TAK KANLAH ANWAR LEBIH BAIK BANDING HJ. HADI

on Tuesday, August 5

1. SAYA yakin Kepimpinan Ulama dalam PAS seperti Dato Hj. Hadi Awang,Dato Hj. Harun Taib, Dato Harun Din, Dato Hj Mustapha Ali yang menyokong rundingan Penyatuan Umat Islam/Melayu dalam UMNOPAS tentu mempunyai pertimbangan yang panjang ( akal panjang ) berbanding orang muda yang gila kuasa seperti Husam dan Kamarudin Jaafar ( masih baru dalam PAS sekitar 1997/1998 ).

2. Tak kanlah Anwar lebih baik daripada Hj. Hadi! Tak kanlah Anwar lebih Relevan berbanding Hj. Hadi.Tanpa PAS bolehkah PKR menang besar Parlimen? Tanpa PAS bolehkah Pakatan Rakyat memerintah Selangor, Perak, & Kedah? Dalam Usia Hj Hadi yang seringkali uzur, bukanlah satu perkara yang menghairankan Hj Hadi lebih memikirkan Perpaduan Ummah berbanding mengusahakan seorang PM yang ProYahudi-Amerika? Apakah yang akan berlaku seandainya YB-YB PAS di Kedah Perak & Selangor yang sekarang menangguhkan hasrat mereka membentuk Kerajaan bersama BN, tiba-tiba mengiakan kemahuan dan idea Perpaduan Ummah Hj. Hadi. ADUN PAS lebih ramai daripada ADUN PKR & DAP, ia satu gambaran bahawa jangan diketepikan begitu saja Minda Hj. Hadi.

3. Sangat kasihan Hj. Hadi, sebagai Presiden beliau Kehilangan Kata-kata semasa mesyuarat PAS Pusat baru-baru ini. Apakah Pemergian Hj Hadi ke Jakarta sejurus tamatnya Mesyuarat Khas itu akibat Kekecewaan beliau kerana diketepikan.

4. Saya meramalkan PAS akan semakin kecil Peranannya dalam PR dan politik negara seandainya DAP & PKR berjaya meLiberalkan PAS menjadi sebuah Parti yang Cacamerba, Tiada Kekuatan Menentang Kemungkaran ( macam isu Arak & Khinzir ), tidak pernah dalam Sejarah PAS Ketua Penerangannya Terpaksa menulis surat rasmi memohon maaf kepada ahlinya, Tidak pernah dalam sejarah Presiden PAS diketepikan dan dipulaukan secara terbuka ( konsep Ketaatan dalam PAS sudah tipis dan terhakis ), dan Tidak Pernah dalam Sejarah PAS Kepimpinan Ulama ditentang secara Terbuka oleh geng-geng Liberal seperti Husam dan Kamarudin Jaafar.

5. Sejak bila semua ini berlaku? Tidak lain selepas Anwar dan konco-konconya menyerap masuk dalam PAS. Semua elemen barat yang dibawa oleh Anwar sudah masuk dalam PAS contohnya boleh menghalalkan Arak kerana Arak Penaja Antarabangsa, boleh membenarkan Islam dihina macam DAP suruh langkah mayatnya...tidak lagi boleh sebut Hudud,negara Islam kena tukar kepada istilah yang lebih moderat seperti Berkebajikan, Menutup Kerjasama dengan saudara seagama (Islam) Tetapi membuka tanpa Syarat dengan Kafir Harbi, murtad di Penang PAS pun dah tak komen dah, Arak dijual secara terbuka di karnival pun PAS tak komen...memang benarlah suara Hj. Hadi telah disekat, sukar nak keluar oleh mereka yang Kemaruk Kuasa dalam PAS itu.

6. Maka persoalannya tak kanlah PAS membenarkan Anwar jadi PM? atau Husam dan Kamarudin Jaafar saja yang setuju? Anwar dan Hj Hadi hampir seumur, Hj Hadi lebih Islamik, Anwar Moderate, Hj Hadi Ulama , Anwar Ulamakah?, Hj. Hadi tiada kes liwat, Anwar sedang disiasat, Hj Hadi kuliah agama, Anwar kuliah Demokrasi Amerika, dan pelbagai lagi, maka tak kanlah Anwar lebih relevan berbanding Hj. Hadi. Orang-orang PAS berjuang untuk menegakkan Negara Islamkah atau berjuang nak jadikan Anwar jadi PM? Kekeliruan ini perlu disedari oleh PAS keseluruhannya? Tak kanlah selama ini PAS ditubuhkan , tiba-tiba berkata Presiden kita (PAS) tidak ada yang layak jadi PM dan TPM? Kata mereka PM=Anwar, TPM=Lim Kit Siang, Hj. Hadi=tak kanlah Menteri biasa sahaja!

7. Maka itu, dengan segala unsur yang sudah meresap dalam PAS, persoalan lain yang timbul ialah adakah PAS sudah tidak Relevan? Anwar sudah tentu tidak akan menjadi Presiden PAS, tetapi untuk menguasai segala kekuatan yang ada dalam PAS, tidak mustahil PAS akan berkubur, dikuburkan oleh Anwar apabila PAS sudah lemah dan tidak relevan, sebagaimana terkuburnya PSRM.

4 Komen:

malay-machista said...

saudara,
1.ada elemen-elemen unik tersendiri dalam parti PAS yang agak berbeza dengan parti2 yang lain. ahli-ahli PAS bukanlah jenis ahli yang memandang parti sebagai alat untuk meraih kuasa dan kedudukan.
2.elemen kesetiaan dalam PAS juga berbeza dengan UMNO. saya terima jika ada pendapat yang menyatakan ada ahli PAS yang juga setia membuta tuli, tetapi sepanjang pengalaman saya, majoriti ahli setia pada perlembagaan mereka yang meletakkan Islam sebagai matlamat yang ultimate.
3. ahli PAS selalu suka memberi peluang. pada sesiapa sahaja. namun jika cacing naik ke mata, mereka akan bertindak.
4. bila keadaan memerlukan, mereka akan bangkit. percayalah. Lim Kit Siang jangan mimpi nak jadi menteri di Malaysia.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Saya setuju, namun perkembangan dalam PAS menunjukkan Ketaatan kepada Presiden sudah mula terhakis, Lim Kit Siang akan jadi TPM atau Menteri di bawah Regim Anwar Ibrahim, sudah pasti dibawah perjanjian PR,

PAS sudah tiada kekuatan menentang Kemungkaran. Siapa dalam PAS yang berani Cabar kenyataan Karpal Singh? Siapa dalam PAS yang berani cabar MB Selangor dalam Isu ARak dibenarkan kerana Penaja Antarabangsa? Siapa dalam PAS berani persoal konsep Malaysian Malaysia? Siapa dalam PAS bernai sebut akan laksanakan Hudud di Perak & Selangor?

Tiada seorang pun yang berani? Sebab apa...sebab takut hilang kuasa?

Tahukah tuan, beberapa YB ADUN PAS di Perak & Kedah sudah hampir menyertai BN bulan lepas? Kerana mereka melihat tiada jalan di bawah DAP & PKR.

Hari ini Kepimpinan Ulama dah tak Relevan di mata Husam & Kamarudin Jaafar, sebab di mata mereka Anwar lebih sesuai banding Hj Hadi.Maknanya Husam & KJ pun tak Percayakan dan tak Taat kepada Presiden PAS lagi. Cuma mereka tak sebutkan dalam perkataan sahaja, tindakan dah ke arah itu.

So, jika DAP & PKR boleh lelong Prinsip PAS...tak kan nak biarkan begitu saja?

Anonymous said...

Salam,

PAS tak semua macam dulu, sekarang dalam PAS ade unsur2 PKR, kelompok ala2 PKR ni seolah2 terima instruction drpd luar. Ade beberape pecahan. Mereka ni ada 2 kelompok secara mudahnya.

1. Yang menyokong DSAI dan menganggap DSAI boleh memberikan arahan kepada PAS atau mereka sendiri yg terima arahan tersebut. Mcm sesetengah pemimpin "liberal" dlm PAS. Mereka ni powerful walaupun bukan ulama, kerana mereka tahu real politik tak mcm ulama dlm PAS. Mereka boleh menggerakkan machinary dan media. Bahkan merekalah yg control media dlm PAS. Dalam ertikata lain mereka control persepsi pengikut2 PAS. Mereka boleh buat pengikut PAS marah atau rasa kagum kepada individu tertentu.

2. Mereka yang bukan pemimpin tapi terpengaruh dgn powerplay golongan di atas. Mereka ini mengidolakan DSAI. Mereka tidak faham perjuangan Islam sebenar yg dibawa oleh PAS. Kebanyakannya jadi ahli PAS segera sebab emosi nak sokong reformasi.

Hadi Awang bagi mereka taraf rendah berbanding Nik Aziz. Tidak hairan sekiranya diantara DSAI dan Hadi Awang, mereka pilih DSAI.

Tapi mereka yg berjuang mengikut perjuangan Islam PAS tulen memahami Hadi Awang dan tidak akan menyokong DSAI. Mereka kini meminggirkan diri dan hanya wait and see.. mereka tidak mahu berserongkol dgn PKR dan DAP.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Terimakasih maklumat, kita sangat sedih dengan apa yang berlaku dalam PAS sekarang...

Mereka sudah hilang Perjuangan Islam, mereka sudah lalai, sungguh bijak DAP & PKR memusnahkan Islam dan PAS.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan