak perjuangkan Malaysian Malaysia...Lama kelamaan Malaysia ne jadi Sigapore. Bodoh benar Anwar ne sokong Malaysian Malaysia ( ketuanan Rakyat ).

Kalau nak sangat, khabaq kat semua Cina2 tu kalau berckp guna bahsa Melayu mcm org Cina Indonesia cakap fasih bahasa Melayu. Kalau Cina I(ndonesia boelh guna bhs Melayu kenapa Cina Lim Kit Siang ne tak boleh, nampak sangat nak rampas Tanah Melayu ne..sial Kit Siang ne, hantar balek pi negara nenek moyang dia naik tongkang.

Kalau tak boleh, jgn bakar perasaan org Melayu wahai Kit Siang!

Kalau Kit Siang and the Son ne hantar balek ke negara asal nenek moyang dia, dia diterima ke agak2.

Yusha'a said...

Sebenarnya salah orang melayu sendiri dengan perangai dan pola pemikiran "biarlah....., tak apalah....sikit je bagipun.... dan macam macam lagi". Mentaliti kuno di zaman moden. inilah dia satu mentaliti yang ada pada melayu sekarang, sehinggakan dipijak kepala oleh bangsa pendatang. ramai agaknya yang lupa "janji melayu" dan "wasiat raja -raja melayu". Sedarlah....

Anonymous said...

Saya bekerja disempadan johor dan singapura.Saya melihat warga Singapura semakin mudah masuk kenegara kita dengan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh jabatan saya.Kalau boleh warga Sinagapura ini ingin masuk kenegara kita tanpa pasport pun tidak mengapa asalkan mereka dapat berbelanja duit dolar mereka di jb.Saya kesal dengan pemerintahan johor yang amat mengalu-alukan kelambakan warga Sinagpura tanpa memikirkan kesannya terhadap masyarakat setempat.Dijohor Bahru,lihat sajalah warga mereka mendiami rumah mewah sedangkan rakyat kita hanya tinggal di kawasan setinggan.Mereka ini berlagak bagaikan tuan rumah sedangkan mereka hanya menumpang ditanah kami.Mereka memperlekehkan pegawai2 kami disempadan dan bersikap angkuh dan berlagak dengan kami.Tapi saya sdih pemerinth bagaikan buta mata asalkan ekonomi maju.Jangan sampai Johor jadi Pulau Batu Puteh baru nak menyesal!!

Anonymous said...

Sekarang semua warga SIngapura sudah boleh menggunakan MACS(MALAYSIAN AUTOMATED CLEARANCE SYSTEM).Saya hairan mengapa kementerian pelancongan begitu beria0ia mempromosikan MACS ini sedangkan asalnya MACS untuk pelabaur yang berdagang diMalaysia,tetapi kini sudah boleh digunakan oleh satu republik SIngapura umpama menjual myKad kepada SIngapura.Mereka tidak tahu warga Singapura ini begitu angkuh,sombong dan berlagak bila memasuki negara kita.Mereka ini tidak tahu warga Singapura ini sedah membeli rumah disini dan menetap di Malaysia tanpa apa-apa sekatan.Kalau rakyat Malaysia dihadkan kemasukan tetapi rakyat Singapura diagung-agungkan.Keselamatan negara terabai,apa akan jadi kalau warga SIngapura ini menjadi perisik di Malaysia bagi mencari kelemahan kerajaan MAlaysia.?????Singapura ini hanya menanti menjadi Israel kedua kalau mereka menakluk Malaysia????FIKIR@KANLAH!!!

Anonymous said...

kalau ada ahlul bahlol melayu dlm pakatan haram yg baca article ni,aku rasa haram satu abuk pun mereka faham maksud LKY & sekutunya tu (LKS & son)...sebab kepala hotak mereka penuh & tepu dgn Najis BABI yang siang malam di sumbat oleh seorang melayu bernama BABI tu...
yang paling suka LKY dpt masuk semula nanti ialah wali terompah jamban sorang tu...lihat gambar dia bersalaman dgn LKY sambil angkat jari bagi sign "BEST".....

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan