IBRAHIM ALI MASUK BN = 916 HARAPAN KOSONG

on Thursday, September 11

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali berkata , perubahan sesebuah kerajaan tidak boleh dilakukan melainkan jika ada satu undi tidak percaya terhadap kerajaan atau Perdana Menteri dibawa ke Parlimen.

“Ada dua cara sahaja untuk membuat perubahan kerajaan iaitu sama ada Perdana Menteri letak jawatan yang saya percaya tidak mungkin berlaku atau mesti ada satu undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Parlimen,”

Beliau memberitahu, disebabkan pada 16 September Parlimen tidak bersidang, maka undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri tidak boleh dibawa sekalipun terdapat bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membolehkan sesiapa yang mengusahakan perubahan itu mahu menubuhkan kerajaan baru.

Dari sudut politik pula katanya, tidak pernah berlaku Ahli Parlimen kerajaan lompat parti untuk menyertai pembangkang, sebaliknya semua wakil rakyat yang berbuat demikian sebelum ini adalah dari parti pembangkang untuk menyertai parti pemerintah.

“Terbaru kejadian lompat parti melibatkan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 1984, tetapi PBS ketika itu pembangkang dan menyertai parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dan mengikut sumber parti itu, orang yang bertanggungjawab terhadap perkara itu ialah Anwar.

“Saya akui Anwar ada pengalaman dalam hal ini tetapi waktu itu beliau berada dalam kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri. “Sebab itu hendak dapatkan tidak kurang 30 orang wakil rakyat supaya lompat parti adalah tidak mudah,” ujarnya.

Menurut beliau, jika diandaikan 30 daripada 140 wakil rakyat BN yang ada sekarang lompat parti dan berlaku undi tidak percaya, ia akan menjadikan Ahli Parlimen BN 110 orang dan pembangkang sebanyak 112 orang termasuk Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan, Datuk Ibrahim Ali yang bertanding atas tiket Pas.

“Kalau Ibrahim melompat ke BN, ini akan menjadikan kedudukan seri 111-111, masih tidak ke mana-manalah, mesti cari bilangan yang lebih daripada itu (30 orang).
“Saya terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak itu (lompat parti). Secara teknikalnya (kerajaan baru) tidak boleh jalan pada 16 September ini,” ujarnya.

Mengenai teori mengatakan perubahan kerajaan boleh dilakukan hanya dengan mengumpul tandatangan Ahli Parlimen yang mencukupi dan dibawa menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk pelantikan Perdana Menteri baru jelasnya, ia tidak boleh dilakukan selagi Perdana Menteri sedia ada tidak dipecat.

Ketika ditanya mengapa sekarang beliau tampil memperkatakan isu ini jelas Mustafa, beliau terpanggil untuk menjelaskan situasi sebenar berikutan keresahan rakyat yang semakin memuncak selain tidak mahu mereka diberi harapan kosong.

Selain itu, katanya, setahu beliau PKR juga tidak pernah merujuk secara rasmi mengenai cadangan pembentukan kerajaan baru dengan Pas, menyebabkan pemimpin parti itu turut tidak membincangkan isu itu dalam mana-mana mesyuarat.

“Saya kata (perubahan) tidak akan berlaku. Bila tiba 16 September ini boleh tengok saya betul atau dia (Anwar) betul,” ujarnya.

4 Komen:

Anonymous said...

tenguk gaya tingkah laku termasuk timing memeng sah kumpulan fraksi UMNO dalam PAS.

Baik isi borang sama Ce Det!

PASTETAPPAS said...

kawe tau org pkr skrg dok marah dgn pas, pas ne ada prinsip nawaitu tetap, kalau ikut pkr lagu dia punah islam dan bangsa kita melayu ne,

apapun kawe tetap pilih tak lain tak buke Tok Guru Nik Aziz..kalau PR merintah baik lantik Tok Guru daripada anwar, anwar buak kawe ragu2,

aeno tok seh, tapi kalo demi islam yg suci ini,kawe ingak betul juga mustapha ali buat lagu tu, anwar ne mcm ameno jugak lah cuma duk rumah tiri je nama Pkr, esok2 la masuk balik ameno tu,

boleh caya ke anwar ne, ish, kita tetap membangun bersama islam.Takbir3x!

Anonymous said...

aku makin tak ske kt anwar ne..dulu ske jgk..harap2 tok guru nik aziz keluar dari pakatan anwar..eh silap, rakyat

tokwan said...

Kesian Anwar.

Ramai tak suka dia jadi PM.

Tokwan pun kesian. Sebab dia sendiri menggali lubang kuburnya. dengan ajak orang lompat tapi semua sudah terbang.ke luar negara.

Siapa ada berani buat macam Anwar ?

Inilah kali pertama ada orang 'tak malu' ingin jadi PM.

Biasanya ikut pengalaman tok, orang macam ni tak akan mampu pikul amanah.

Sebab Nabi kata jangan minta jawatan nanti Allah tak tolong.

tengok Pak Lah steady dan tak berebut2 pun tiba2 jadi PM, itulah kuasa Allah.

Siapa sanggup lawan Allah ?

Hanya orang jenis hati Dajal sahaja berani lawan !

tokwan tak berani.

mari lawat blog tokwan.

http://tokwan.wordpress.com

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan