LIM KIT SIANG = THE CRISIS IDENTITY OF MALAYSIA

on Tuesday, August 26

1. KEMENANGAN Anwar diterima dan diakui oleh semua pihak termasuk DS Najib Tun Razak. Menurut Najib, kemenangan Anwar menunjukkan amalan demokrasi sangat subur di Malaysia. Tidak ada bantahan dari pihak BN.



2. Penulis tidak dapat bayangkan jika BN yang menang. Penulis yakin jika keputusan sebaliknya maka BN dan kerajaan akan dituduh macam2 seperti biasa pengundi hantulah, jentera kerajaanlah, rasuah, beli undi, tidak adil, BPR berat sebelah, dan macam2 tuduhan. Tetapi oleh kerana menang, maka tiada lagi tuduhan seperti itu.

3. DAP Malaysia & PAP Singapura meupakan 2 parti yang paling gembira dengan kemenangan Anwar. Bagi DAP ...this is the right time ...masa yang paling sesuai untuk merealisasikan Malaysian Malaysia yang diusahakan oleh PAP tahun 1960an dahulu. Jika 40 tahun dahulu Lee Kuan Yew gagal, tahun 2008 Lim Kit Siang yang menetap di Singapura ketika itu kini sudah berada di atas rel yang tepat.

4. Bacalah buku " The Crisis Identity of Malaysia" tulisan Lim Kit Siang. Menurutnya, tidak perlu ada dominasi kaum, agama, keistimewaan dalam negara ini. Melayu, Cina dan India sama sahaja, serupa dan tidak pelu ada layanan istimewa. Bukankah dahulu Lim Kit Siang pernah berkata darahnya pun warna merah juga sama dengan warna darah orang Melayu, kenapa dia tidak boleh dapat apa yang orang Melayu perolehi?

5. Maka jika 5, 10, dan 20 tahun akan datang nasib orang Melayu sama seperti di Singapura, maka Anwar perlu bertanggungjawab . Karpal sudah berkata, DAP mesti jadikan Anwar(PKR) sebagai jambatan perhubungan dengan PAS untuik merealisasikan impian Malaysian Malaysia.

6. Orang-orang Melayu berfikiran Semenanjung Malaysia ini penduduknya masih Majoriti Melayu. Malangnya kita lupa Johor, Negeri Sembilan, Melaka,Perak, dan Selangor orang Melayu purata 51% sahaja. Di Negeri Sembilan, Pulau Pinang, KL, orang Melayu hanya kurang 50% . Hanya di Kelantan, Terengganu, Perlis dan Pahang sahaja orang Melayu melebihi 50%. Di Sabah Bumiputera 49%. DI Sarawak lebihkurang 50%. Maknanya banyak negeri-negeri Melayu kurang dan ini dibuktikan dengan Kemenangan DAP di Perak, Selangor, Kl, Penang dan juga menembusi Johor. Penulis yakin orang Melayu tidak sedar realiti ini, masih dengan mimpi kita masih majoriti di negeri-negeri dalam Malaysia. Maka nya, tidaklah mustahil DAP boleh menjayakan Malaysian Malaysia ( Ketuanan Rakyat ) apatah lagi dengan bantuan Anwar.

7. Akhirnya, jika orang Melayu dan umat Islam tidak sedar situasi ini maka penulis tidak ragu-ragu beberapa tahun akan datang nasib Raja Melayu akan jadi seperti Republik Nepal. Ketika itu, tiada lagi Raja yang melindungi agama Islam dan bangsa Melayu. Maka, apakah maknanya lagi tanah ini namanya Tanah Melayu. Lihatlah Singapura, hanya tinggal lagu kebangsaannya ' Majulah Singapura" namun perisian negara itu semuanya dimonopoli oleh bangsa lain yang dulunya hanya berstatus pendatang, pelawat, peniaga, pelarian perang dan pelarian bencana.

4 Komen:

anakelate said...

mana boleh sama wahai jentayu, darah dia campur babi, ne la pikiran dap, ne la kalau tak tahu halal haram, minta dia balek naik tongkang pi China.

Zahar said...

as salaamu alaikum,

Ini penyakit orang Melayu sendiri, dan seperti kata saudara, tidak mustahil kita mengalami nasib seperti Melayu2 di Singapura.

Yang lucu, antara sebab2 orang Melayu di Singapura di"halang" masuk tentera disana adalha persoalan, apakah mereka sanggup menembak kaum sesama Melayu jika berlaku perang (naudzubillah!) antara Singapura dan Malaysia.

Agaknya, bagi kaum Cina sana, langsung tak jadi persoalan dan mereka akan semua sanggup membunuh kaum sesama Cina di Malaysia ini. Itu lah persangkaan pemerintah Singapura, mungkin sudah bertukar saya kurang pasti.

Tapi pada saya, pengorakan langkah LKS yang pertama sudah selesai, seterusnya hanya menunggu majoriti Melayu yang lembap pemikiran untuk terus memberikan sokongan kepada si anu sehingga mencapai matlamat DAP untuk Malaysian Malaysia mereka itu.

Seperti syaithan, mereka tidak akan berehat atau kenal penat lelah sehingga tercapai maksud mereka untuk mengambil alih Tanah Melayu ini. Dan si luncai dari kaum Melayu sendiri lah yang akan menjadi batu loncatan mereka dalam usaha terkutuk itu.

umnoselangor said...

BN/umno kena cari ketua yg lebih agresif dari anwar, tu je ubatnya. anwar ne agresif,

Muhamad said...

Assalamualaikum? Sahabat di sini,

Ya, Saya sokong dengan pandangan saudara Jentayu,

Ada hikmah di sebalik kekalahan BN di P44, Antaranya:

1. Sekiranya BN menang saya rasa Anwar tidak akan diam. Mungkin akan ada rusuhan lebih besar dan ganas sepertimana yang berlaku di negara Thailand.

2. Pergaduhan mungkin tercetus disebabkan ketidakpuasan hati penyokong Anwar.

Nampaknya pengundi di Permatang Pauh lebih bijak dengan mengelakkan perkara ini berlaku. Mereka memberi laluan kepada Anwar untuk meluahkan rasa ketidakpuasan hati di Parlimen.. Ini lebih selamat. Berbanding sekiranya Anwar di luar Parlimen...

Terima Kasih.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan