16 SEPTEMBER= DARURAT JIKA KUDETA

on Tuesday, September 9

1. 49 MP BN sudah berada di Taiwan untuk lawatan sambil belajar , terutama sistem pertanian moden di sana. 22 MP lagi akan menyertai rombongan tersebut melengkapkan jumlah semuanya 71 orang. 69 Menteri dan Timbalan Menteri tidak menyertai lawatan tersebut. Jumlah keseluruhan 140 kerusi.

2. Semalam Anwar membuat kenyataan 32 MP BN akan menyeberang pada 16/9/2008. Sebelum ini angka berbeza-beza, pemuda PKR Terengganu menyatakan 45 MP . Pengerusi PKR Sabah, Ansari Abdullah tidak yakin ia akan berlaku tetapi tidak menolak akan berlaku pada suatu masa nanti. Anwar masih bermain teka-teki apabila gagal menyebut nama-nama MP BN itu dengan jelas. Di Istana Negara, pegawai istana menyatakan tidak ada apa-apa berlaku pada 16/9/2008 sebagaimana digembar-gemburkan. SPB Yang DiPertuan Agong berpuashati dengan kerajaan yang ada sekarang.

3. Datuk Ibrahim Ali menyatakan 16/9/2008 merupakan Detik Kemusnahan Melayu. Matematik beliau sangat mudah, katanya = Sekarang BN 140 kerusi. 89 MP BN adalah Islam. 51 Bukan Islam. Dalam PR daripada 82 kerusi, 43 MP PR adalah Islam, dan Bukan Islam 39. Katakanlah 30 MP BN Bukan Islam melompat, Jumlahnya akan jadi 69 Bukan Islam. Katanya lagi, jika inilah yang dikatakan kerajaan PR yang dikehendaki, maka dia akan memusnahkan Islam dan Melayu, apapun ia hanya impian kosong pakatan pemangkang, katanya di Kota Bharu semalam.

4. Semalam Teresa menafikan pernah mengusahakan Petisyen penduduk Puchong untuk mensenyapkan suara azan, apakah Teresa sudah terlajak kata, sudah takut dengan kemarahan umat Islam dan bangsa Melayu. Mantan MB , Dr. Khir Toyo menyatakan hari ini memang ada usaha dan petisyen oleh penduduk Puchong yang diusahakan Mei lalu. Malah azan di Masjid Seksyen 5, Kota Damansara yang baru siap tidak menggunakan pembesar suara dipercayai mempunyai kaitan dengan bantahan penduduk di situ. Petisyen yang sama oleh penduduk Kepong kepada Dr Tan Seng Giaw pernah dibuat pada tahun 2005.

5. Menteri Besar Guthrie pula melalui kenyataan akhbar semalam menyatakan " walaupun sokongan moral penting, mangsa sebenarnya lebih memerlukan bantuan daripada kehadiran pemimpin yang hanya datang untuk berjabat tangan dan menghulurkan sedikit wang yang bertujuan gimik politik murahan ". Bagi penulis, apapun alasan MB Guthrie itu, dalam bahasa politik tidak seharusnya keluar perkataan " membuang masa jumpa rakyat ". Dalam syarikat barangkali ya boleh sebab dia CEO, sebab itu penulis fikir dia lebih layak dipanggil MB Guthrie.

6. 10/9/2008, Anwar akan didakwa di mahkamah atas tuduhan meliwat pembantu khasnya, Mohd. Saiful Bukhari. Hakim S.M. Komathy Suppiah akan menentukan sama ada kes tersebut akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Sesyen. Anwar diwakili 9 Peguam yang majoritinya berbeza dengan pasukan peguamnya pada tahun 1998. Jika Anwar bersalah, hukuman 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan. Dan kerusi Permatang Pauh akan kosong sekali lagi.

7. Kepada semua pihak yang menantikan 16/9/2008, Perdana Menteri Malaysia menjawab. '... SAYA TIDAK AKAN MEMBENARKAN GANGGUAN INI DITERUSKAN* SAYA TIDAK AKAN MEMBENARKAN MANDAT RAKYAT DIRAMPAS DARIPADA PARTI BARISAN NASIONAL YANG TELAH MENANG MAJORITI PILIHANRAYA UMUM SECARA SAH DAN MENGIKUT LUNAS DEMOKRASI*

8. Kudeta + Rampasan Kuasa bukanlah budaya politik di Malaysia, penulis percaya jika Kudeta + Rampasan Kuasa hendak dilakukan Perdana Menteri mempunyai kuasa penuh untuk mengisytiharkan Darurat dan negara diperintah semula oleh MAGERAN dengan Parlimen digantung. Penulis teringat kepada guru sejarah penulis 20 tahun dahulu, katanya siapa tahu apa erti Darurat? Terkenang Cikgu Hussien Perumal ( nama Islamnya Hussien Ismail ) adik kepada mendiang YB P.Patto ( DAP ) di Perak. Dialah guru sejarah terhebat di dunia! Hari ini dia sudah pencen, namun membuka pusat tuisyen untuk meneruskan khidmatnya sebagai guru sepanjang zaman.

1 Komen:

teuku said...

Semua org dah kena tipu oleh anwar, anwar memang akan tetap jadi PM, dia akan pecahkan Malaysia ne jadi Malaysia Timur ( Selangor/Perak/Kedah/Penang/Kelantan)dialah akan jadi Perdana Menteri kat situ.

Perdana Menteri Malaysia Timur, tak kan tak paham tektik Anwar saudara...

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan