MOHD. SABU : BERDOA ANWAR TAK JADI PM (SIRI 2)

on Wednesday, August 20

Soalan :Sekiranya berlaku peralihan kuasa ?
Mohd Sabu: Saya lebih bimbang dan berdoa secara peribadi,kalau Anwar naik menjadi PM, dia cukup pandai menggunakan agama. Minggu pertama menjadi PM, misalnya, Anwar berkhutbah di Masjid Negara akan disiarkan di seluruh negara. Lelaki pergi ke masjid sembahyang Jumaat dan wanitanya yang berada di rumah akan melihat bagaimana selepas merdeka, inilah Perdana Menteri membaca khutbah tanpa teks pada minggu pertamanya menjadi PM.

Sesungguhnya orang seperti Anwar begitu pandai dan licik menggunakan saluran agama dan pandai mengambil sentimen orang Melayu berbanding Mahathir. Kita bukanlah takut tetapi kita tahu tahap pemikiran Melayu setakat mana.

Soalan :Mungkin di zaman Anwar masalah kekangan demokrasi, kebebasan ISA dan akta-akta tertentu akan berubah?
Mohd Sabu: Saya tidak nampak ia boleh berubah. Contoh paling nyata ialah tempat yang Anwar berkuasa penuh, iaitu Universiti Islam Antarabangsa ( UIA ). Di situlah Anwar menjadi Presiden, tempat berkumpulnya orang-orang Anwar sehingga menjadi universiti paling tercorot dalam Asia. Universiti yang hanya untuk meluluskan puak-puak penyokong Anwar supaya ada Ijazah. Di situ juga berlaku kongkongan malahan lebih dahsyat berbanding universiti-universiti lain.

Soalan :Khabarnya Anwar sentiasa menjalin hubungan secara peribadi dengan ahli-ahli UMNO di setiap peringkat?
Mohd Sabu: Ya. PR-nya sangat bagus.

Soalan: Kata orang, berbanding Mahathir, Anwar dilihat jarang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang memperlekehkan Islam?
Mohd Sabu: Anwar memang lebih bijak berbanding Mahathir. Mahathir tidak reti menerangkan Islam tetapi Anwar lebih pandai. Misalnya, apabila menerangkan hukum Hudud, Mahathir akan menolaknya secara total, tetapi Anwar akan memberi alasan daripada Yusof al-Qardhawi, pandangan ulamak itu ini, soal awalawiyyat atau prioriti. Jadi penolakan Anwar lebih lunak!

Soalan : Katanya, imej Anwar di peringkat antarabangsa diakui masih hebat?
Mohd Sabu; Apabila saya pergi ke Pakistan, pemimpin-pemimpin Jamaat Islami di peringkat atasan begitu menghormati Anwar. Tetapi apabila saya menceritakan kepada mereka...daripada 4 jenis judi dikeluarkan tetapi apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan, judi yang telah dihalalkannya telah bertambah menjadi 9 jenis termasuk judi lumba kuda. Dahulu ada tiga tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Apabila dia menjadi Menteri Kewangan . ia telah bertambah di Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menimbulkan bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana.Begitu juga Genting Highlands menjadi pusat judi ke-3 terbesar di dunia

Apabila saya ceritakan kepada Jemaat Islami nitu, mereka terkejut. Katanya: We have a different view!”...sambung saya lagi. ” Kami tidak pernah mendengar cerita-cerita seperti ini....Sambung saya lagi, Anwar mempunyai hubungan yang baik dengan taukeh judi, Lim Goh Tong. Pada masa dia menjadi Ketua Pemuda, Anwar mudah mendapat bantuan Yayasan Gerak Bakti daripada taukeh judi..

Akhirnya kata ketua Jumaat Islami,” kita ada gambaran yang lain selama ini”.

6 Komen:

anakmalaysia said...

Wahh... Lim Goh Tong juga kroni Anwar!!!

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Ya ramai orang terkejut dengan pendedahan Hj Mohd. Sabu, Naib Presiden PAS ini. Semua orang terkejut.

Dulu Anwar ne digambarkan sebagai Malaikat, maksum, tiada kesalahan, sehingga saat ini pun Doktrin Anwar Jelas= Semua orang Adalah Bersalah, Hanya Anwar Ibrahim sahaja benar. Sama dengan Doktrin YahudiAmerika= Semua negara adalah Pengganas jika Tidak Ikut Arahan Amerika.

Ezam kata semalam di Permatang Pauh, Anwar agihkan RM15 Billion kepada kroni2nya, Kho Tsu Koon kata Anwar telah menelfonnya secara direct untuk selamatkan syarikar Kroninya...Kalau semua itu salah, Anwar akan saman sebagaimana dia saman semua orang sebelum ini, oleh kerana Anwar tak saman Ezam dan Koh Tsu Koon maknanya, fikirlah sendiri.

mantanPKRPenang said...

Saudara Jentayu, u banyak beri kesedaran tq. ramai penulis blog guna nama samaran, saudara tidak berlindung, semoga Allah beri saudara hidayah. sy ada juga dengar anwar macam tu, tspi bukti2 semakin jelas.biarlah rakyat fikir sendiri.Penyokong PKR pun dah ramai keluar parti bila dah tahu hubungan anwar dgn Yahudi ne.

Desresurrection said...

Tuan Jentayu....

Blog pilihananda08 sudah tidak diupdate...harap tuan dapat tukarkan blog saya ke blog yang sebenar...

terima kasih

www.pilihan-anda.blogspot.com

sobrie said...

jahatnya anuar ibrahim ni...dgn yahudi pun nak buat hubungan...

Anonymous said...

sdr jentayu,
Adakah dgn segala "kejahatan"yg saudara bentangkan tentang Anwar Ibrahim,memberi lesen untuk kita menyokong terus umno dan bn?Adakah pemimpin2 umno / bn maksum dan bersifat malaikat?Saya sendiri tak percaya dgn Anwar sejak dia menyertai umno dan meninggalkan perjuangan Islam.Tapi tidak sesekali saya mengizinkzn diri saya memberi sokongan kpd umno/bn. Umno/Bn sudah jelas menolak AlQuran.Tak perlu saya jelaskan panjang lebar.Buang masa je. sebenarnya,bumi bertuah Tanah Melayu ni tak memerlukan umno/bn lagi.Setiap yg hidup pasti mati dan jangka hayat umno/bn sudah sampai kepenghujungnya.Rakyat Malaysia tidak punya pilihan lagi.Bak pepatah melayu,tak ada rotan,akar pun berguna.Kalau sdr katakan doktrin Anwar sama dgn doktrin Yahudi amerika,apa kurangnya doktrin umno/bn?Sesiapa yg tak sependapat dgn umno/bn akan dituduh mengancam keselamatan negara dan dipenjarakan tanpa bicara (ISA),fikirlah sendiri!!! Saya berdoa agar dalam masa hidup saya,dapat menyaksikan umno/bn ditalkinkan.Mudah2an peristiwa ini akan berlaku dgn segera kerana umur saya pun dah menjelang senja.Saya akan amat terkilan jikalau tidak dapat meyaksikan pengkebumian umno/bn dlm hidup saya!!!
Hidup Islam!!!!!!















































'

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan