HATI-HATI AMERIKA MEREKA SEDANG DATANG

on Monday, September 22

1. ESOK 23 September 2008 merupakan Detik Pemisah sama ada Anwar akan jadi Perdana Menteri Malaysia. Mereka melakukannya dengan segala kudrat, all out,usul undi tidak percaya dah buat, mengejar MP BN dah buat, nak buat Sidang Tergempar Parlimen dah buat tapi tak jadi, nak jumpa DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dah buat, pujuk rayu merasuah MP BN dah lama buat, pendek kata semua dah buat api masih lagi Allah SWT tidak mengizinkan Anwar jadi PM.

2. Agak-agaknya apa lagi yang akan Anwar akan usahakan?

3. Penulis ingin ingatkan pula ancaman Amerika Syarikat? Apakah Anwar akan menekan Butang Kecemasan dengan meminta bantuan Amerika secara rasmi? Apakah rakan-rakannya di Washington Paul Wolfowitz, William Cohen, J. Biden, M. Albright, Condoliza , dll Yahudi Amerika di sana akan juga turun padang untuk menjayakan misi PM?

4. Amerika bukanlah pertama kali campurtangan dalam politik Malaysia, penulis ingin ingatkan semula campurtangan Amerika pada awal tahun 1960. Ketika berlaku pertentangan antara Lee Kuan Yew dengan Tunku Abdul Rahman, Lee Kuan Yew telah melaporkan kepada Duta Amerika perihal kerisauannya dengan dasar-dasar Tunku. Duta Amerika telah menghantar laporan ke Washington akan kebimbangan Lee Kuan Yew itu. ( Cerita lanjut sila baca Memoirs Singapore : By Lee Kuan Yew )

5. JIka Anwar bertegas untuk menjatuhkan Kerajaan yang dipilih oleh Rakyat dengan cara Rampasan Kuasa, apakah elemen Amerika tidak akan campurtangan. Penulis percaya jika ini dilakukan Amerika akan menerima kerajaan rampasan kuasa itu. Ada banyak rahsia di sebalik tabir yang rakyat Malaysia tidak diberitahu kenapa Amerika begitu nak sangat Anwar menjadi PM. Amerika sudah melakukannya di Indonesia ketika Paul Wolfowitz menjadi Duta Indonesia, Amerika melantik Chalabi di Iraq, Hamid Karzai di Afghanistan ( bekas pekerja ExxoMobil di Amerika ), dan banyak lagi. Di Malaysia mereka mencuba Anwar Ibrahim.

6. Anwar berkeyakinan dapat membeli MP BN Sabah terutamanya , kerana Anwar mempunyai pengalaman menjatuhkan Kerajaan PBS dahulu ( 1994/1995 ). Namun, malang bagi Anwar, suasana sekarang tidak seperti dahulu. Hari ini manusia semakin menghargai dirinya, integritinya, maruahnya dan nama baiknya. Sebab itu YB Eric Majimbun dan YB Chua Soon Bui mantan MP SAP, walaupuntelah keluar BN tetapi tidak akan menyertai Pakatan Rakyat. Walaupun mereka bukan Muslim, tetapi Integriti mereka nampaknya lebih baik daripada Anwar!

7. Jika kita melihat isu-isu terkini selepas 16 September 2008 = jawapannya Anwar Sudah Tidak Relevan lagi. Penulis pasti, selepas 23 September 2008 - politik Anwar di Malaysia bakal menjunam menuruni hari-hari yang akan berlalu. Hanya satu sahaja yang akan menjadi Mimpi Ngeri kepada DAP dan PAS...;kemungkinan Anwar membubarkan PKR dan menyertai BN semula. Ini tidak mustahil kerana Anwar mahu menjadi PM, kalau dulu Anwar sangat mengutuk PAS dan DAP, la ne menyokong pula PAS dan DAP. Kalau selama 10 tahun ini Anwar mengutuk BN, tidak mustahil Anwar akan Jilat balik semula. Itulah moral politik Anwar, dia sudah biasa melakukannya...

2 Komen:

Sameon said...

Salam,
Esok 23 September, seperti yang kita ketahui adalah tarikh permintaan Anwar untuk mengadakan sidang tergempar Parlimen. Esok juga kita akan saksikan apakah sandiwara beliau yang seterusnya jika permintaannya tidak ditunaikan. Seperti yang didakwa saudara penulis, adakah beliau akan menggunakan campur tangan kuasa luar seperti Amerika seperti sebelum ini. Kita juga ketahui, kuasa luar seperti Amerika memang sedang memerhati gerak geri negara kita. Setiap kelemahan akan dikaji supaya mudah untuk masuk campur. Jadi selamatkah kita jika kita masih memilih Anwar?

Pelbagai kemungkinan boleh jadi bila beliau terdesak. Jika dah takde jalan lain, silap hari bulan, beliau akan bubarkan Pakatan Rakyat dan sertai UMNO. Dan mungkin juga beliau akan merayu kepada Pak Lah untuk nak jadi PM. Kalau nak tau, Anwar ni sebenarnya nak jadi PM je. Bila beliau dah jadi PM, segala perjuangan dan janji-janji terhadap rakyat akan lenyap begitu sahaja. Jadi kesimpulannya, ada baiknya jika kita semua sedar akan perkara ini.

HidupBerkurung said...

to penulis.... saya nak luahkan betapa bodohnya teresa kok..... bangang... sengal.... bole pulak kata media salah... padahal sendiri cakap makanan penjara macam makanan anjing

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan