MOHD. SABU = ANWAR LEBIH GANAS DRPD DR. MAHATHIR (1)

on Tuesday, August 19

1. Mohd Sabu :Sebenarnya gejala nepotisme yang berlaku dalam pemerintah di Malaysia, di antara Mahathir dan Anwar, saya meletakkan Anwar Ibrahim lebih ‘ ganas’ daripada Mahathir.

2. Soalan:Anwar lebih ‘ ganas ‘ berbanding Mahathir? ‘ Ganas’ yang bagaimana?
Mohd Sabu: Ya..ini kerana Anwar ...yang belum pun berkuasa penuh tetapi suku- sakatnya telah mencipta kekayaan lebih hebat.Kita boleh bertanya, misalnya Kamaruddin Jaafar ( Pengarah IKD ) atau Kamaruddin Mohd. Nor ( Setiausaha Agong Pas ) menjadi Jutawan Segera kerana dia pandai berniaga atau disebabkan sahabatnya menjadi Menteri Kewangan?

Begitulah juga dengan Rani Ibrahim, Marzuki Ibrahim, dan Rosli Ibrahim yang naik mendadak dalam perniagaan , adakah kerana mereka pandai berniaga atau kerana Saudara mereka menjadi Menteri Kewangan?

Begitu juga dengan bekas Setiausaha Sulit Anwar, Nasarudin Jalil dan beberapa orang lain yang dekat dengan Anwar naik begitu mendadak. Kita jangan lupa, semasa hendak menjatuhkan Ghaffar Baba wujud peranan seperti Quek Leng Chan dan beberapa orang jutawan yang lain dalam membiayai golongan tertentu untuk menguasai saham NST dan TV.

Bagi saya, walaupun Anwar belum mempunyai kuasa penuh, dia sudahpun menunjukkan bakat ‘ keganasannya’ melebihi Perdana Menteri.

Soalan : Maksudnya Anwar tidak layak untuk menerajui gerakan reformasi?
Mohd Sabu: Anwar langsung tidak layak bercakap soal memerangi gejala buruk nepotisme ini, begitu juga penyokong-penyokongnya.

Soalan: Tetapi yang kita nampak daripada imej umum Anwar tetap bersih?
Mohd SabU:Media antarabangsa mempunyai dua tugas. Apabila sesuatu negeri itu berlaku perubahan, mereka mahu kepimpinan itu bertukar. Bagi Barat ia telah menerima Anwar sebagai pemimpin yang sesuai untuk menghadapi senario kebangkitan Islam di sebelah sini.

Barat mahukan dua corak Islam. Pertama Islam Amerika iaitu Islam yang berbentuk Ilmiah tetapi tidak sampai ke pelaksanaan hukum. Ini yang dipelopori oleh IIIT, ACMI, ABIM. Dalam hal ini Barat tidak ada masalah.

Kedua, Barat mahukan Islam bercorak ala Afghanistan dan bercorak Taleban. Kalau golongan ini muncul, Barat tidak ada masalah kerana ia adalah peluang bagi Barat untuk menggambarkan betapa buruknya Islam

Cuma Barat tidak mahukan Islam bercorak ala Iran atau Sudan. Ini kerana mereka terlepas daripada cengkaman kekuasaan Barat.

Untuk menghadapi 250 juta umat Islam di sebelah sini, memang Anwar orang yang paling layak untuk mengekalkan pengaruh Barat dan sesuai dengan kehendak Barat.

4 Komen:

anakmalaysia said...

Tuan memang cepat dapat informasi...

nak cilok sikit..

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Kita harus berani menegakkan kebenaran untuk menyelamatkan bangsa, agama & negara kita. Rakyat terutama generasi muda perlu memberi makkal sakti kepada orang yang nak jual negara ini kepada YahudiAmerika.

Dalam perjalanan balik ke rumah tadi, seorang bankers menelefon saya dan memberitahu client dia seorang profesional yg menyertai PKR, dia memang fanatik Anwar, namun rupa2nya di dalam PKR memang berlaku edaran2 daripada kepimpinan PKR untuk menyokong kerjasama Anwar dengan YahudiAmerika. Saya terkejut.

Sejak itu, dia terus keluar PKR dan amat menyesal menyokong Anwar dan PKR. Saya berpesan kepadanya supaya simpankan edaran itu untuk saya. Tunggulah jika sy dah dapat.
akan dihebahkan supaya Rakyat tahu betapa Anwar dan PKR tak kesah nak jual negara ini.

Anwar ialah hamba Allah, kita semua hamba Allah, kita tidak bolej benci hamba2 Allah, yang kita kena selamatkan ialah di belakang Anwar ini ialah Segerombolan YahudiAmerika yang bermaharajelela.

Tidak terkejut, Malaysia Today yg sokong Anwar + DAP + PKR pun sekarag dah relocated kat Singapore-based server!

Zahar said...

astaghfirullah aladziem...!!!

Selamatkan negara ku dan bangsa ku, yaaa Allah..!!

Anselmo said...

Md Sabu yang tahu lebih awal perbuatan kotor dan jijik Anwar, Taib Azamudin juga tahu lebih awal perbuatan liwat Anwar. Md Sabu beri gelaran Aljuburi kepada Anwar lama sebelum aduan dibuat.Hari ini Md Sabu, Taib Azamudin bersama Anwar. Mereka berdua bertanggungjawab kepada memecahkan umat Islam di Malaysia. Md Sabu tarik baliklah gelaran Al Juburi yang diberi kepada Anwar.PAS tahu dengan terang dan jelas akhlak Anwar yang kotor dan rosak, demi kuasa, PAS tidak peduli.Tujuan menghalalkan cara.Ikutlah cara komunis itu wahai Nik Aziz,Hadi Awang, Hasan Ali.Tolaklah kebenaran wahai ulamak dunia.Takbir.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan