DAP= PM PENANG 2013 ATAU 2018

on Sunday, August 31

1. Semasa Lee Kuan Yew ( LKY ) berada di luar Negara, LKY memutuskan untuk bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia Mac 1964 atas alasan MCA ( ketika itu Tun Tan Siew Sin ) gagal membantu masyarakat Cina di Tanah Melayu.

2. Dalam kempen2 di Kuala Lumpur, puluhan ribu masyarakat Cina mendengar kempen PAP dan LKY. Ketika itu, seluruh jentera PAP dibawa masuk dari Singapura. LKY sangat yakin akan menang besar. Namun, keputusan pilihanraya itu menunjukkan PAP ditolak oleh masyarakat Cina Tanah Melayu. PAP hanya menang di Bangsar ( Devan Nair ).

3. Sebelumnya Syed Albar ( Singa UMNO ) telah berkempen dalam Pilihanraya Umum di Singapura ( 21 September 1963 ). Malangnya ketiga-tiga kerusi yang menjadi milik UMNO Singapura telah tewas, orang-orang Melayu didapati telah memberi undi kepada PAP. Tunku, Tun Razak & Syed Albar telah pergi ke Singapura untuk menerangkan bahayanya PAP terutama dengan konsep Malaysian Malaysia.

4. Orang Melayu Singapura menolak nasehat Syed Albar, namun 20 tahun dan 30 tahun kemudian nasehat Syed Albar menjadi kenyataan= Tiada lagi Ketua-Ketua Jabatan/Agensi kerajaan diketuai oleh orang Melayu, tiada Menteri Melayu, tiada Ketua Polis Melayu, tiada Ketua Tentera Melayu, malah Melayu diketepikan dalam semua aspek pada hari ini, di Singapura.

5. UMNO menubuhkan Konvensyen melibatkan 123 NGOs Melayu/Islam. Pada Julai 1964, orang Melayu mengamok di Singapura akibat daripada dasar LKY mengenepikan orang Melayu. Pada September 1964, sekali lagi orang Melayu mengamok apabila LKY menekan Tunku supaya menerima Malaysian Malaysia.

6. Lee Kuan Yew mendesak lagi Tunku supaya menerima Malaysian Malaysia ( 1965 ), dan menukar konsep “ rakyat Malaysia” kepada “ Warganegara Malaysia”. LKY juga menolak permintaan Tunku supaya sebahagian hasil Singapura diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk membantu memajukan negeri itu. LKY menolak dengan alasan Singapura tidak perlu membayar yuran untuk menyertai Malaysia.

7. Walhal LKY yang beria-ia hendak menyertai Malaysia kerana takut dengan Tekanan yang diberikan oleh Presiden Sukarno yang ProKomunis ketika itu. Malah parti PAP sendiri tidak dapat mengawal Barisan Sosialis dan Parti Buruh yang semakin menguasai Singapura. LKY sangat takut dan memberitahu kepada Anthony Head, Pesuruhjaya Tinggi UK bahawa dia takut dikelilingi 200 Juta Melayu Indonesia dan Malaysia. LKY tiada jalan melainkan memohon menyertai Malaysia.

8. LKY menuduh dan berucap di luar Negara, konon kerajaan Persekutuan mengamalkan racist. Pernah satu insiden di New York, LKY berkeras dengan Tunku untuk duduk di kerusi PBB mewakili Singapura. Tunku menolak kerana hanya ada kerusi Malaysia sahaja. Mana boleh ada 2 nakhoda dalam satu Negara!. UMNO mendesak Tunku supaya LKY ditahan di bawah Ordinan Darurat ( ISA ). LKY lebih suka dia ditangkap untuk menjadi Hero Cina, namun Tunku tidak terpedaya dengan lakonan LKY, akhirnya Tunku memutuskan Singapura dikeluarkan dari Malaysia. Keesokannya LKY menangis teresak-esak. Penulis berpendapat LKY menangis bukan sebab itu, LKY menangis sebab gagal dalam cita-citanya MeMalaysiankan Malaysia.

9. Jika kita perhatikan apa yang dilakukan oleh DAP di Penang terutamanya, kemudian Perak ( DAP menguasai Kerajaan Perak) dan Selangor (DAP memiliki suara majoriti dalam kerajaan ), penulis percaya Kes Singapura akan berulang semula, Penulis percaya jika orang Melayu masih Tidak sedar ancaman ini, Penang akan mendapat Perdana Menteri untuk satu atau dua penggal pilihanraya lagi. Kemudian diikuti Perak dan Selangor.

10. LKY telah berkata “…Hari ini hari kemenangan anda,hari kekalahan saya; tetapi dalam masa lima hingga sepuluh tahun, anda pasti akan meratapinya…” Ternyata ia terbukti, apabila pada tahun 1969 , Rusuhan Kaum berlaku. Penulis percaya, DAP juga memerlukan lima dan sepuluh tahun sahaja lagi untuk menjadi Perdana Menteri Penang! Sejarah sudah membuktikannya…dan sejarah itu berulang lagi…

14 Komen:

Anonymous said...

I think so, but its ok, we also pay tax ma, Malay is a very lazier human in the world, u see Kelantan,Indians are ular man, come and see Penang,

MAK said...

I think U are chinese. So, you can say like dat. but, remember dis country is belong to malay. So,"always bersyukur"!

Anonymous said...

Malay racist!

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

DAP telah mendidik masyarakat Cina bahawa mereka dilayan sebagai " second Class " di negara ini. Walhal pd pendapat saya, mereka sendiri yg menjadikan diri mereka second class.

Mereka tidak benar2 patriotik , perhatikan hari merdeka, di tempat rumah sy yg 90% Cina, hanya 4 rumah sj yg kibar Bendera Malaysia.
Contoh terdekat, mengapa mereka tidak boleh Berkomunikasi dlm BMelatu( BMalaysia) sepertimana org Cina Indonesia yg fasih.

Jika mereka terus mempertahankan keCinaan mereka, bagaimana DAP boleh meyakinkan kita yg mereka adil dlm konsep Malaysian Malaysia.

Sebenarnya itu Jerat DAP nak kuasai Malaysia dari aspek politik terutamanya. Mereka sudah berjaya di Penang.

Penulis sngt yakin, jika Malaysian Malaysia berjaya dibuat, org Melayu akan jadi Pengemis & Penumpang di tanah air ini!

Anonymous said...

Salam,
Sama-sama kita renungi.
Jangan Jong pecah Yu Kenyang.

Semua silap. UMNO juga silap. sebelum ini orang-orang Melayu / Islam yang pro PAS dinafikan haknya sebagai warga negara yang bayar cukai. Selepas demdam selama 50 tahun. Negara dah nak jadi macam ni, baru nak bermuzakarah.

Dengan demdam yang lama itu, agak panas dan sukar untuk disejukan dengan masa yang singkat.

Sebelum ini kalau di Kelantan.Kedah dan Terengganu, termasuk Perlis. BN/UMNO lebih selesa layani Non Malay berbanding Melayu PAS.

Politik orang China 2 + 1. Dua didalam (MCA & Gerakan) 1 di luar - DAP.
Sekarang 2 & 1 (MCA & Gerakan kuasai kerajaan Pusat) DAP kuasai kerajaan negeri.

Kita sama kita asyik berpecah sahaja.

Sama kita renungi sempena Ramadhan Al-Mubarak tahun ini.

Mat Glamour

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Ya benar, namun penulis berpendapat jika pemimpin2 UMNO di peringkat mana pun masih berfikiran 70an, 80an, 90an, masih dgn egonya, masih dgn malasnya, masih dgn sikap lamanya, masih tak benarkan org bawahan bersuara, masih nak halang org bawah bersuara, masih nak gunakan kuasa wang dan kuasa pangkat untuk mengecilkan rg bawahan...penulis yakin UMNO akan jadi mcm Golkar di Indonesia.

Sebaliknya, jika UMNO sbg tulang belakang BN membuat perubahan dlm politiknya, mengubah lanskapnya, tidak mengekang ahli2nya, bersifat musyawarah ( bukan Demokrasi, kerana Demokrasi ciptaan Yahudi Amerika) jika pun nak guna istilah Demokrasi, kena tambah Demokrasi Tradisi...maknanya tradisi bangsa kita agamanya Islam, budayanya Melayu dsbnya...bukan 100% demokrasi barat.

Sebagai parti yg besar UMNO sudah byk jasanya kepada agama, bangsa & negara, tidak dinafikan UMNO juga byk kesilapannya, tidak juga dinafikan ada membawa byk kebaikan yg dinikmati sekarang,

Perpecahan Melayu kpd PAS/PKR/UMNO jelas menuntungkan Cina kerana Cina di dalam MCA/Gerakan/DAP menyelam sambil minum air. Org Cina bila melihat sesuatu mesti ada benefit kpd dirinya dan bangsanya, sebab itu tidak hairan bila mantan YB2 Gerakan sertai kerajaan Penang/Selangor, sebab mereka lhat benefit.

Tapi kita bangsa Melayu, apa yg kita ada lagi dlm dunia ini melainkian Tanah ini...kita tidak ada tanah lain dalam dunia ini melainkan Tanah ini. Oerg Cina boleh balik ke China, org Inda boleh balik ke INdia atau ke Kanada, Australia, Amerika...tetapi org Melayu tidak mungkin boleh menjadi rakyat Amerika, melainkan org2 spt Anwar yg sememangnya bersahabat baik dgn geng2 Yahudi Amerika.

Penulis tidak boleh menerima perjuangan PKR kerana dia memperjudikan nasib bangsa Melayu dan agama Islam. Pendirian dia tak jelas, bukan Anwar itu yg ditakuti tetapi Gerombolan Yahudi di belakangnya,sedankan Chin Peng , Anwar nak ampunkan dgn alasan banyak juga Cina Komunis dalam negara skrg.

Penulis tidak memperkecil PAS, kita menghormati PAS dgn dasar Negara Islamnya dan Membangun Bersama Islam. Namun 4 Syarat dlm Pakatan Rakyat ialah yg ke 4. Malaysia mesti Kekal menjadi Negara Sekular! Husam/Kamarudin semua terima...Tiada bantahan. Jadi, macamana prinsip mereka,

Penulis berpendapat MUzakarah itu teruskan saja walaupun Karpal mengamcam PAS kelua Pakatan Rakyat. Yg mana penting nak jaga Kapal ke nak jaga agama Islam.

khensthoth said...

Yang pertama sekali, DAP tidak perlu mendidik masyarakat Cina bahawa kami dilayan sebagai "Pendatang Asing", "Penumpang" ataupun warganegara kelas kedua. Fikiran seperti ini telah diukir ke dalam minda masyarakat Melayu, sepertimana yang ditunjukkan oleh Ahmad Ismail, ketua UMNO Bukit Bendera. Masyarakat Cina and India sendiri boleh merasai keadaan ini.

Yang kedua, patriotisme dan perasaan cinta yang tidak terbelah kepada negara Malaysia oleh masyarakat Cina tidak diragui, tetapi patriotisme bukan semata-mata mengibarkan Jalur Gemilang. Pengibaran bendera Malaysia tidak dapat menunjukkan percintaan kepada negara, sebagaimana ketiadaan tindakan itu tidak menunjukkan bahawa kami tidak mencintai negara ini.

Yang ketiga, ada di kalangan rakyat Cina dan India yang boleh bertutur and berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia yang fasih dan tulen. Namun, kebolehan ini tidak dapat dijadikan bukti percintaan terhadap negara Malaysia. Pertuturan fasih dalam sesuatu bahasa tidak dapat menunjukkan kewujudan percintaan terhadap negada atau patriotisma.

Saya mengakui bahawa saya tidak dapat berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia yang fasih, tetapi saya boleh bertutur dengan bahasa dan perkataan yang senang dan mudah. Kebanyakan masyarakat Cina tidak boleh bertutur dengan kefasihan yang setanding dengan masyarakat Melayu. Ini kerana Bahasa Malaysia memang bukan bahasa ibunda kami. Sekurang-kurangnya kita boleh memahami diri sendiri.

Kebanyakan rakyat Cina tidak mahu meninggalkan Bahasa Cina kerana kami berpendapat bahawa pemahaman bahasa ini ialah sesuatu manfaat ataupun faedah apabila kami berkerja nanti. Seperti masyarakat Melayu, kaum Cina di Malaysia tidak ingin juga bahasa ibunda lenyap di Malaysia.

Masyarakat Cina ataupun DAP hanya mempertahankan budaya kami, begitu juga degan kaum Melayu dan kaum India yang mempertahankan budaya masing-masing. Inilah ketunggalan dan keistimewaan Malaysia - rakyat pelbagai kaum berhidup dengan aman dan damai. Inilah Malaysian Malaysia - Malaysia untuk semua warganegara Malaysia yang dilayan dengan adil.

DAP tidak ingin merampas ataupun menguasai Malaysia. DAP hanya ingin mewujudkan dan menubuhkan negara Malaysia yang melayan semua warganegara dengan adil dan berpatutan, negara Malaysia di mana semua kaum aman dan damai, negara Malaysia yang tidak berada di dalam cengkaman rasuah, negara Malaysia di mana semua warganegara boleh hidup dalam keadaan selesa dan negara Malaysia yang boleh bersaing dengan negara-negara maju dalam globalisasi. DAP ingin mewujudkan Malaysia yang lebih baik.

mak said...

khen, bagus kalau ramai org cina seperti awak. tp yg menghairankannya, kenapa time pru12 dulu ketika berkempen DAP menyebut "undi BN, Undi melayu". Nah, apa makna ayat tu?boleh jelaskan?

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Jika semua masyarakat Cina dalam DAP besikap begini alangkah baiknya, namun hakikatnya tidak begitu.

Patriotisme itu dibuktikan melalui sikap, bukan semua Cina atau India atau Melayu tidak patriotik, namun perbuatan menunjukkan sikap.Jika mengiar Jalur Gemilang pun tidak boleh, bukankah ia satu perkara kecil, seharusnya dibuat dan dibuktikan.

Mengapa Cina Indonesia boleh berbahasa Melayu dgn fasih. Mengapa Cina Filipina boleh bertutur Tagalong dgn baik, Penulis berpengalaman mengajar sekolah yg hampir 100% Cina. Hakikatnya apa yg dinyatakan di atas tidak berlaku. Penulis juga duduk di tempat 90% Cina, hakikatnya dari segi bahasa, pergaulan, pemikiran, sikap masih tebal Kecinaan.

Malah di tempat sy, ada sebuah keluarga yg saya kenal rapat, sudah hampir 2 tahun meninggalkan Malaysia,rumah dan kereta barunya dibiarkan begitu saja tidak disentuh, hanya sekali sekala balik menjenguh.

Dalam KONTRAK SOSIAL yang dipertikaikan hampir seluruh Cina DAP, memang diberikan fasa Orang Cina dan Orang India dibenarkan Mengekalkan Identiti masing2.,bahasa masing2, budaya, akhbar dan sekolah...namun di Indonesia mengapa Cina di sana tidak mempunyai sekolah cina, tiada akhbar Cina dsbnya. Sebab itu Semangat Patriotik Cina Indonesia lebih Tinggi berbanding Semangat Cina Malaysia sebahagiannya.

Bacalah tulisan seorg Cina Malaysia yg belajar di Amerika dlm Malaysia Insder,...kata pelajar Cina ini, Malaysia sepatutnya menghapuskan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ...tapi sanggupkah?

Kesimpulannya, pendapat anda kalau dilaksanakan sangat baik. Penulis pun setuju, Boleh anda beritahu kepada masyarakat Cina paling mudah...jika kamu bertiga ada dua norg Cina dan seorg Melayu...janganlah bercakap Mandarin kerana org Melayu tidak tahu ertinya, ini berlaku di Sekolah, Hospitan, pejabat jangankan lagi di kedai2. Boleh anda minta kepada taukeh2 yg orang Melayu selalu membeli di situ...jangan gunakan tulisan Mandarin lebih besar drpd bahasa Melayu kerana nak menghormati Bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan.

Sejarah membuktikan di Singapura, jika masyarakat dan pemimpin Cina tidak mengamalkan apa yg sepatutnya terbukti negara Singapura itu bukanlah menjadi negara Singaporean Singapore...sebaliknya menjadi Chinese Singaporean.

Akhirnya, anda tidak boleh menjadikan negara ini 100% Malaysian Malaysia...negara ini ada rajanya, ada asasnya, ada tradisinya dan semuanya itu pangkalnya Melayu. Adakah anda menolak hakikat ini?

Apakah org Melayu yg menetap di negara China atau Taiwan seperti Shamsiah Fakeh boleh mengamlkan apa yg diamalkan oleh masyarakat Cina di Malaysia.

Kita dapati DAP tidak melaksanakan apa yang dituliskan dalam otak fikiran mereka. DAP gagal mendidik masyarakatnya untuk menghayati makna sebuah bangsa Malaysia yg benar2 Malaysia.

Apapun pandangan saya kerana saya membela bangsa Melayu yang saya lihat ditidakadilkan dlm banyak perkara, bagi masyarakat Cina seperti anda saya ucapkan tahniah,anda memang rakyat Malaysia keturunan Cina yang bagus. Terimakaksih.

JRY said...

Ya, saya stuju, cuba bayang kan, saya sekarang menuntut du UMS, Majoriti sekolah/fakulti saya adalah cina. bila ada masa terluang sahaja, memang saya rasa mcm berada di negara cina sahaja. kemuadian, bila saya ke kelas BI pula, dalam 20 18 semuanya cina, dan hanya 2 org iaitu saya dan seorg peribumi sabah. bila berbincang xada yang nak satu kumpulan dengan kami berdua, terpaksa la saya dan seorg lagi kawan saya itu berbincng sesama kami berdua. pelik bukan? Pernah saya ditegur oleh seorang kawan Cina yg saya rasa dia pandai bergaul dengn bukan cina yang lain. Katanya, " nah, itulah, lain kali belajarlah bahasa cina, jgn belajar 2 bahasa sahaja".2 bahasa maksudnya bm dan english la tu. terus dalam hati saya,kalau semua orang belajar bahasa cina dan bergaul pun dengan bahasa cina, Bahasa melayu nak letak dekat mana? saya x tahu lah apa akan jadi pada malasia masa akan datang. Nasib baik masih ada Uitm yang mempertahankan bangsa melayu, naseb baek jga masih ada malaysian yang sanggup membantah pembukaan uitm kepada bukan melayu.

MangsaCina said...

Org mcm Khen ne tak boleh dipercaya saudara.

Pergilah ke company2 besar yg dimiliki atau diketuai oleh Cina, bila temuduga budak2 Melayu yg ada Master dan Degree dlm bidang akauntankah, engineering ka....sepatutnya layak mengisi jwtn pengurusan, tapi ditolak...bila kita cek, dia pi ambik budak Cina yg hanya lulusan Diploma...alasannya dia boleh ckp Cina...


Maknanya org Cina DAP ne memang penipu!

khensthoth said...

Kepada mak,

Saya memang tidak memahami ayat itu yang digunakan oleh seseorang pemimpin DAP.

Saya tidak akan menafikan bahawa di kalangan pemimpin-pemimpin ataupun ahli-ahli biasa DAP, ataupun PKR yang memang mementingkan kaum Cina atau India sahaja. Saya tidak akan menafikan bahawa sesetengah di antara mereka bersifat perkauman juga.

Tetapi bilangan "racist" dalam parti UMNO memang lebih daripada parti-parti yang lain. Hakikat ini mungkin kerana bilangan ahli UMNO jauh lebih banyak jika dibandingkan dengan parti-parti yang lain, tetapi saya tidak boleh menerima parti yang kebanyakan ahlinya "racist".

Toot said...

Apakah perbezaan antara orang Melayu, orang Cina, orang India and kaum-kaum lain di Malaysia?

Saya tidak menafi hakikat bahawa perbezaan dari segi tradisi wujud antara semua kaum di Malaysia. Tetapi, tiada orang yang siuman akan menafi hakikat bahawa persamaan antara kaum lebih banyak daripada perbezaan.

Orang Cina bukan lebih pandai daripada Orang Melayu. Orang Melayu bukan lebih hebat daripada Orang India. Orang India bukan lebih gagah daripada Orang Cina. Kita ni semua manusia. Kita ni semua Malaysia, kerana Malaysia ialah negara kita.

Hanya orang yang berpendapat bahawa perbezaan (selain daripada genetik dan perubatan) di antara kaum perlu dititikberatkan ialah racist dan orang gila dalam negara kita.

Pendapat MangsaCina bahawa syarikat dimiliki Orang Cina akan menggaji Orang Cina atas alasan dia bertutur dalam Cina memang tidak berasas. Syarikat-syarikat akan manggaji pekerja berasaskan kebolehan mereka, bukan bangsa.

Orang yang berpendapat seperti MangsaCina ialah katak di bawah tempurung yang tidak boleh menganalisis situasi dan kebenaran.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Khen, saya faham dilema anda. Maksud Mak ialah semasa PRU12 terdapat kempen2 oleh DAP dalam akhbar Cina dan kain2 rentang tertulis " UNDI BN=UNDI MELAYU" dan ada juga " UNDI MCA=UNDI MELAYU". Kempen2 ini sangat berbau perkauman yang membawa maksud jika kamu undi MCA atau Gerakan maknanya kamu undi orang Melayu. Walhal BN adalah gabungan pelbagai kaum yg membentuk satu negara.

Saya bersetuju dgn pandagan Jason Chin, dalam Malaysian Insider yg bermaksud...jika kita benar2 mahu mewujudkan bangsa Malaysia ( Malaysian Malaysia ) yg sebenar, kenapa tidak hapuskan saja sekolah2 Vernakular! Tapi apakah DAP bersetuju hapuskan sekolah2 Jenis Kebangsaan Cina.

Cadangan Jason sangat Praktikal, Kalau Lim Kit Siang benar2 Ikhlas , ok kita laksanakan One Country One School System, only One Sekolah Kebangsaan sahaja like Singapore. Di Singapore tiada sekolah Jenis Kebangsaan, tetapi adakah DAP nak lakukannya. Sudah pasti tidak.

Apakah saya racist apabila saya mempertahankan yang hak kepada bangsa saya.Anak saya sendiri bersekolah di sekolah tadika Cina, daripada 20 murid, hanya anak saya Melayu, hanya anak saya memakai tudung, isteri saya belajar dan bekerja dgn 90% orang Cina, memang org Cina diakui kuat kerja, namun di sekolah cina itu saya pastikan ada Guru Agama mengajar agama Islam, di sebelah petang kami memastikan anak mengaji Al-Quran supaya Aqidahnya tidak lari, memang orang Cina ada kelebihan sebab itu Nabi Muhamad SAW nabi kami berkata....Tuntutlah Ilmu Walau Sampai Ke Negara China".

Prof Yu Zhong Bo, Dekan di Fakulti Bahasa Melayu di University Beijing dan pelajar2 China yg ambil Degree BMelayu sangat fasih Bahasa Melayu mereka berbanding kebanyakan masyarakat Cina di Malaysia. Isu ini mesti diselesaikan jika DAP nak laksanakan Malaysian Malaysia.

UMNO kelihatan racist sebab mereka mempertahankan hak mereka, kalau Cina ada Suqui, Dhong Zhong, India ada Hindraf, Melayu ada apa? hanya UMNO kerana PAS lebih berat kepada Islam. Dalam PAS jika anda India Muslim, Cina Muslim, Eropah Muslim bleh jadi ahli PAS, dalam UMNO pula kena Bangsa Melayu/atau Bumiputera Sabah dan beragama Islam.

Saya berpendapat DAP tidak bersungguh-sungguh. DAP menekan kepimpinan negara tetapi DAP tidak menekan masyarakat Cina Mereka. DAP tidak kempen masyarakat Cina mereka supaya menjadi rakyat Malaysia 100%.

Jika UMNO racist saya percaya SJK Cina banyak dah tutup. Buka Perlembagaan Negara...orang Bukan Melayu boleh membuka sekolah persendirian Tetapi sumber Kewangan hendaklah ditanggung sendiri bukan dari bantuan kerajaan....Jika BN yang ditunjangi oleh UMNO bersikap Racist, Sekolah2 Jenis Cina banyak dah tutup...tiada guru,tiada buku teks, tiada bantuan wang dsbnya kerana dlm perlembagaan jelas menyatakannya.

Buatlah Forum...saya sanggup hadir sekalipun untuk berdebat secara baik dengan YB2 DAP , kerana kita perlu nyatakan masalah2 dalam masyarakat kita ini.

Kesimpulannya, cuba buat kajian Orang Cina Seberang Laut yang ada di Thailand, Vietname, Singapore, Indonesia, Malaysia, Brunei...apakah negara yang bermurah hati membenarkan Bahasa Ibunda digunakan malah diinstitusikan, sekolah Cina, Akhbar Cina, Persatuan Cina...

Malaysia sepatutnya mendapat TPM Cina pada tahun 1964, namun Lee Kuan Yew menentang, inilah sejarahnya, You can read book titled " LKY Memories".

Sekarang kita ada 2 pilihan=

1. Kekalkan Hak Masing2 sebagaimana diperseujui dalam Kontrak Sosial
atau
2. Ubah semuanya dengan Risiko Perkauman yang tinggi.TQ

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan