ANWAR FOBIA NAMA MAHATHIR

on Monday, September 15

1. Semalam selepas Taraweh, singgah sebentar di rumah penyokong kuat PKR atas jemputan mempromosikan syraikat jualan langsungnya . Sambil minum kami berborak kisah 16 September. Penulis bertanya jadikan esok? Dia kata esok akan jadi, kalau tak jadi mereka akan tunda ke satu tarikh yang sewaktu dengannya. Macam-macamlah cerita yang diluahkannya, penulis mendengar dan membuat kesimpulan ahli-ahli PKR sebenarnya telah diperbodoh-bodohkan oleh kepimpinan mereka.

2. Antara yang diceritakannya bahawa MP BN sudah menulis surat kepada DYMM SPB Yang Dipertuan Agong untuk menukar kerajaan esok. Yang lain-lainnya cerita konon Ramlang Porongi dipaksa menjadi saksi sumpah , kalau Anwar liwat suka sama suka janganlah dakwa, kebebasan individu dia katanya. Hak Asasi dong!

3. Kemudian penulis bertanya kenapa Anwar tidak boleh menunggu PRU13 secara sah dan mengikut demokrasi berparlimen. Yang menariknya dia memberitahu, inilah masa yang paling sesuai kerana selepas Pemilihan UMNO sejarah menunjukkan UMNO kembali kuat. Dan yang lebih menarik ceritanya, mereka Fobia dengan dengan kemasukan Tun Dr. Mahathir. Penulis terkejut, rupanya Anwar Fobia dengar nama Tun Dr. Mahathir!

4. Kemudian dia bertanya kenapa penulis tidak menyokong Anwar Ibrahim. Penulis kata mudah sahaja, Anwar hanya dapat 81 kerusi belum cukup untuk menjadi Perdana Menteri. Dalam sistem Demokrasi berparlimen, sesiapa yang menang majoriti dialah yang akan membentuk kerajaan. Sekarang penulis mempertahankan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Jika esok PAS menang majoriti 150 kerusi dalam parlimen, kita akan sokong kerajaan yang dibentuk oleh PAS jadi Perdana Menteri, sebab dia menang. Barulah ada maruah, harga diri dan gentlemen. Dia terdiam.

5. Kemudian penulis bertanya lagi, kalau esok tak jadi? Kalau tak jadi kami malu katanya. Dan kredibiliti dan kepercayaan rakyat kepada Anwar akan jatuh, itu yang paling mereka takuti sekarang. Kemudian dia bertanya lagi, adakah Anwar akan masuk BN? Penulis kata tidak tahu. Dia bertanya lagi benarkah PAS ada jumpa Perdana Menteri, penulis kata ya sebagaimana dilaporkan oleh media. Dia terdiam lagi.

6. Dengan masa kurang 24 Jam lagi, esok akan menentukan siapakah lebih berkuasa? Anwarkah yang telah Menentukan dirinya jadi PM esok atau Allah SWT yang berkuasa ke atas sekalian makhlukNYA di muka bumi ini? Ia satu sejarah kerana belum pernah ada Muslim yang bertindak melebihi Ketentuan, Qada & Qadar Ilahi. Belum ada Muslim yang berani mendahului Tuhannya, melainkan Anwar Ibrahim.

7. Bagi penulis, Anwar perlu belajar Matematik untuk membezakan Nombor Besar dan Nombor Kecil. Dalam pemikiran Anwar sekarang Nombor Besar=81, Nombor Kecil=140. Harap ada guru Matematik boleh betulkan kesilapan ini. Kita bimbang esok-esok ada rakyat naik Kapal Terbang AirAsia nak bayar RM81.00 perjalanan KL-Penang walaupun harga ditetapkan KL-Penang ialah RM140.0.

5 Komen:

Anonymous said...

http://gerbanginformasi.wordpress.com

di blog atas ada gambar diambil dari blog tuan.

saja nak maklumkan.

ManPKR said...

Perhimpunan Menyambut Perdana Menteri baru Malaysia ditukar kepada Perhimpunan Anti-ISA di stadium MBPJ malam ini.

Samad said...

Memang Anwar fobia dengan Mahathir kerana beliau ditumbangkan pada zaman Dr Mahathir. Sebab itu sekarang ni beliau kalut nak tubuh kerajaan 'pintu belakang' sebebelum Pemilihan UMNO. Yang pastinya, kesian kat rakyat yang bulat-bulat menaruh harapan terhadap Anwar dengan kerajaan barunya. Mereka ditipu bulat-bulat oleh Anwar.

Syed Zahar Penang said...

tak kesah yang penting anwar PM, kita tukar negara ne jadi Republik Malaysia, apa masalah kepada kamu org UMNO?

tok janggut said...

Hairan kenapa ramai cerdik pandai di negara kita telah dibutakan hati oleh Brother Anwar Bin Ibrahim. Memang hebat beliau.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan