LAPORAN MALAYSIAKINI BOHONG & TIPU

on Wednesday, September 24

LAPORAN MALAYSIAKINI BERTARIKH 22 SEPTEMBER 2008
Gempar, bos SAPP ingin ditahan BPR
Sep 22, 08 8:16pm.

".....Dakwaan bekas timbalan presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Raymond Tan bahawa perdana menteri pernah campur tangan dalam siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) disifatkan sebagai “pendedahan yang menggemparkan”.

Tan, yang meninggalkan SAPP selepas ia keluar daripada BN minggu lepas, membongkarkan perkara itu bagi menghalang presidennya Datuk Yong Teck Lee ditahan badan itu selepas cuba membawa usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jun lalu.

Ketua penerangan baru SAPP Chong Pit Fah berkata, dakwaan Tan itu menunjukkan keputusan BPR boleh dipengaruhi oleh perdana menteri...."

1. PERTEMUAN di antara Datuk Raymond Tan bersama dengan Perdana Menteri di Kuala Lumpur pada bulan Jun, 2008 dihadiri penulis beserta dengan SU Akhbar Datuk Raymond dan seorang lagi pembesar negeri. Penulis berasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan Laporan MalaysiaKini itu, kerana penulis hadir dan mendengar perbincangan tersebut.

2. Dalam pertemuan itu, Datuk Raymond Tan mengemukakan isu siasatan BPR dan Mahkamah di Kota Kinabalu yang menyiasat salahlaku rasuah Datuk Yong Teck Lee. Yong Teck Lee barangkali meminta Datuk Raymond Tan menyampaikan kepada Perdana Menteri supaya janganlah kes itu dibuat dalam keadaan sekarang ( ketika itu ) kerana ia menyusahkan Datuk Yong Teck Lee.

3. Apa yang penulis dengar ialah, Perdana Menteri kata beliau tidak Campurtangan dalam Siasatan BPR dan Mahkamah untuk menyiasat kes-kes rasuah. Perdana Menteri berkata, terserah kepada pihak Mahkamah dan BPR melaksanakan kerja mereka. Perdana Menteri juga menasihatkan Datuk Raymond Tan dan SAPP supaya menjalankan tanggungjawab kepada rakyat sebagaimana telah diamanahkan.

4. Begitu juga isu Datuk Chua Soon Bui. Perdana Menteri menyatakan Datuk Chua Soon Bui ada bertemu dengan beliau sebelum ini berkenaan isu desakan Yong Teck Lee mendesak dibuat usul undi tidak percaya kepada PM .Datuk Chua Soon Bui mengikrarkan kepada Perdana Menteri yang dia tidak akan bersetuju dengan undi tidak percaya itu, dan akan kekal dalam BN.

5. Semalam seorang lagi pengasas SAPP, Dr. Tan keluar SAPP kerana tidak bersetuju tindakan Datuk Yong Teck Lee keluar BN. Dengan keadaan sekarang, perhatikan bagaimana Anwar telah meninggalkan dan mengabaikan Yong Teck Lee terkantung-kantung di Sabah dengan keputuan itu. Ternyata Anwar bukan pemimpin yang baik, apabila ada madu diguna, apabila madu dah habis dia buang, itulah nasib Yong Teck Lee dan SAPP sekarang.
6. Tulisan asal penulis semasa pertemuan PM dengan Datuk Raymond Tan..
http://jentayuabaka.blogspot.com/2008/06/perbincangan-dengan-pak-lah.html

7. Apakah rakyat mahu senasib dengan SAPP dan Yong Teck Lee di bawah Janji-Janji Manis Anwar?

12 Komen:

MatJanggut said...

kita perlu artikel macam ne, betulkan yg salah tu, malaysiakini pon bkan boleh caya, apapun tak payahlah tulois pasal anuar lagi, anuar dah tak boleh pcaya dah kat malaysia ne

Anonymous said...

patutnya anwar berkubur dgn Yong teck lee dan sapp tu, sama2 le, baru sehati sejiwa,

PEMUDA UMNO MANDUR WAHID said...

aku setuju ngan matjanggut, steady bro!!
aku meluat tul le ngan anuar ni, batak sangat nak jd PM,ape punya keturunan le die nih..

uncle nano

KacangManis said...

Itu la, MalaysiaKini diangkat-angkat sebagai warta alternative sebab kononnya media arus perdana tidak lagi boleh dipercayai dan berat sebelah.
Tapi sebenarnya mereka memalsukan berita dan fakta hanya kerana ingin berita berada di pihak mereka.
Sama macam ketua mereka la, Anwar, si kaki penipu.

Anonymous said...

Kepala otak,apa kena mengena dengan Datuk Seri Anwar.Asyik,menuduh Anwar,engkau orang semua nya baik-baik belaka.Piiraaaah.

zakiahnaim said...

tq

Anonymous said...

Dollah & BN/UM-NO itulah PALING PENIPU BESAR NEGARA.Minyak bila mahu turun harganya???? Penipu

Anonymous said...

DSAI sentiasa bercakap benar!!

ingat tarikh kerrramat 916. Ianya disokong oleh TGNA dan diextendkan kemungkinannya untuk cover 917,918 dan 920.

Jangan mudah lupa!!

Kalo tak pecaya tanya Fuziah PKR dan TGNA.

ANU-WAR-BE-NAR said...

YA YA BENAR BENAR ABDULLAH DAN UMNO MEMANG PENIPU, YA YA BENAR BANGET ANWAR BENAR DIA AKAN JADI PM PADA 916, ATAU ANJAK SIKIT 919 , TAK TAK ANJAK LAGI 923, LEPAS TU KENA TANYA TIAN CHUA FUZIAH GENG2 PENYAMUN YG KE TAIWAN TU...BENAR BENAR ANWAR MEMANG BENAR YA YA SY LUPA..

Pok Nik Klate said...

Kalau di daerah nara selatan siam..Nuar Berahim ni sebenarnya patut jadi gemuloh doh..kena dua tau tiga das atas dahi..kecek belawok kohong..patutla koho sari koho kurus..pasal dok belawok kuat dooh..Nik Aziz pon sama jugok.. Lidah puok2 ni ada berapo belas chabang?????

PEJUANG MELAYU said...

betul matjanggut ...kita perlu artikel ini .tidak boleh percaya 1 pihak shj spt malaysiakini..

Pak lah aku respect dia dlm isu rasuah ..dia mmg tidak akan masuk campur dlm pendakwaan rasuah ,Ezam pun pernah beritahu ttg Pak Lah ini yg mmg tidak akan masuk cmpur isu rasuah jika ada kes.

Anonymous said...

berhentilah mengagung-agungkan Anwar ni..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan