2. Penulis menghubungi YB SAPP di Sabah, rupa-rupanya tiada seorang YB (MP & ADUN ) yang bersetuju dengan Yong Teck Lee. Rupanya hanya dia seorang ahaja yang membuat keputusan Keluar BN, semata-mata untuk membantu Menutup Malu Anwar yang Gagal dalam Projek 16 September 2008.
3. Parti baru akan ditubuhkan tidak lama lagi, dan YB SAPP dijangka akan menyertai semula parti baru itu dan menyertai semula BN. Ini satu lagi tamparan kepada Anwar dan Yong Teck Lee. Penulis telah berpesan kepada Datuk Raymond Tan ( Timbalan Ketua Menteri & Bekas Timbalan Presiden SAPP ) supaya memikirkan masa depan masyarakat Cina dan Bumiputera yang menyokong parti mereka. Raymond Tan semasa sama-sama penulis bertemu PM memang seorang pemimpin baru yang berwawasan, tidak pentingkan diri sendiri macam Yong Teck Lee.
4. Hari ini sudah 5 hari berlalu 16 September. Di mana-mana kita pergi; Surau, Masjid, Tandas,Gedung Beli-Belah, stesen Bas, pekerja kilang Myanmar, Indonesia, sekolah, universiti, airport, semuanya kata bosan cerita Anwar. Semua kata hari-hari yang berlalu akan meninggalkan ilusi dan fantasi Anwar jauh ke belakang.
5. Penulis menerima mesej daripada Pelajar Perubatan di Dublin, katanya; mengapa rakyat Malaysia begitu senang diperbodoh-bodohkan oleh Anwar. Lee Kuan Yew pun ketawakan kita.
6. Hari semakin hari Anwar semakin tidak Releven, semakin tidak dipedulikan, dan rakyat semakin muak. Statistik terkini :
Anwar, PM Malaysia ke-6?
Selection Votes
Tidak, angan-angan mat Jenin 50% 65
Ya,harapan baru Malaysia 20% 26
Ragu-ragu, banyak skandal peribadi 30% 39
130 votes total
Kesimpulan = 104 ( 80%) rakyat Malaysia melihat Anwar sudah tidak Relevan, hanya 26 ( 20% ) masih bersama ilusi dan fantasi Anwar. Nampaknya trend rakyat semakin hari semakin menolak Anwar.
1 Komen:
why u always talking about Lee Kuan Yew, izit any political sense around Malaysia and Singapore, or any reason between chinese singapore and chinese malaysia. tq
Post a Comment