ANWAR BUAT U TURN = MAAF DAP & PAS

on Saturday, September 27

1. PERKEMBANGAN dalam UMNO yang memutuskan Peralihan Kuasa akan dipercepatkan, Perdana Menteri akan membuat pengumuman rasmi pada 9 Oktober 2008. Penulis tidak bimbang di dalam kem UMNO dan BN kerana penulis melihat proses itu akan berjalan dengan lancar, dan UMNO dan BN sudah menemui rentak pemulihan dan kekuatannya semula.Semasa mesyuarat MT UMNO, penulis berada di sana dan melihat trend itu.

2. Apa yang penulis ingin sampaikan di sini ialah berlakunya panggilan telefon, rujuk-merujuk dan mengatur pertemuan di antara Anwar dengan kumpulan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri senior yang juga mempunyai hubungan lama dengan Anwar semasa Anwar menjadi TPM. Anwar menggunakan semua itu untuk mendekatkan dirinya dengan kem UMNO dan BN.

3. Anwar dikatakan sudah mengangkat bendera Putih. Pertelagahan dalam PKR antara Anwar dengan Tian Chua, Anwar dengan YB Zulkifli, dan Anwar dengan YB-YB PKR di Perak menyebabkan Anwar mengalih perhatian kepada cara berlembut dengan UMNO dan BN. Sudah tiada lagi cerita PM In Waiting, malah Washington Post minggu lalu melaporkan Anwar bersedia untuk memulakan perbincangan dengan pihak kerajaan.

4. Siapakah yang jadi mangsa? Sudah pasti SAPP sudah mula berkubur, dikuburkan dan ditinggalkan oleh Anwar? Yong Teck Lee kempunan menjadi TPM di bawah janji Anwar.Penubuhan parti baru dalam proses , 2 hari lalu penulis bersama-sama dengan Datuk Liew Yun Fah mantan Menteri Belia dan Sukan Sabah yang datang ke KL untuk merundingkan penubuhan parti baru bersama-sama dengan Datuk Raymond Tan.

5. Dan yang paling akan terkejut berok tidak lama lagi ialah DAP dan PAS. Penulis telah meramalkan bulan lalu bahawa Anwar tidak akan kesah untuk meninggalkan DAP dan PAS untuk mencapai cita-citanya. Ramalan awal penulis = http://jentayuabaka.blogspot.com/2008/08/dap-pas-akan-tertipu.html

6. Persoalannya, adakah UMNO dan BN akan menerima Anwar? Dan apakah pula akan jadi dengan PR, DAP dan PAS ? Tahniah kepada Tuan Guru HJ. Hadi, Hj. Mustapha Ali, Dato Harun Taib dan kumpulan Ulama lama PAS kerana sudah melihat perkara ini sejak awal lagi.

4 Komen:

Anonymous said...

Anwar kembali ke UMNO? Itu hanya pandangan oleh orang-orang yang 'gila talak' dengan Anwar.

Bukan U-Turn. Disebaliknya jalan bengkang bengkok dalam Pakatan Rakyat akan di luruskan oleh Anwar.

Jika Anwar kembali ke UMNO beliau memang sengaja menggali kuburnya sendiri.

(Sireh)

Mehdi Meru said...

Sy berjumpa org kuat PKR semalam, mereka cite akan ada rundingan dgn pak lah or najib, nampaknya pas dan dap terpaksa telan pahit perkara ini.

Adem said...

mustahil anwar masuk umno, tapi mungkin sertai bn melalui kaedah pkr sertai bn, atau anwar tinggalkan pkr, jadi MP bebas dan sertai BN, dan jadi PM. saya dgr itulah syarat yg MP BN bagi pd anwar jika nak jadi PM, mesti melalui BN bukan melalui PR. benarkah Jentayu, tentu awak ada maklumat.

pang said...

tak masuk dek akal (akal saya la)..

tapi Tun Mahathir pun ade sebut aritu kan.

cuma saya terbayangkan Nik Aziz, Hadi Awang, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Khalid Samad, Mustapha Ali dan lain2nya secara "standing ovation" berkata confirm DSAI gila!!

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan