ANWAR OR YONG TECK LEE = SIAPA TIPU SIAPA

on Sunday, September 21

1. PENULIS berbincang lama dengan YB-YB Sabah mengenai isu SAPP. Kesimpulan yang perlu dicari ialah siapa tipu siapa? siapa tertipu?

2. Sehingga ke saat ini semua MP BN dan ADUN BN tidak lagi mahu bersama-sama SAPP. Mereka sekarang lebih suka duduk sebagai YB Bebas sementara menanti Parti Baru yang akan menyertai semula BN. Jelas, Yong Teck Lee telah berundur ke belakang, SAPP telah berkubur, ternyata percaturan dengan Anwar satu kesilapan besar.

3. Rumus di Kota Kinabalu menyebut, keputusan SAPP sebenarnya telah menyelamatkan Yog Teck Lee daripada buruan dan tekanan Anwar. Yong Teck Lee masih berhutang dengan Anwar terutama hubungan Ketua Menteri - Menteri Kewangan pertengahan 1990-an dahulu. Dengan keputusan Yong Teck Lee mengeluarkan SAPP daripada BN, bermakna Yong Teck Lee Tidak Lagi berhutang dengan Anwar. Anwar tidak ada apa-apa lagi nak kejar Yong Teck Lee!

4. Anwar tidak boleh lagi menuntut apa-apa kepada Yong Teck Lee, kerana Yong Teck Lee sudahpun Berkorban Masa Depan politiknya dengan keluar daripada BN. Sekarang, Anwar dan PKRnya bukan lagi mengejar Yong Teck Lee, tetapi mengejar MP-MP SAPP yang sekarang MP Bebas. Nah, siapa tipu siapa? Anwar tipu Yong Teck Lee Atau Yong Teck Lee tipu Anwar? Nampaknya mereka sekarang ' Win Win Situation'.

5. Parti Baru sedang diusahakan, penulis percaya parti baru ini tiada halangan menyertai BN. Tidak ada siapa mahu mengambil risiko menyertai Pakatan Rakyat yang penuh dengan Ilusi, Fantasi, Pembohongan, Tipu-Helah, Kekasaran dan Tidak Berperaturan . Sebab itulah MP SAPP dan ADUN SAPP lebih suka menyertai Bebas berbanding untuk tetap dalam SAPP. Kasihan Yong Teck Lee terpaksa berkorban untuk Anwar.

6. Pengajarannya, rakyat sudah melihat untuk bergantung harap kepada Individu adalah tidak meguntungkan kepada rakyat, bergantung kepada Individu seperti Yong Teck Lee atau Anwar, hanya membebankan rakyat semata-mata. Bergantung kepada Kerajaan sudah tentu banyak kebaikannya kerana Kerajaan mempunyai kemampuan untuk menyelesaikan masalah rakyat. Individu tidak akan mampu, perhatikan Sejarah Tun Mustapha, apabila Allahyarham Tun Mustapha sudah kekurangan sumber kewangan parti USNO lama kelamaan Tidak Mampu lagi bergerak. Ini berulang lagi kepada Anwar dan Yong Teck Lee.

7. Siapa boleh jawab, siapa tertipu Anwar atau Yong Teck Lee. Bersambng selepas Taraweh.

3 Komen:

Zamzuri said...

dua-dua memperbodohkan diri masing2, anwar bodohkan yong teck lee, yong teck lee tahu kena bodoh, dia bodohkan anwar pual, so, sama-sama bangang

zakiahnaim said...

kucing lari kejarla...
hehehe...
email me..

Anonymous said...

Masing-masing menipu sesama sendiri. Semuanya atas agenda politik masing-masing. Dua-dua tak boleh pakai...

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan