DAP & PAS AKAN TERTIPU

on Monday, August 11

1. Sebelum Anwar menyertai UMNO pada tahun 1980an, rakan-rakan seperti Hj. Mohd. Sabu,Hj. Fadhil Nor dll yang ada dalam PAS sekarang terkejut Besar apabila di hari penentuan Anwar tidak sertai PAS, sebaliknya sertai UMNO. Sebab itulah Hj Mohd Sabu adalah insan yang Paling Tidak Percaya kepada Anwar, maka tidak hairanlah pada tahun 1998 semasa Anwar dipecat, Hj Mohd. Sabu dalam ceramah2nya berkata...apa pentingnya Anwar...dan tidak hairanlah apabila Hj Mohd. Sabu memberi gelaran kurang manis kepada Anwar seperti al-juburi.

2. Saya yakin, melihat kepada cara Anwar berpolitik yang suka menghalalkan apa jua cara, tidak terkejut jika selepas September Anwar akan membawa PKR menyertai BN atau membubarkan PKR menyertai UMNO. Ketika itu, maka terkontang-kantinglah DAP & PAS. Perkara ini tidak mustahil, sama kesnya ketika Anwar menyertai UMNO di atas (1980).Bolehkah Anwar dipercayai, terutama di dalam politiknya sejak 1980-2008. Tun Guru Nik Aziz sendiri sudah mula bercakap ada musuh dalam selimut dalam PR nak menjatuhkan Anwar. Sebagai Mursyidul Am dan pemimpin pusat PAS, Nik Aziz sudah semestinya ada sumber yang boleh dipercayai. Maka kecurigaan di dalam PR kepada Anwar nampaknya semakin menjadi-jadi.

3. Apabila Dr Wan Azizah meletak jawatannya, maka ia adalah langkah pertama Anwar meninggalkan PR. Segala dasar yang dijanjikan semasa Dr. Wan Azizah sebagai Presiden PKR menjadi tidak Relevan lagi ketika bersama PR. DAP & PAS harus ingat, Anwar bukan setakat bertemu SAPP tetapi juga bertemu MP BN!...

4. Bersambung...

4 Komen:

Muhamad said...

Salam Saudara...

Pada pandangan saya... DSAI tidak akan meninggalkan PR.. kerana DSAI mempunyai kepentingan dalam PR... Melalui PR sahaja beliau akan cuba mendapatkan jawatan PM..

Manakala DAP dengan agendanya tersendiri iaitu mahu menjadikan Malaysia seperti "Malayan Union" semua rakyat mempunyai hak sama rata termasuklah dalam hal ehwal agama Islam...

Yang mungkin tertipu hanyalah PAS sahaja... Sebab PAS adalah parti Islam dan didalamnya majoriti Orang Melayu.

DAP menggunakan kesempatan ini untuk memecah belahkan orang melayu dan Islam..

Manakala PKR adalah "jentera" yang menjalankan tugas ni... yang mendapat hasil adalah DAP dan DSAI sahaja. PAS pula tetap sama... yang hanya mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat berbuat apa-apa..

Sekian, Terima kasih

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Saya juga sependapat dan sangat bersetuju dengan tuan, PAS jadi mangsa , malangnya geng2 HUsam KJ rela diperlakukan sebegitu,

Paling untuk DAP dan DSAI secara peribadi.

Namun, bolehkah kita percaya anwar ini tidak ada jumpa MP BN? anwar akan jadikan musuh sebagai kawannya, kawan sebagai musuhnya selepas habis madunya mcm Zahid Hamidi dulu dibiarkan terkongtang-kanting,

Siapa MP BN yg anwar jumpa di Singapura dan Hong Kong? Untuk apa? MP Khalid Samad PAS Shah Alam pun hanya marah-marah bila anwar jumpa MP lain tanmpa pengetahuan mereka.

Muhamad said...

Sudah pasti DSAI ada berjumpa dan menghubungi MP BN.. untuk merealisasikan impiannya selama ini.

Namun sejauh mana kebenaranya??? Tapi yang mungkin terjadi ialah DSAI mensasarkan MP BN dari Sabah dan Sarawak untuk bersama-samanya menyokong "Kerajaan Baru"

Pada pandangan saya juga DSAI tidak akan dapat menarik MP UMNO kecuali mereka yang mahukan perubahan dalam UMNO itu sendiri.. "Menggesa DSAAB meletakkan jawatan secepat mungkin" (Kemungkinan boleh berlaku)

Persoalannya sekarang:
Adakah UMNO akan menerima DSAI kembali ke dalam UMNO?

Jawapan saya dalam persoalan ini ialah saya tidak bersetuju langsung sekiranya ini terjadi.

Terima Kasih.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Ya, komen saudara realistik. sebab itu saya berpendapat Anwar sudah tidak Relevan di Malaysia, Malaysia memerlukan Pemimpin Pelapis yang lain, bukan Anwar. Anwar sudah kaya raya, kita rakyat marhaen bukan di mata Anwar, rakyat Marhaen hanya Kerajaan boleh bantu,

Bukan Individu yang kepimpinannya Tidak tetap Pendirian, Tidak Jelas, Menghalalkan Cara, Meragukan, malah hubungannya dengan YahudiAmerika sangat bertentangan dengan bangsa Melayu dan agama kita. Maka itu Anwar sudah Tidak Relevan lagi.

DAP dan Anwar bijak manipulasi PAS. Dalam hal ini, PAS rugi besar.Yang untung sekarang DAP.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan