MEREKA LUPAKAH = "SAYA TIDAK AKAN MEMBENARKAN"

on Saturday, September 13

1. Sejak Oktober 2003, Perdana Menteri Malaysia Tidak Pernah campurtangan urusan Mahkamah, malah pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga bukan campurtangan Perdana Menteri. DSAI dibebaskan kerana kesilapan teknikal. PM membawa pemikiran Modal Insan, Keterbukaan, Towering Personality, Penambahbaikan, Islam Hadhari, Integriti, dan beberapa pendekatan yang toleran sehinggakan apabila BN menang besar PRU11 (2004), Dr. Tan Seng Giaw dilantik sebagai Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) sehingga sekarang.

2. Selepas Pakatan Rakyat menang 81 Kerusi mereka menganggap 81 lebih besar daripada 140. Mereka fikir 140 tidak boleh jadi PM, 81 boleh jadi PM. Mereka kata 140 tidak demokratik, mereka kata81 demokratik. Maka berusahalah mereka memujuk+ merasuah + membeli+ memaksa+ merayu+ meminta-minta+ terhegeh-hegeh+mengekori MP BN walaupun sampai ke Taiwan untuk tujuan Menjatuhkan Suara 140, dan menaikkan 81.

3. Bukankah PM sudah memberi amaran...."SAYA TIDAK AKAN MEMBENARKAN GANGGUAN INI DITERUSKAN* SAYA TIDAK AKAN MEMBENARKAN MANDAT RAKYAT DIRAMPAS DARIPADA PARTI BARISAN NASIONAL YANG TELAH MENANG MAJORITI PILIHANRAYA UMUM SECARA SAH DAN MENGIKUT LUNAS DEMOKRASI*

4. Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok; pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.Mereka ditahan mengikut Seksyen 73 (1) akta berkenaan.

Mengikut peruntukan itu, mereka boleh ditahan sehingga 60 hari tanpa perbicaraan sebelum Menteri Dalam Negeri membuat keputusan sama ada penahanan itu perlu dilanjutkan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan penahanan ketiga-tiga mereka.Menurut Ismail, penahanan di bawah ISA itu dibuat “untuk membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut dan bagi membendung sebarang tindakan yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum dan persengketaan agama.”

5. Difahamkan, beberapa orang lagi akan ditahan di bawah akta yang sama dalam masa terdekat. Soalnya siapa lagi ?

6. Mereka yang nak jatuhkan kerajaan 140 dan menggantikan dengan 81? Kumpulan ini yang menafikan sistem demokrasi, tidak menghormati keputusan Rakyat, pengusaha restoran 16 September, kumpulan yang mempersoalkan kesucian agama Islam ( contohnya Forum membincangkan Masuk Islam )...pernah dengar orang Islam mempersendakan agama lain ( sebab Islam menyeru umatnya hormati agama lain ), mereka yang mempersoalkan Kedudukan Hak Istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan, mereka yang mempersoalkan Kedaulatan Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan, mereka yang mempertikaikan Kedudukan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan, mereka kena terima hakikat Perdana Menteri sudah terlalu bersabar, tetapi apabila semua itu berterusan dan keamanan negara tergugat undang-undang ISA terpaksa dilaksanakan.

Di Singapura, wartawan Asian Wall Street Journal juga ditahan Serta-Merta hanya kerana mempersoalkan dasar-dasar kerajaan. Singapura tidak mengambil masa yang lama untuk menggunakan peruntukan Undang-Undang ISA.


7. Tahniah kepada pihak Polis DiRaja Malaysia kerana bertindak tegas terhadap mereka yang bercita-cita memporak-perandakan negara. Ia satu pengajaran dan pendidikan kepada orang yang keras kepala, sombong bodoh, terlebih pandai bahawa dalam Matematik kita selalu ajar anak-anak kita angka 140 lebih besar daripada angka 81. Jika tidak faham-faham juga ajar mereka Matematik ini di Kamunting!

7b. Rombongan PKR ke Taiwan yang tidak tahu Matematik ( tak tahu membezakan Nombor Besar dan Nombor Kecil ) barangkali sesuai diajar di Kamunting!

3 Komen:

JagaQdees said...

hantar meka Tadika Qdees, Cikgu dia bagus pandai ajar matematik,

beritamalaysiakini said...

Pak Lah lembik lagi ? Kerajaan pekak dan buta lagi ? Tidak.

Tetapi kerajaan bijak dalam menentukan tindakan sesuai dan masa yang sesuai..

ada benda 'lembik' akan keras juga.

Tapi tidak 'keras' sepanjang masa.

Bila dia 'keras' siapa boleh lawan ?

Simen semasa lembik dan cair memang mudah digaul dimain mainkan dibuat sesuka hati.

Bila sudah keras, jika terhantuk kepala kita juga yang akan tergadah.

Adakala sampai berdarah.

Hidup Pak Lah ! Hidup Syed Hamid !

Moga Allah memberi kegerunan kepada musuh agama Allah dari terus mencari jalan mempermainkannya dengan cara tidak bermoral dan bermaruah sehingga mengancam keselamatan kita...

Ramadhan tahun ini telah memberi' kekuatan ' kepada kerajaan membuat tindakan dengan berani demi agama Allah !

ISA zalim ? zalim pada yang kena saja tak kira melayu cina atau india.

Siapa tak buat negara terancam, tak akan disentuh akta ISA ini samada cina india atau melayu ...

Adakah kita nak biarkan negara hancur disebabkan 2 - 3 orang pencetus ancaman dan boleh memudaratkan negara kita tercinta ini ?

Kata orang tua kita : berani buat berani tanggung.

Berani kerana benar takut kerana salah.

Jika semua orang bebas buat apa sahaja tentu tidak perlu dicipta neraka. atau dibuat undang undang....

artikel Jentayu semakin mantap. tahniah.

Harap dapat jadi mentor untuk bloggers pejuang negara nanti.

ok ke?


Takbir !!!!!!!!!!

Penulis Cyber
http://beritamalaysiakini.wordpress.com

Samad said...

Kenapa ISA mesti dihapuskan? Tiada sebab untuk dihapuskan. ISA hanya akan digunakan untuk menyiasat mana-mana pihak berkaitan isu yang melibatkan perkauman dan boleh menjejaskan tahap perpaduan negara. Ia adil untuksemua orang. Hanya mereka yang terbabit dengan akta ini mengatakan ianya tidak adil. Cuba bayangkan jika akta ISA dihapuskan. Ini akan menyebabkan pengkhianat-pengkhianat yang cuba nak merosakkan perpaduan bangsa bebas sebebas-bebasnya...

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan