DAP+PR = BERJAYA LEMAHKAN PARTI ISLAM MALAYSIA

on Thursday, August 28

DAP BERJAYA PECAHBELAHKAN PAS

PERHATIKANLAH Kejayaan DAP dan Pakatan Rakyat yang ditunjangi Lim Kit Siang and the son, Karpal Singh & the son, Anwar & the family merosakkan dan memecahbelahkan Prinsip Perjuangan Islam PAS, merosakkan Kredebiliti PAS & membiarkan PAS dipandang parti Islam yang lemah…

1. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang adalah seorang tokoh ulama yang dihormati dan segani oleh setiap kawan dan lawan dari dalam mahupun luar negara. Ilmu dan amalannya dikagumi oleh setiap orang. Bangun ditengah malam untuk bertahajud menjadi amalan rutinnya yang tidak pernah ditinggalkan. Nikmat bermimpi bertemu Rasulullah sudah berkali-kali dirasainya. Solat Istikharah untuk membuat sesuatu keputusan ataupun mencari petunjuk adalah menjadi kewajipannya. Hinggakan untuk mendapat petunjuk Allah terhadap isu muzakarah PAS-UMNO pun Tuan Guru beristikharah selama tiga hari tiga malam. Yang mana akhirnya Allah menunjukkan kepadanya betapa Surah Al-Anfal Ayat 60-62 menjadi sangat relevan terhadap isu tersebut. Itupun masih ada yang meragui ayat AlQuran tersebut hingga sanggup mengupah orang mencari hujah untuk menolak ayat tersebut...dengan alasan kununnya telah dimansuhkan.

2. Setiap orang terutamanya ahli-ahli PAS sentiasa berebut-rebut dan mencari peluang bertemu, bersalam, mencium tangan dan memeluk tuan guru presiden. Bukan kerana taksub membabi buta tetapi ingin merasa ni'mat dan barakah bertemu dengan seorang tokoh ulama disamping mengharapkan doa dan shafaatnya untuk hari kemudian.

3. Dengan personaliti, ketokohan dan kewibawaan Tuan Guru Presiden sedemikian, sangupkah anda apabila bercakap dengan beliau menggunakan perkataan "aku engkau" dengan beliau? Saya percaya semua tidak sanggup (gamak) samada lawan ataupun kawan termasuk diri saya sendiri. Sebelum ini tidak pernah terlintas dihati saya bahwa ada orang yang sanggup berbuat demikian. Tetapi amatlah mengejutkan dan menyedihkan apabila sekarang saya tahu dan kenal siapa yang sanggup dan memang senantiasa bercakap macam tu. Tak perlu saya berselindung dan orang itu adalah KHALID SAMAD, ahli Parlimen Shah Alam dan seorang ahli dalam Lujnah Politik PAS.

4. Cubalah kita bayangkan betapa rendahnya martabat Tuan Guru Presiden menurut kaca mata Khalid Samad sehingga di"aku-engkau"kan. Kalau nak cakap "ana anta" pun kita rasa macam dah kasar inikan pula "aku engkau". "Ana anta" kalau ikut penggunaan bahasa Arab pun lebih kurang macam "aku engkau" juga. Kalau Hatta Ramli yang kurang ajar tu memang dia cakap "ana anta" saja dengan Tuan Guru Presiden. Tapi Khalid Samad ni dah lebih teruk dari kurang ajar. Biadab, takdak akhlaq dan menuju ke arah syakhsiyah jahiliyah. Orang UMNO pun tak cakap macam tu kat ketua mereka. Paling kurang mereka akan bahasakan PakLah atau Dato Seri.

5. Dalam Muktamar PAS baru-baru ni kita boleh lihat betapa Khalid Samad begitu terdesak nak jadi juara puak Erdogan dalam PAS. Ucapannya dalam membahaskan usul tempohari hanya menampakkan kebodohan beliau sendiri. Berapi-api macam sapi (yang kena cucuk hidung) tapi takdak isi. Beliau cuba berlagak pandai bila menceritakan kedudukan PAS dengan PKR/PR di Selangor sedangkan beliau tidak terlibat secara langsung dalam pentadbiran negeri Selangor. Apa yang dia tahu? Orang yang layak bercakap hanyalah Dato' Hasan Ali sebagai Exco kanan kerajaan negeri. Ust Salehin yang jadi wakil Selangor dalam mukamar tu pun layak bercakap dan dia lebih tahu dari Khalid sebab dia duduk dalam Majlis Pakatan Rakyat Negeri.

6. Apa yang Khalid Samad tahu?? Khalid Samad hanya tahu nak selamatkan bosnya, Husam Musa dan sudah tentu DSAI. Dia juga antara pimpinan PAS yang terlalu sayangkan cina kafir DAP dan cuba nak menjahamkan kedudukan Melayu/Islam di Selangor. Saya mendapat tahu bahawa kerusi Ahli Majlis Daerah Tempatan (PBT) di Shah Alam yang sepatutnya diperuntukkan untuk ahli PAS telah beliau cuba serahkan kepada orang Cina kafir!! (Nasib baik ditolak oleh DAP sendiri kerana cina tu tak disukai oleh DAP). Cukup bodoh dan bebalnya pemikiran Khalid Samad ni. Apa yang dia lakukan adalah perbuatan mengkhianat kepada orang Melayu/Islam yang tak boleh dimaafkan. Baru 5 bulan jadi YB dah nak tunjuk belang...perasan diri tu bagus sangat!

7. Kesimpulannya PAS kena buang dan turunkan pimpinan yang kurang ajar seperti beliau yang tidak melambangkan keperibadian Parti Islam. Lebih-lebih lagi apabila beliau sendiri tidak ada rasa hormat sehingga bertindak menghina dan merendah-rendahkan martabat seorang ulama besar seperti Tuan Guru Presiden PAS sendiri dengan perkataan "aku engkau". Sedarlah bahawa tiada tempat untuk orang-orang yang biadab dan celupar terhadap kepimpinan ulama PAS seperti Khalid, Hatta Ramli, Hanifa Maidin dll.8. Semalam di parlimen bila wakil DAP Chong Eng dan PKR (Zulkifli Nordin) bertelagah mengenai isu forum memeluk Islam anjuran Majlis Peguam, Khalid Samad macam biasa cuba nak jadi hero. Yang bangangnya bukan hero untuk Islam tapi hero DAP. Punyala Zulkifli Nordin mempertahankan rasional tindakannya bersama dengan penunjuk perasaan untuk menghentikan forum tersebut atas dasar mempertahankan agama Islam, si Khalid senang-senang mencelah dan cuba memenangkan dan mempertahankan Chong Eng yang mempertikaikannya. Hinggakan Chong Eng berterimakasih dan meminta orang lain mencontohi Khalid Samad yang beliau gelarkan "Islam Moderate". Nampaknya Khalid Samad lebih takutkan DAP dan tindakan disipilin Lim Guan Eng daripada takutkan ALLAH!

Komen-Komen Ahli PAS =
Komen 1= khalid tu kan org johor...aku-engkau tu biasala bagi mrk...tapi kena tengok tempatla juga..aku rasa kurang sesuailah nk address kt tok guru mcm tu...sebab dia bukan org johor.

Komen 2= masyaallah.....lepas sorang2 puak ardogang ni jadi perasit.....

Komen 3= hentikan lah blog tak berfaedah ini, Husam ke, TG Haji hadi ke sape ke....mereka itu orang-orang PAS belaka, mereka semuanya tak nak bawa PAS masuk komponen BN, semua bekerja untuk menaikan PAS dan apa yang mereka buat semuanya atas kapasiti itu apa nak dibising dan kotok sana sini lebih semua usaha diguna untuk lawan Umno-BN. semua tindakan yang diambil adalah tindakan politik... awak tahun muqabalah dengan KU LI yang awak sebut memababitkan juga Presiden PAS!

Komen4= JANGANGENTARRRRRRRRRRRR..!!!!Kepincangan wajib di tegur dan di tegah itu namanya sayangkan parti.bukanya meng-ampu........teruskannnnnnnnnnnnnnnnnn

Komen 5= kurang ajar kepada tuan Guru President, kerana Khalit bekas Pendokong Parti Negara Islam yang berkiblat kepada IMAM KHOMEINI SYIAH,,, Sebab tu dia tidak hormat kepada President kita yang sunni,Syiah mengkafirkan sahabat nabi, Saidina Umar.. President PAS ( Sunni )lebih hina kalau nak banding dengan Sahabat nabi seperti Saidina Umar yang syiah mengkafirkannya.. Sebab tu Khalit tidak hormat kepada Tuan Guru President.Puak erdogan tu campur aduk dengan kafir DAP, kafier Sosialis dan syiah..kafir kristian anti islam.

Komen 6= Kalau bukan tujuan kita hanya sekadar nak mengutuk orang serta mendapat dosa kerana perbuatan durjana itu, kita akan bertindak secara berhemat:1-Ayat 60-62 surah al-Anfal; betul kah ada mufassir dari zaman salaf, yakni sahabat dan tabien , yang mengatakan ayat ini dimansukhkan? Kita boleh buka kitab tafsir yang memang banyak kedapatan. Kalau tiada, memang group ini melampau, dan sekiranya ada kita kena akur.., sekiranya ada khilaf pemahaman, kita hormati perbezaan dan berusaha sedaya mungkin untuk menghayati pemahaman ulama silam dgn penuh adab.2-Di antara maqasid syariat Islamiyyah ialah untuk menjaga maruah dan kehormatan manusia, kita tidak akan menuduh tanpa bukti.Bukti itu pula diiktiraf oleh syara. Hal ini boleh difahami dalam bahagian qazaf, yang dalam kitab yang agak detail akan membincangkan peri haram menuduh manusia yang boleh mengakibatkan jatuhnya marauah mereka. Bagaimana boleh sipenulis yang mendakwa dia seorang pejuang Islam tetapi tidak punya kudarah dan iradah melaksanakan syariat atas dirinya; dapat diharapkan dapat melaksanakan syariat dalam masyarakat?.3-Soal anasir shiah dalam PAS, itu adalah masaalah rumit yang bukan seorang dua pemimpin PAS yang mempunyai saham dalam menyediakan tapak semaian yang subur untuk pencambahan faham itu. Dengarlah sahaja kaset ucapan pemimpin PAS di awal tahun 80'an (zaman tu bukan ada CD) dengar T.G Haji Hadi, dengar T.G N.Aziz, dengarlah yang lain. bacalah tulisan kalim Siddiqi dalam harakah, bacalah buku Dr. Mahfuz tentang sahabat. bacalah makalah Hassan Salleh dalam Harakah. Siapakah yang berdiri dan lantang menegur aliran ini, Ust Nasha?, Ust. Harun Taib, Musatafa Ali, Bakar Cik. Alhamdulillah yang berdiri tegak menentang ialah Dr. Abdul Aziz Hanafi pada era itu.

Komen 7= Apalah korang ni bergaduh sama sendiri. Dalam politik atau dalam peperangan sekali pun, mesti ada muslihat tertentu. Jangan lurus macam bendul.Kalau kita tak ada kekuatan untuk menyerang musuh yang berkali ganda lebih kuat dari kita, janganlah kita mengaku kalah pulak sampai sanggup bersekongkol dengan UMNO. Takkan korang tak boleh baca lagi apa strategi UMNO?Pemimpin PAS pun janganlah dok syok je layan soalan-soalan wartawan sebab kalau wartawan TV3 tanya, biasanya soalan perangkap. Pemimpin juga perlu ada kebijaksanaan untuk melakukan strategi. Jangan menonong je beri komen membabi buta sampai tak sedar diri diperangkap.Allah dah beri kita akal. Jadi gunakanlah dengan bijaksana. Janganlah kita layan sangat Karpal Singh tu. Biarkan dia cakap apa yang dia nak. Tugas kita hanya tunjukkan keberkesanan bila memerintah nanti. Kita masih belum memerintah lagi, jadi... sabarlah. Bukan ke sabar tu sebahagian daripada iman? Lagi kita layan, lagi dia akan jawab dengan hujah-hujah tertentu. Jadi, bila nak habis. Jangan terlalu banyak bercakap tanpa apa-apa tindakan.Tak kan kita nak memerintah Malaysia macam perintah Terengganu dulu yang hanya sepenggal je? Kadang-kadang kita kena mengaku kesilapan sendiri. Jangan ego sangat mengatakan apa yang kita buat semuanya betul.Kadang-kadang apa yang kita buat tak melanggar hukum, tapi strateginya salah. Jangan terlalu emosi untuk melakukan sesuatu keputusan.Renung-renungkanlah

Komen 8= Tahniah kerana blog anda telah dipopularkan oleh malaysiakini.Mungkin Husam ada repot kepada Anu War kot...Sebab jarang blog picisan mcm ni diliputkan.Serangan demi kebenaran telah membuahkan hasil...teruskan.Demi mendedahkan siapa yang benci perdamaian sebenarnyadan yang benar2 gila kuasa...Saya juga sama pendapat dengan blogger 'anti husam' ini.Apakata dedahkan juga siapa orang kuat beliau iaitu juara terbalikkan bendera nama Kick de fella.

Komen 9= Assalamualaikum.Memang boleh menegur sesiapa pun. tetapi biarlah dengan kata-kata yang sopan. Saya mengakui bahwa perkara-perkara seperti ini bakal terjadi lebih-lebih lagi dengan kemasukan beramai-ramai golongan Jemaah Islah Malaysia ke dalam PAS. Cuba lihat kembali siapa Khalid Samad, siapa Husam Musa, siapa Zulkifli Ahmad, siapa Saari Sungip. JIM sejak dari dahulu dan sudah sememangnya kita kenal adalah golongan yang tidak tahu menghormati orang lain. Yang tidak tahu menerima pendapat orang lain. Mereka ibarat Yaajuj dan Maajuj yang akan merosakkan tempat yang mereka lalui. Mereka kononnya berfikrah Islam, tetapi perosak Islam. Bukan setakat di dalam PAS, mereka kalau ada di sekolah, perosak sekolah, di dalam pejabat perosak pejabat.

Komen 10= Salam.Hmm khuatir juga nak masuk ke laman Web PAS ni. Kawan sebenarnya golongan atas pagar. Kawan respek pada UMNO dan respek pada PAS dulu, PKR, entahlah.Tujuan kawan masuk ni hanya hendak meluahkan kerisauan kawan terhadap perkembangan Politik Malaysia sekarang ni. Ok, kawan sebenarnya tak berapa setuju PAS berbaik dengan DAP. Pada pandangan kawan dari baik dengan DAP ada selamatnya berbaik dengan UMNO.Jadi, demi masa hadapan bangsa Melayu dan agama Islam maka kawan setuju sangatlah dengan munculnya weblog ni bagi menyedarkan kita semua bertapa kritikalnya masaalah yang sedang kita hadapi ini.Sekian Wassalam.

Komen 11= DAP PERTAHAN NEGARA SEKULARAndai sungguh apa di kata..sudah terang lagi bersuluh..DAP amat menentang usaha..Menjadikan islam tunjang negara…berdosakah kita bersama mereka..atau syuga balasan kita…kalau itu pengakhir kata…lebih baik tunduk melangkah di buka..laluan gerbang telah terbina…islam akan terus dibela..marilah kita bersama..memberi kata dua kepada mereka..islam tetap terus di bela..dasar sekular kita kuburkan jua…islam harus jadi tunjang negara..rawatlah luka sebelum bernanah lela..biar busuk tapi ia kering jua…jangan sampai ia di potong pula..islam tetap di pertahan juga…semua soalan ada jawapannya..Islam tetap di hati kita..Takbir….. Allahuakbar…Takbir….. Allahuakbar…Takbir….. Allahuakbar…DIKARANG OLEH : SUDAHMASUKPASDITUJUKAN KEPADA : Y.B. DATO' HUSAM MUSA DAN AHLI PAS

Komen 12= sy pun pelik...adakah telah hilang sensitiviti sesetengah pemimpin pas terhadap hal2 yg membabitkan kemaslahatan islam dan umatnya.....adakah kuasa politik diletakkan hala tuju utama utk perjuangan pas sekrg.....sy rasa ramai ahli2 pas yg telah tersisir dari landasan asal utk tegakkan islam.....bermula dgn sentiasan melutut pada DAP yg jelas2 tentang islam....yg mereka mahu hanya islam moderate n contoh2 golongan ni adalah spt yg kita ketahui.......termasuk Anwar

Komen 13= satu kupasan yg cukup menarik dan blh d terima pakai oleh pembaca..ulasan dan karangan yg berdasarkan fakta dan info yg tepat..ya allah pada mu aku berlindung dan pada mu juga kami memohon doa..selamtkan PAS dari anasir2 jahat bersihkan lah jiwa rakan2 kami yg jauh terpesong..betul kata salah seorg komen d atas kita tegur mana yag pincang kita perbaiki yg mana silap..dan kita tegah mana yg sepatutnya..jng gentar wahai hambba allah..kebenaran harus d tegakkan..demi islam dan bangsa kami tadahkan tangan berdoa pada yg maha esa selamatkan umat kami... INGAT JANGAN GENTARRRRRRRRRRRRRR

Komen 14= puak endorgan ni ..kalau macam tu lebih teruk dari KJ dan kuncu-kuncunya...KJ tak kawan dengan DAP...tapi endorgan kawan dengan DAP...kawan dengan kafir harbi...kawan dengan kaki jub**r nuar....husam nampak ghairah nak jadi TPM...hei husam..demo bertaubatla...anwar tu kaki auta...takkan demo nak masuk group dia jugak...hancur harapan tok guru nik aziz tengok demo jadi lagu tu...aku ore klate...tak rela demo jadi MB islam moderate dan diperkudakan oleh kaki Jub**r nuar... ( artikel asal = sila baca antihusam )

Kesimpulan Jentayu=
Bukankah Sudah dinyatakan dalam Al-Quran janganlah kamu mempercayai Yahudi dan Nasrani …Sudah jelas lagi terang DAP Kafir Harbi menolak Negara Islam, Anwar pun menolak Negara Islam, PAS matlamat utamanya Negara Islam.
Karpal sudah menyatakan …Anwar boleh dijadikan Jambatan untuk mendapatkan sokongan PAS.
Kumpulan Ergoban seperti Husam , Kamarudin, Khalid Samad, dll bertujuan menjadikan Anwar PM…Anwar adalah antara penasihat Ergoban(kerajaan Turki) yg dicadangkan oleh YahudiAmerika..
Saya percaya, semakin lama PAS berada dalam Pakatan Rakyat akan semakin Mengecil Kredebeliti PAS, akan semakin cacamerba PAS, dan seterusnya hilang kekuatan…Kumpulan Ergoban sudah tidak lagi melihat Relevannya Kepimpinan Ulama. Anwar sudah menanam nilai Islam Moderate dalam kumpulan ini. Jika tidak mana mungkin Khalid Samad menyokong penggunaan kalimah suci Allah dalam Gereja!
PAS akan lebih dihormati jika dengan Prinsip Asalnya bukan PAS yang sekarang ini.

8 Komen:

AZIZ,IPOH said...

PAS SEKARANG DAH TAK CAM DULU...DAH KEDUNIAAN

Muhamad said...

Mungkin PAS akan lenyap jika meneruskan urusan dengan DAP...

Kemungkinan boleh berlaku...
Dan ia sedang menuju ke arah itu...

Bangkitlah PAS dan teruskan melakukan pembincangan dengan UMNO...

Semoga Allah melindungi Orang-orang Islam dan Rakyat Malaysia..

Ahmad Muhd said...

Salaam.

Islam itu dunia dan akhirat..

Kita tengok kumpulan professional dalam PAS ni bukannya nak menjaga maslahat parti tapi lebih kepada maslahat Anwar Ibrahim.

Nak perjuang Islam ke nak memperjuangkan Anwar Ibrahim?

PAS mesti berhati2 dalam membuat keputusan sebab fitrah Islam itu tak dapat ditegakkan dengan fitnah atau bersekongkol dgn DAP.

Anwar Ibrahim? pejuang Islam macam kata Dr Badrul Amin? Kena tengok betul2 ni! Nampak lebih tergolong dalam syubhaat nih.

Takkan PAS nak perjudikan Islam semudah tu. Ingatlah jerit perih pejuang-pejuang dulu memperkasakan PAS, jgn jadi macam nasib Ikhwan Muslimin di Mesir, ditindas selepas membantu kerajaan baru berkuasa.

CheMok,Melaka said...

Saya cadang kita tubuh Parti Islamik Malaysia (PIM) sebat PAS dah tak islamik dah, sy ahli pas jugak , tapi sekrag dah boring kat pas.

bulaz bujamil said...

Sejarah membuktikan politik berpandukan agama akan membawa kegemilangan (contoh seperti di zaman Rasulullah SAW dan di Andalusia).

Tetapi jika menggunakan agama demi kepentingan politik maka kehancuranlah balasannya.

Sudah tiba masanya kepimpinan PAS menilai semula arah perjuangan parti mereka. Yang mana lebih penting, PERJUANGAN MENEGAKKAN SYIAR ISLAM atau pun KUASA POLITIK semata-mata?.

NikMaheran,KB said...

teman tak stuju parti baru, apa yg perlu PAS buat ialah...kuarkan geng2 husam+kamarudin+khalid+dll yg otak dunia ne lebih sgt, dan kita letak smula kepimpinan ulamak , barulah PAS dpt semula prinsip dia

Kalau buak lagu ne, tok seh, sebat husam dan kawan dia tu sekular sikit, payah kita nak bu

lagu ne PAS dan mcm ameno dah, ne la kita dah royak dah jange dekat DAP, Dulu kita dah kafirkan ameno sebak dia kawan mca dgn mic, ne kita pulak kwn DAP, ne smua anwarlah buat kita jadi gini.

semua dah gila dunia dah, nak buat parti baru mcm Akim tok seh, tak jalan,

Along Sojati said...

Tula..

Den pikir bijaknyo Yahudi ni.. dio nak rusakkan pojuangan Islam dongan cagho melotakkan Anuwar ni dalam pojuangan torsobut, hasilnyo fitrah jihad tu dah jadi kacau.

Kalau ditontangnyo jihad oghang Islam secaro torang-torangan, dah pasti oghang Islam molawan, tak monjadi cagho tu.

Sekarang abih ulamak2 PAS ikut botaklid dongan Anuwar ni. Anuwar adolah segalo-galo eh.

Anonymous said...

"Tetapi yang menggusarkan saya ialah apabila Lim Guan Eng menyebut dalam sidang akhbarnya selepas itu , bahawa DAP Komited memegang 4 prinsip yang disepakati komponen PAKATAN iaitu salah satunya mengakui Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara sekular"- Ustaz Nasrudin Tantawi.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan