ANWAR TERGAMAM BILA WARTAWAN KATA PENIPU

on Friday, September 26

1. SEPATUTNYA EXCO Teresa Kok letak jawatan kerana mana mungkin seorang Exco Menipu dan membohongi rakyat. Maknanya Kerajaan Negeri Selangor tidak ada Kredebiliti dan harga diri. Namun, kita faham keadaan ini berlaku kerana MB Selangor tidak ada Kekuatan untuk menegur apatah lagi Memecat Exconya yang menipu dan berbohong.

2. Begitu juga Anwar tidak ada kekuatan untuk mengambil tindakan disiplin kepada Tian Chua. Mereka boleh kenakan Tindakan Disiplin ke atas YB Zulkifli sahaja kerana mempertahankan kesucian agama Islam, macam mana nak jadi Perdana Menteri kalau hal-hal begini tidak boleh berlaku adil?

3. Dalam satu sidang akhbar 3 hari lalu, apabila wartawan bertanya kepada Anwar kenapa beliau suka menipu, Anwar tergamam dan terkejut! Anwar menjawab biasalah dia digelar macam-macam, kemudian seperti biasa Anwar menggoreng cerita sampai masak dan basi.

4. Di Jakarta , journalist memberi mesej kepada penulis mereka bosan cerita Anwar pasal rampasan. Beberapa journalist dan wartawan dari Indonesia sudah malas terbang ke Kuala Lumpur walaupun dijemput PKR kerana mereka serik ditipu dan asyik berita yang serupa sahaja.

5. Di Kuala Lumpur, Anwar pula mula merendahkan egonya apabila mengakui Tian Chua memang berbohong dan Pak Lah memang benar. Kenapa selepas kegagalan Projek 916,919, 920 dan 923 Anwar sudah mula mengangkat bendera Putih?

6. Semalam penulis berbuka puasa dengan orang-orang Istana Negara,mereka ketawa sahaja bila Anwar dan PKR asyik kaitkan Tuanku Raja kita untuk merampas kuasa. Macamlah Tuanku hendak dilibatkan dengan kerja gila dan tak bermoral merampas kuasa. Kalau Anwar dan PR Tulis Surat kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan AGong, sebenarnya rakyat jelata pun boleh juga Tulis Surat kepada Tuanku Sultan untuk menolak Rampasan KUasa secara Tipu dan tidak menghormati pilihan Rakyat.

Penulis harap selepas ini, orang-orang Kampung seluruh negara juga tulislah surat kepada Tuanku Raja kita menolak Rampasan kuasa yang sedang diusahakan Anwar dan PKR, walaupun sekarang semakin lemah dan malap usaha mereka.

7. Anwar dan PKR fikir mereka sahaja Berhak tulis surat kepada Tuanku Raja kita, sebenarnya kita rakyat biasa pun Berhak tulis surat yang sama kepada Tuanku Sultan, tak kisah apa taraf kita yang penting kira Rakyat Malaysia, kerana Tuanku Raja adalah penaung kepada kita semua.

6 Komen:

wanbaki said...

aku masih menunggu saat bahagia untuk rakyat malaysia....
aha...

Mahyudin said...

Apalah yang diharapkan daripada Anwar tu lagi? Dalam artikel ini dah jelas menggambarkan bahawa ramai yang dah mula jelak dengan kisah rampasan kuasa Anwar yang mengarut. Nampak gayanya suatu hari nanti Anwar akan sedar diri dan mungkin akan mengibarkan kain putih tanda menyerah. Beliau ingat mudah ke nak buat rampasan kuasa. Kemudian cuba nak kaitkan dengan YDP Agung. Padahal YDP Agung pun tahu perangai beliau...

Anonymous said...

Macam mana ni..

Dah puas saya menunggu bila lagi Anwar Ibrahim ditabalkan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

tetapi saya tidak mahu, Anuar Ibrahim menabalkan dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Nampaknya Pandagan Dato' Mustapha Ali BETUL.

tokey belacan said...

sedih dgn perpecahan org melayu..kenapa kita tak contohi bumi di sabah/sarawak yg boleh hidup bersatu-padu dan menyokong dasar2 bn melalui parti masing2.tgk kekuatan mrk disana,pengundi dap dan keadilan masih belum dpt menembusi/meracuni pemikiran mrk.

916 nombor cantik said...

saya baca komen2 pkr pas ni kat 1 portal famous tu. puak2 pkr dan geng erdogan ni kata walaupun Mustapha Ali betul dia tetap bersalah jugak!!

ni la dia mentaliti mereka yg kita hadapi sekarang.

yg pkrnya mungkin disebabkan taksub dgn Anwar dan terikut sunnah spinning statement Anwar.

yg Pasnya mungkin tak dapat menerima hakikat seseorang yg mereka anggap wali, ada "tulah" dan menerima ilham dari malaikat boleh tersilap dan cakap tak betul.

Anonymous said...

916 no cantik ni bodoh jgk..kalau nak mengata org kene la tgk diri sendiri dulu..kalau diri sendiri pun x mampu nk berkata2 dihadapan superior jangan sesekali cube menuduh org lain..anda tidak berada di tempat kejadian dan anda tidak mengalami perkara itu..kdg kala cerita yg smp kpd kita hanyalah beberapa peratus shj..ade dari golongan manusia yang suke memutar belitkan keadaan dan situasi agar mampu `masuk` dan kene dengan kehendaknya..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan