THE FINAL COUNTDOWN

on Saturday, September 13

BABAK 1

Maka berdegar-degarlah sang arjuna berceritera, terpegunlah sekalian makhluk di atas dan di bawah dunia, hulubalang nabi Sulaiman pun terkejut, kata sang arjuna ini...

”...Wahai sekalian makhluk di bumi dan di atas bumi dan di bawah bumi, saya ingi memberi jaminan pada 16 September 2008 kita akan bentuk kerajaan baru, saya sangat yakin, tiada siapa bisa menghalang lagi, gerakan ini sudah jelas dan nyata, saya akan jadi penghulu segala menteri, Tidak ada lagi di atas saya, sayalah saya, saya akan jadi Raja, Raja segalag Raja, tetap, tidak berganjak hari itu , saya boleh memberitahu anda sudah ada dalam tangan saya 32 manusia yang sudah saya putarin, mereka sudah mengakuin, mereka sudah berjanji, mereka akan menyokong saya sebagai Penghulu segala Penghulu, Raja segala Raja, Perdana segala Perdana, adakah kamu tidak percaya...”

Terkejutlah sekalaian alam betapa takburnya seorang makhluk Tuhan ini, betapa jeleknya manusia sombong ini, menetapkan sendiri qada dan qadarnya, dia berlagak Tuhan menentukan sendiri nasibnya, dia sendiri berkata Kun Fa Yakun..jadilah aku Penghulu segala menteri, Kun Fa Ya Kun jadilah 32 manusia itu menjadi kebodoh-bodohan mengikut saja kata-kataku, Kun Fa Ya Kun aku yang jadikan semuanya, diriku bahawa pada 16 september 2008 saya adalah saya, saya yakin, Kun Fa Ya Kun saya akan jadi Perdana Menteri, tiada siapa boleh menghalang saya...

BABAK 2

Berkejar-kejarlah 5 Penyamun Tarbus ke negara kecil China, mencari 32 manusia, mencari 49 manusia,

BABAK 3

OOOOOOOOOOOOOOOOooooooooooooOOOOOOOOOOOOooooooooooboom zooom bang bung bum bush bum bam bim buuuuuuuuuuum kilat sabung menyabung, taufan datang taufan datang taufan sinlaku dewa makriniza datang zzzzzzzzzzzuuuuuuuummmmmmmmmmmmm zizzzzzzzzzzzziiiiiiiiiiiiiiiizzzzzzzz

BABAK 4

Terkandaslah 5 Penyamun Tarbus di tanah kecil China, tidak sempat berjumpa manusia-manusia emas itu

BABAK 5

Sesungguhnya manusia hanya merancang , Allah SWT jua yang menentukannya
Janganlah Bongkak kepada Allah SWT
Janganlah Mendahului Qada & Qadar Ilahi
Manusia akhir zaman sombong dan takbur...

TAMAT

7 Komen:

Den said...

Saudara saya cadang buat skrip elo-elok hantar kat DBP ke or teater ASK, kita pentaskan.good idea.

anakmalaysia said...

Salam Tuan,

Itulah akibatnya manusia yang bongkak. Allah juga penentu segalanya

apa-apa aje said...

ke ba bomm..
nak kenakan orang,diri sendiri yg tersangkut..
Bam Bam Boom !!

Anonymous said...

bam...,kedebam....,kedebum....ANWAR bermimpi di siang hari....HAHAHAHA

Anonymous said...

Salam Semua...

Lompat katak lompat,
Lompatlah Tinggi-tinggi,
Apa yang direncang belum tentu dapat,
Sudah berani memberi janji,

Katak si katak lompat,
Cepat mari melompat,
Buat apa nak melompat,
Kalau ganjaran tak dapat.

Kodok kawan si puru,
Mari melompat bersama-sama,
Buat apa kerajaan baru,
Kalau ideologinya tak sama.

Main mercun di hari raya,
Mercun katak nama diberi,
Kalau betul tunggulah pilihanraya,
Kita tengok siapa Perdana Menteri.

CERPANA said...

anwar kata YB2 yg nak lompat parti smua dh siap n kira masuk dengan rela hati tapi tup2 dh mcm kene beli kene ampu kene paksa nak dptkn ahli parlimen tu. orang melayu ne kalau buat crite jin2 dgn bunian pun x boleh nak lawan..

Kancung said...

Besok 16hb seram sejuknya kaki dan tangan aku.. hihihi..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan