MENTERI BESAR GUTHRIE

on Monday, September 8

1. PADA 6.9.08 YB Zulkifli Nordin telah dibicarakan oleh Mahkamah Keadilan PKR atas keberaniannya menghalang Forum Memeluk Islam Artikel 121 (1A) yang dianjurkan oleh Majlis Peguam. Dalam reaksinya, YB Zulkifli menyatakan beliau tidak takut kepada surat tunjuk sebab itu, yang penting beliau membela kesucian agama Islam daripada dihina, dimomok dan diperendah-rendahkan dalam forum itu.

2. Semalam Anwar berada di Jakarta untuk menerangkan kepada sekutunya di sana perihal Sebutan Kes Liwatnya esok ( 10.9.08 ). Ternyata fokus Anwar bukan lagi 16.9.2008 tetapi bagaimana nak menyelamatkan reputasinya di luar negara. Sahabat wartawan di Jakarta menghantar sms kepada penulis, bahawa Anwar mengambil masa yang bersungguh-sungguh untuk menerangkan kes liwat yang membabitkan dirinya. Menurutnya, sudah timbul keraguan di kalangan sekutunya di sana akan Anwar.

3. Semalam ( 7.9.2008 ), Penasihat DAP Lim KIt Siang menegaskan DAP tidak akan menerima YB BN yang melompat atas dasar dibeli. Sepatutnya Lim KIt Siang kena tanya Anwar Ibrahim, ataupun ia sindiran kepada Anwar supaya jangan membuat sesuatu yang tidak berintegriti dan tidak bermaruah dalam sistem demokrasi berparlimen.

4. Dua hari lepas, HJ Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS menyatakan dalam temubualnya bahawa lebih baik kerajaan yang ditubuhkan itu hasil daripada sokongan rakyat jelata. Maksud bahasa politiknya, PAS juga tidak bersetuju dengan cara Anwar sekarang ini, sebab itu mereka tunggu dan lihat.

5. Dan berita yang paling menyedihkan apabila MB Selangor mengatakan " Membuang Masa " sahaja berjumpa rakyat. MB Kedah sudah menempelak perkara ini dengan berkata kita melawat atas dasar simpati, sebagaimana kita melawat orang sakit bukan kerana kita Doktor yang boleh merawat, hanya lawatan itu atas dasar simpati malah dituntut Islam.

S. Manikavasagam ( PKR ) MP Kapar, berkata MB Selangor patut mencontohi Perhubungan UMNO Selangor kerana menjadi orang pertama sampai di tempat kejadian. MP Kapar kata MB Selangor akan menerima hukumannya 5 tahun akan datang. Dia berkata dia tidak takut diambil tindakan kerana mengeluarkan kenyataan tersebut.

Bagi penulis, MB Selangor sekarang ini layak jadi MENTERI BESAR GUTHRIE & kawasan yang sewaktunya dengannya. Sebagai orang politik, bahasa itu bahasa Guthrie bukan bahasa rakyat, macamana nak buat Ketuanan Rakyat kalau fikiran macam Ketuanan Guthrie!

6. YB Teresa Kok pula hari ini menafikan ada menerima Petisyen mensenyapkan suara azan, dan dia mula menukar nada suaranya kepada rasa bersalah dan takut. Dr Tan Seng Giaw mengaku pernah menerima petisyen yang serupa tetapi mensenyapkannya sahaja. Sesiapa rakan blog yang simpan Salinan Petisyen tu minta highlightkan supaya kebenaran terserlah. Usaha kita menegakkan kebenaran perlu diteruskan supaya rakyat juga mendapat maklumat yang lebih tepat.

7. Malam ini 10.30malam ( TV9), Ezam akan membongkar rahsia Anwar. Di sebalik 16.9.2008.

4 Komen:

Anonymous said...

dia tu sesuai benor jadi mb guthrie, tak sesuai lah jadi mb negeri,

zakiahnaim said...

trima kasih menegur

pedangberbisa said...

Zulkifli akan dibicarakan esok 9.9.08...

Bukan 6.9.08.

Sedikit pembetulan untuk Jentayu Abaka.

Tetapi ia tidak mencacatkan artikel Jentayu.

Sekadar memberi teguran sesama kawan.

Minta tegur jika ada salah saya pula.

Salam.

cekka said...

mudah-mudahan Allah memberi petunjuk kepada kita sempena Ramadan Al-Mubarak..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan