MALAYAN UNION VERSI BARU

on Friday, August 8

1. APABILA Pejabat Tanah Jajahan British ingin kembali ke Tanah Melayu selepas Perang Dunia Ke2, mereka telah Merangka Satu Plan baru iaitu Menyatukan Semua negeri-negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat menjadi Kesatuan Malaya ( Malayan Union ) dengan Singapura diasingkan kerana menjadi Hadiah British Crown Colony ( Tanah Jajahan Mahkota British ).

2. Tidak perlu saya tulis semula Catatan Duka 2 Minggu Keganasan Bintang 3 apabila Jepun Menyerah Kalah dan balik ke negara asal mereka. Ingat, Anwar bersetuju Mengampunkan Chin Peng semasa ditanya di Thailand dalam satu forum di sana tahun lepas. Maknanya, Anwar langsung tidak peduli Kesengsaraan & Kesakitan Pahlawan-Pahlawan Melayu di Kampung-Kampung yang mati diseksa oleh Komunis ( PKM ).

3. Harold Mac Micheal ketika itu (1945 ) bekerja di Palestin, tiba-tiba diarahkan ke Tanah Melayu untuk menjayakan Malayan Union. Harold MacMicheal tidak tahu bercakap Melayu dan tidak tahu budaya Melayu telah diarah memaksa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan untuk bersetuju dengan Malayan Union ( kisahnya macam Camdessuss Berdiri di sebelah Presiden Soeharto Tandatangan Perjanjian Berhutang dengan IMF- kesannya PERTAMINA Babnkrap ). Antaranya Raja-Raja diPaksa Menerima bangsa asing secara terus menjadi Rakyat Malaya, maksudnya semua manusia yang ada di Tanah Melayu pada ketika itu automatik menjadi Rakyat Tanah Melayu, tak kisahlah dia baru datang seminggu ke, dua minggu ke, dia tahu bercakap Melayu ke, dia tak tahu nama negeri ke, tak tahu nama Raja ke, yang penting terima secara terus.Nasib baiklah Penjajah British tak bawa masuk orang Afrika dahulu, jika tidak kita akan tambah satu lagi warna dalam bangsa Malaysia kita ini.

4. Kemudian Raja-Raja kita dipaksa pula Turun Kuasa, daripada Raja yang Menaungi Bangsa Melayu dan Negeri serta Tanah Jajahannya diturunkan hanya duduk di Istana sahaja, daripada Raja yang menaungi agama Islam, Raja yang mempertahankan bahasa Melayu tulisan Jawi...diturunkan kuasanya hanya jaga Adat Istiadat Melayu & Agama Islam sahaja, maksudnya Pelantikan MB, Pegawai-Pegawai , Ketua-Ketua KG semua di bawah bidang kuasa Gevernor Malayan Union. Bagi mereka Raja tak pandai pungut Cukai walhal sejak zaman-berzaman dalam Sistem Pentadbiran Raja-Raja Melayu dah ada Sistem Memungut Cukai melalui Syahbandar, Wakil Sultan, Pembesar Jajahan, Ketua Kampung nama saja berbeza hari ini macam DO, ADO, Auditer, walhal Kesultanan Melayu dah buat lama dah...

5. Kenapa Raja-raja kita Tandatangan? Kerana diugut jika tidak Tandatangan Takhta akan diturunkan, maka dengan Linangan Air Mata...Raja-Raja kita terpaksa Tandatangan.

6. Siapa Penyelamat? Pada tahun 1946 Dato Onn Jaafar, Zaaba, Panglima Bukit Gantang, Panglima Bukit Semanggol, pun bersatulah di Istana Johor dengan semua Persatuan-Persatuan Melayu bergabung membentuk UMNO. Melalui UMNO inilah orang-orang Melayu bersatu menentang Malayan Union, membuat Perarakan, Bantahan, Pemulauan, Silat Selendang Merah, Silat Gayung semuanya bersatu Memulaukan Pelantikan Gavernor Malayan Union.

7a. Akhirnya Maruah Bangsa Melayu diselamatkan (1.2.1948), Agama Islam diselamatkan di Tanah Melayu tapi bila Teresa Kok nak kurangkan Volume Azan orang Melayu semua tidur,, Raja-Raja Melayu terus ditakhtanya tapi bila DAP pulau Raja Perak semasa pelantikan MB Perak dan bila Karpal Singh permainkan Raja-raja Melayu semua Persatuan Melayu tidur, Bahasa Melayu terus didaulatkan tapi hari ini Teresa Kok nak hapuskan semua Persatuan Melayu tidur, baik ABIM, GPMS, GAPENA, PENA, BAHASA, Silat Selendang Merah, ProPewaris, PEKIDA, dan sebutlah apa lagi semua tidur dan tidur.Hari ini BAR Council nak buat Forum ' Memeluk Islam' pun masih tidur, Bendera Malaysia diterbalikkan pun masih lagi tidur.

7b. Pendek kata, UMNO mesti mengembalikan Semangat tahun 1946 itu! Kembalikan Semangat Dato Onn Jaafar! Kembalikan Semangat Zaaba! Kembalikan Semangat Panglima Bukit Gantang! Jangan harapkan PAS & PKR kerana PKR tujuan utamanya bukan semua di atas, tujuan utamanya nak jadi PM, PAS juga tidak boleh diharap sangat kerana anasir tidur macam Husam dan Kamarudin Jaafar dah tidurkan PAS. Nasib baiklah Tuan Guru Hj Hadi Awang dah sedar sekembalinya dari Jakarta.

7c. Orang Melayu kalau setakat dua tiga orang bersuara buang masa sahaja, bagai menyalak bukit yang tak akan runtuh...orang Melayu buangkan fahaman politik , bersatulah hadapi semua cabaran-cabaran di atas jika mahu survival Melayu di Tanah Melayu ini wujud sehingga ke akhir zaman!

6 Komen:

ayor lemuju said...

Tuan Haji, semangat orang Melayu sudah tiris hari ini, tercemar oleh unsur-unsur yang sebelum ini tidak dapat menembus minda dan jiwa kita. Berapa kerat sangatkah yang sedang menangis mengenangkan kita sedang berada di ambang kemusnahan? Kerosakan sudah berlaku, tak ada siapa berusaha untuk memperbaiki, malah lebih ramai yang sedang menolong menghancurkan.

Saya link blog ini ke ayorlemuju.blogspot.com

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Terimakasih Tuan, mari kita Sedarkan semua orang Melayu betapa org2 seperti Anwar, Husam, Kamarudin Jaafar,sudah Tidak Relevan untuk memperjuangkan agama Islam & bangsa Melayu di tanah air kita ini.

Tanya MB Perak beranikah dia bentangkan Paper Work dalam Mesyuarat EXco nak buat Hukum Hudud? MB Perak sanggup tutup mulut drpd buat kerana takut HiLANG kUASA MB. Maknanya Dunia lebih penting drpd Agama Islam.

Tanya MB Selangor mana lebih penting Iklan Arak Jenama Antarabangsa atau Hukum Allah ! Kenapa Dr Hassan Ali diam diri!

Semua mereka berlakon saja alim, tetapi hakikatnya takut menegakkan syiar Islam. Nik Aziz kata DAP macam Syaitan, Husam Kamarudin Jaafar pula bersahabat dengan Syaitan ini ( pinjam kata2 Nik Aziz ).

Bolehkah mereka semua diharapkan lagi untuk menegakkan negara Islam? Maknanya PAS relevankah lagi nak menegakkan Syiar Islam kalau Cita2 Negara Islam pun dah ditukar kepada Negara Kebajikan ( Ini Konsep Barat-Yahudi Amerika yang telah mereka laksanakan sejak tahun 60-an lagi ).

ahlipas said...

saya cadang saudara lawan anwar kerana artikel saudara ada kekuatan,

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Terimakasih,ramai yang lebih baik, sy insan kerdil,sampaikanlah walau satu ayat,yg benar , untuk agama, bangsa, dan negara.

silverthana said...

saya ingat satu leaflet-pamplet yamg selalu hantar kesatu surau dalam company tempat saya bekerja(company tersebut ada 3 buah surau sebab banyak bangunan)taktau siapa letak,saya pun dah lupa nama pamplet tersebut,(dah tak sembahyang disurau tu)rasanya ditulis olih budak2 muda.banyak isi kandungannya tak tepat,ada satu artikel ianya mengatakan bahawa para tentera/pejuang kita,yang pegi berperang ketika zaman komunis,jepun adalah berjuang untuk penjajah british sama seperti askar gurkha atau lebih tepat kerana gaji.banyaklah ulasannya-dah tak ingat.pada pandangan saya budak2 nie buta sejarah dan tak buat kajian penuh.masa tu,saya rasa nak cari pengarang artikel tersebut nak penumbuk sekor2,biar dia rasa terbuka sikit minda.nanti kalu senang saya pergi balik surau tersebut(skrg saya dah tukar kebangunan lain) dan cari artikel tersebut dan dapatkan nama dan penerbit,bolih hantar ke Tuan untuk buat siasatan pengarangnya.

Aliran nie sama dengan kawan2 dari blok biru dan hijau.depa kata apa ada pada bangsa semua sama,yang penting Islam,tapi dah dapat negeri
tak buat pemerintahan Islam pun.duk menipu saja.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Terimakasih, dapatkan sy pamplet itu, anak muda diberikan info yg salah olhe pihak yg tidak bertanggungjawab konon semua agama adalah sama (Kicdefella penyokong Husam Naib Presiden PAS pun dah tulis semua agama adalah sama - mana boleh, hanya Islam saja Allah Redha).

Mereka juga diberi info oleh anasir subversif konon askar Melayu makan gaji British, malas,konon PKM yg berjuang menentang British,mereka tak sebut byk Melayu mati dibunuh Komunis, Anwar pula nak ampunkan Chin Peng

Sebab mereka nak menafikan Peranan org Melayu dlm sejarah ini, Mereka sengaja memperkecilkan org Melayu di negeri ini, mereka highlightkanbangsa mereka yg bersalah itu, mereka nak putar sejarah, mna boleh.

Tq, berikan saya maklumat itu.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan