LIM KIT SIANG LEBIH SABAR DRPD ANWAR

on Tuesday, September 16

Anwar=Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini.
Rakyat= Merudum jatuh bermaksud orang tidak boleh membeli barang, makan minum tiada, tiada pakaian, suasana akan menjadi seperti di Jakarta kelmarin apabila seorang Haratawan membahagi2 wang zakat lebih kurang RM15.00 kepada orang miskin di Jakarta, mereka berrebut-rebut sehingga mati terpijak, di Malaysia tidak lagi,hubungan tegang bermula selepas Anwar membentuk PR yang mempersoalkan hak-hak bangsa Melayu dengan mewar-warkan Ketuanan Rakyat. Jika tidak disentuh hak mana-mana kaum sudah pasti semua akan hidup aman damai, apabila Anwar membawa slogan kesamarataan mutlak , ia sudah mengheret perasaan orang Melayu dan umat Islam, jadi siapakah yang memulakannya. Jika orang Cina India Melayu menghormati hak masing-masing dalam perlembagaan aman damai kita semua, jangan sahaja kita ambil hak orang lain nak bagi orang lain, tu jadi orang akan marah. Itu yang dilakukan oleh Anwar sekarang.

Anwar=Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini.
Rakyat= Soalnya siapa yang memulakan politik berbaur perkauman. Apakah tanggungjawab yang boleh dijanjikan oleh Anwar apabila undang-undang pun dilanggar, peraturan pun ditolak ketepi, pegawai kerajaan pun dikata anjing kerajaan, apa makna keselamatan dan kestabilan di mata Anwar jika asyik berdemonstrasi yang kesannya menghuru-harakan negara, memberi imej buruk, soalnya Anwar tidak mahu mengaku kalah, Dapat 81 kerusi dikata menang, orang lain dapat 140 dikata kalah, Kalau tanya budak tadika, agak-agaknya budak tu jawab siapa yang bebal?

Anwar=Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk.
Rakyat= Majoriti yang selesa? Agaknya Anwar ni dah tertutup minda dan hatinya kerana tidak mampu membezakan antara 81 dan 140. Selama ini rakyat yang ada tidak hidup dalam masyarakat majmuk kah? Selama ini aman dan damai, hanya apabila ada manusia yang gila kuasa bermaharajalela memenuhi nafsunya lah yang menyebabkan negara jadi huru-hara. Sebelum ini, apabila Anwar tidak aktif politik kerana berguru di University Georgetown dan John Hopkins, Malaysia aman dan damai sahaja.

Anwar=Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam.
Rakyat= Perhatikan Anwar Ibrahim tidak ada nilai tawadduk, tiada nilai kesabaran, tiada nilai harga diri, tiada nilai menerima qada & qadar Allah, selalu nak mengatasi kuasa Allah, selalu nak tunjuk kepada Allah keegoan dan kesombongannya, jika benar-benar berhati Besar tunggulah PRU13, barulah gentlemen. Bercakap soal tanggungjawab, tetapi tanggunggjawab kepada 81 laksanakanlah mengapa bercakap pasal 140?

Anwar=Dengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakan peralihan kuasa yang aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu.
Rakyat= Apakah signifikannya nak jumpa PM nak alih kuasa. Anwar di dalam PR, Abdullah di dalam BN. Tak Malukah? Tak ada harga dirikah? Tak ada maruahkah? Hormatilah kuasa rakyat dan sistem demokrasi, bukankah rakyat sudah memeberi kuasa mereka kepada 140, dan 81, tak kan tidak faham.

Anwar=Kami mengingatkan kepada elemen radikal di dalam Barisan Nasional agar tidak menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat. Penyiasatan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato Seri Yong Teck Lee selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan di antara taktik yang kita tolak. Penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok merupakan contoh untuk menghalang perubahan dengan tidak mengikut lunas-lunas perundangan.
Rakyat= Siapa parti yang ada elemen radikal, yang memukul jurugambar, yang membakar dan merosakkan bangunan, yang menghalang bas, yang membuat ugutan, mengeluarkan kata-kata kesat dan halangan kasar. Yang memaksa MP BN, mengejar, mencuri mandat, menipu rakyat, ini semua bukan elemen radikal kah?

Anwar=Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan;
Rakyat= Apa kata PR tidak menghalang ahli Parlimennya dan ADUN nya di Perak dan Kedah untuk menyeberang ke BN kerana hak mereka untuk berhijrah ke BN akibat bosan dengan politik adu-domba dan janji manis Anwar kepada rakyat, menyebabkan mereka mencari parti yang rajin bekerja bukan rajin bercakap. Jangan pula buat laporan BPR konon MP dan ADUN PR kena rasuah, angaplah itu hak mereka nak pindah ke BN!

Anwar=Kami menyeru masyarakat di semua lapisan agar memahami hasrat kami semata-mata untuk kebaikan negara ini. Saya juga ingin mengingatkan media massa jangan lagi berada di dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong. Kita sekarang berada dalam era baru maka saya menyeru media massa meninggalkan tabiat lama dan mengambil iltizam untuk meningkatkan professionalisme kewartawanan
Rakyat= Hasrat kerajaan BN tidak membawa kebaikan kepada negara ker? Media PR juga janganlah berada dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kerajaan yang dipilih oleh rakyat sekarang tiada membuat apa-apa kerja dan kebajikan. Buanglah tabiat lama kononnya semua yang dibuat kerajaan salah, semua yang dibuat oleh Anwar benar belaka..

Kesimpulannya= Hormatilah Hak Rakyat yang telah memberi 140 kepada BN membentuk Kerajaan Persekutuan. Terimalah Hakikat Rakyat juga telah memberi 81 kepada PR. Penulis sangat tidak setuju jika mana-mana pihak mahu menjatuhkan Kerajaan dengan cara yang tidak Demokratik. Kerana pada masa akan datang ia akan berulang kerana ada orang yang sudah memulakannya. Kenapa tidak boleh tunggu PRU13 ?


Contohilah Kesabaran Lim Kit Siang dan DAP menunggu hampir 40 tahun akhirnya mereka berjaya menguasai Penang, Perak & Selangor. Kita tidak boleh jatuhkan kerajaan itu dengan Cara Paksa kerana itulah pilihan rakyat, sebagaimana rakyat di Kedah dan Kelantan memilih PAS sebagai kerajaan negeri mereka. Kenapa Anwar tiada nilai kesabaran sebagaiamana Lim Kit Siang?

Bagi penulis, Kalau PRU13 PAS menguasai 150 kerusi , kita kena terimalah Presiden PAS sebagai Perdana Menteri Malaysia. Inilah Demokrasi.

1 Komen:

ManPuchong said...

KitSiang & Anu War 2 X 5 la sedara Jentayu.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan