2. Persoalan-persoalan di atas merupakan tanda aras kepada masa depan UMNO, BN, PKR, PAS, DAP dan Pakatan Rakyat. Pertemuan-pertemuan itu juga menjadi survival politik kepada PM, TPM, Penasihat PKR, Pengerusi DAP, dan Presiden PAS.
3. Jika diperhatikan trend seminggu dua ini, penulis melihat Parti yang paling rugi ialah PAS, penglibatan PAS dalam Projek Anwar 916 menjadikan PAS hilang identiti dan porak-peranda. Kepimpinan mereka terbahagi dua antara Kepimpinan Ulama VS Kumpulan Erdogan. Hanya baru-baru ini PAS mula menjarakkan dirinya daripada Anwar dan PKR setelah menyedari tipu muslihat Anwar dan DAP. Sebab itu di Kedah lebih dikenali sebagai Kerajaan Negeri PAS Kedah, bukan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
4. Walaupun penulis bukan ahli PAS, namun penulis menghormati kerajaan PAS di Kelantan dan di Kedah. Kedua-dua kerajaan ini adalah kerajaan Melayu dan Kerajaan Islam. Kedua-dua kerajaan ini tidak akan runtuh jika mereka berjaya berkhidmat dengan baik, tetapi kedua-dua kerajaan ini boleh runtuh jika UMNO/BN menjadi pembangkang yang lebih baik. Ini pernah berlaku di Terengganu tahun 2004 dan di Kelantan UMNO/BN hanya tewas 2 kerusi sahaja.
5. Sebenarnya jika PAS boleh berdiri dengan identiti Islamnya sendiri, PAS akan lebih dihormati dan lebih kuat. Berbanding jika terheret dengan projek Anwar dan DAP. Oleh kerana PAS telah terpalit dengan DAP dan PKR, sebab itulah PAS terpaksa tutup mulut dalam Kes Zina dalam kerajaan PKR Perak. PAS juga tidak mampu bersuara dalam kes YB Zulkifli menentang Bar Council.
6. Kepimpinan DAP terutama Lim Kit Siang dan Karpal Singh juga sudah mula mengundurkan tekanan dan suara mereka kepada Perdana Menteri. Mereka sudah mula kurang menyerang kerajaan pusat. Hanya Anwar sekarang keseorangan, sebab itulah sebelum ini penulis mendedahkan jambatan rahsia Anwar dengan UMNO sedang diatur. Anwar cuba mengambil bahagian dalam peralihan kuasa dalam UMNO , anda terkejut?
7. Peristiwa rumah YB Teresa Kok dilempar bom minyak tanah itu merupakan Bibit-BIbit orang Melayu sudah mula tidak tahan kesabaran mereka. Teresa masih lagi menyalahkan media yang mensensasikan isu mengenai dirinya, tetapi Teresa tidak pernah fikir perasaan umat Islam dan orang Melayu apabila Mempermain-mainkan Tulisan Jawi, suara Azan, Estate Babi di kawasan Melayu dan sebagainya. Perbuatan Teresa tidak berbeza dengan perbuatan Harold McMicheal tahun 1946 dahulu yang buta budaya orang Melayu.
8. YB Teresa harus faham dalam bulan Ramadan ini umat Islam dan orang Melayu masih boleh menahan sabar. Namun, jika Teresa masih lagi menyombongkan dirinya di Tanah Melayu ini, dia harus menanggung sendiri apa jua bahana kemarahan umat Islam dan bangsa Melayu.