PAKATAN RAKYAT= 112, BN=109, BEBAS=1

on Saturday, September 20

1. FANTASI Anwar dan PKR ialah pada 23 Septeber 2008, mereka akan menghantar 32 senarai MP BN kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Inilah percubaan terakhir Anwar untuk mengelak kes liwatnya yang akan disebut semula pada 24 September 2008.

2. Anwar dikatakan menyenaraikan sekurang-kurangnya 32 MP BN, walaupun MP BN itu tidak mengiakannya. Anwar menggunakan kapasiti sebagai Mantan Timbalan Perdana Menteri dan atas kapasiti wujudnya hubungan lama dengan MP-MP BN tersebut untuk meyakinkan DAP, PAS dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Anwar menggunakan Formula 81 + 32 = 112, manakala Datuk Ibrahim tidak dimamsukkan kerana Datuk Ibrahim memang musuh politik Anwar sejak sekian lama. Datuk Ibrahim Ali pegang banyak rahsia Anwar.

2. Harapan Anwar ialah jika percubaannya pada 23 September 2008 berjaya, Kes Liwatnya akan dapat diselamatkan. Jika tidak lagi berjaya, maka karier, maruah dan masa depan politiknya akan beransur-ansur hancur. Sehingga ke hari ini , Anwar malu untuk terbang ke Eropah, Amerika dan Dubai temapt-tempat pertemuan dengan teman-teman Yahudinya gara-gara Kegagalan 16 September.

3. Sumber dari dalam PKR memberitahu penulis, Anwar lebih relah ditahan ISA jika Gagal lagi pada 23 September. Bagi Anwar kata sumber itu, lebih baik dia diISAkan , kerana ia boleh menjadi penyelamat kepada dirinya daripada rasa Kemaluan dan tuntutan-tuntutan janjinya kepada negara-negara barat. JIka dia diISAkan, itu menjadi sebab kepadanya untuk memberi alasan kegagalan projek ' in waiting Prime Minister'.

4. JIka Anwar diISAkan, ia juga menjadi sebab besar untuk mengheret penyokongnya dan rakyat Malaysia untuk terus bersimpati dengan Anwar. Sebab itu Anwar mengacah-acah Perdana Menteri supaya mengISAkan dirinya, malangnya PM tidak termakan psikologi lapuk Anwar.

5. Juruselam Post dan Washington POst minggu ini melaporkan kegagalan Anwar menunaikan janjinya menjadi Prime Minister Malaysia. Mereka sudah mula memperkatakan baik buruknya Anwar, untung ruginya Amerika melibatkan diri dalam kes ini. Pada hemat penulis, inilah perkara yang sangat ditakuti Anwar di Amerika dan Barat, iaitu hilanagnya kepercayaan Amerika & Barat kepada Anwar.

6. Di Kem PAS, Azizi Abdullah, MSO, dan beberapa penulis Pro-PAS sudah mula mempersoalkan penglibatan PAS dalam projek 916 yang dikatakan merugikan parti itu. Mereka mahu kepimpinan PAS kembali kepada tujuan asal iaitu menubuhkan Negara Islam.

7. Di Sabah beberapa bahagian SAPP mula dibubarkan, sekali lagi Anwar berjaya menghancurkan SAPP selepas menghancurkan Parti Sosialis Rakyat Malaysia. Penuis yakin, dalam tempoh beberapa tahun akan datang PAS juga akan terkecil jika terus berada di dalam PR, terutama selepas ketiadaan TGHH, TGNA dan beberapa tokoh ulama lama PAS. Jika PAS dikuasai oleh Geng Ergoban, maka bermulalah kehancuran PAS kerana Geng Ergoban mengutamakan Kuasa bukan mengutamakan pembentukan Negara Islam. Siapa boleh nafikan Husam lebih kaya berbanding PAS Kelantan!

3 Komen:

Panglima Perang Cyber said...

Sedikit maklumat ttg gosip politik Husam...

Nasib baik atau tak baik ana, ana ada dapat salinan laporan BPR terhadap Datuk Husam semalam. Di sini ana taip kembali untuk tatapan dan penilaian semua yang tentu amat berminat untuk mengetahui. Ana rasa kita jangan terburu-buru menghukum sebelum siasatan selesai. Masa sama, Datuk Husam juga perlu segera menjawab beberapa persoalan dikemuka untuk membersih diri.

Tiga laporan berkait AKSB itu adalah:

1. Bahawa Datuk Husam pada tarikh sekian menerima wang berjumlah sekian dari kontraktor AKSB bernama sekian.

2. Bahawa Datuk Husam pada tarikh sekian (lain) menerima wang berjumlah sekian (lain) dari kontraktor AKSB bernama sekian (lain).

3. Bahawa Datuk Husam pada 6 Jun 2004 menerima RM10,000 dari AKSB, pada 13 Julai 2004 menerima RM10,000 dari AKSB, pada 5 Disember 2004 menerima RM2,000 dari AKSB dan pada 20 Disember 2004 menerima RM1,500 dari AKSB.

Dua laporan lain mengenai AKSB yang tidak berkait dengan Datuk Husam secara terus tetapi turut perlu dijawab oleh Datuk Husam ialah berkenaan projek pembinaan Loji Rawatan Air Merbau Chondong, Machang, iaitu:

1. Pembinaan tangki simpanan air di Bukit Amboran, Machang, yang tiada dalam perjanjian asal dan tidak mengikut spesifikasi oleh kontraktor menyebabkan ia gagal berfungsi menyalurkan air ke kawasan yang sepatutnya selain menyebabkan kerugian kepada AKSB serta pembinaan paip retikulasi di sekitar daerah Machang yang tidak mengikut spesifikasi (terlalu kecil) oleh kontraktor tetapi dibayar dengan harga normal oleh Air Kelantan Sdn Bhd menyebabkan AKSB kerugian RM750,000. Asalnya tangki ini tiada dalam kontrak tetapi waktu projek loji Merbau Chondong sedang dibuat tiba-tiba AKSB mengarahkan kontraktor membina tangki ini. Ia juga dibina terlalu rendah menyebabkan tekanan air sama ada tiada langsung atau terlalu rendah (1-2 meter sahaja sedangkan mengikut piawaian ia patut lebih 10 meter). Dalam kontrak juga, sepatutnya ada satu tangki sedutan (booster pump) tetapi ia tidak dibuat oleh kontraktor dan sepatutnya bayaran kepada kontraktor perlu dipotong lebih RM1 juta (kos membina tangki sedutan ini) tetapi potongan yang dikenakan AKSB hanya RM300,000 sahaja menyebabkan AKSB kerugian lebih RM700,000. Kontraktor terlibat ialah Roadbuilders.

2. Pembinaan tangki simpanan air di Bukit Peraksi, Pasir Puteh, yang tidak mengikut spesifikasi (mengikut kontrak, ia asalnya dicadang untuk dibina di tempat melihat anak bulan di puncak Bukit Peraksi tetapi pembinaannya dialih ke anak bukit yang jauh lebih rendah) oleh kontraktor menyebabkan air gagal disalurkan melalui Jambatan Tok Bali dan terpaksa dialih menggunakan laluan alternatif melibatkan tambahan paip sepanjang 16 km dengan kos RM10 juta (paip tambahan ini telah dibeli dari awal lagi menunjukkan perkara ini mungkin memang sengaja dilakukan untuk memberi keuntungan mudah kepada individu tertentu). Mengikut kontrak satu tangki sedutan (booster pump) juga patut dibina di kaki bukit tetapi ia tidak dibina menyebabkan kontraktor jimat lebih RM1 juta. Kontraktor terlibat ialah CAM Contract Works and Development.

Sekian, terima kasih.

Anak Kelantan Di KL.

cuplikan dari :

http://siapanakjawab.blogspot.com/2007/12/husam-semakin-caca-merba.html


Salam alif ba ta

Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com

Anonymous said...

salam bro..cepat2 sebelum terlambat si pesakit mental skg tengah berusaha sekeras-kerasnya menghantar deligasi dan pasukannya ke sabah utk memujuk ahli sapp yg terumbang ambing tu ahhh..dah berkarung dan berlori duit skg berterbangan kesabah utk memujuk 2 ekor katak..dengar kata deligasi tu d ketuai oleh jefri katak eh silap jefri kitingan wawkakwak tapi kalau tak makan juga pujuk tu my be si pesakit mental sendiri turun p pujuk..tp menurut sumber yg blh d percayai lamaran mereka tdk d terima pasal c pesakit mental tu lah yg telah membubuh racun d kepala otak dato yong tek lee dan meyebabkan mereka dan ahli mereka berbelah bagi atau berpecah serta bermusuhan sesan sendiri..skg kipas guna usd brooo bukan lg rm..
skg kapet merah buat eric majimbun serta jambangan bunga sebagai tanda sokongan mereka..

TAMING SARI said...

SALAM

ANWAR PUNYA RANCANGAN JAHAT:
1. Mengancam Ketuanan Melayu dan kedaulatan raja-raja dengan ideologi Ketuanan Rakyat
2. Menghapuskan DEB dan menghapuskan Hak Istimewa Orang melayu.
3. Mengancam Agama Islam dengan menyokong IFC.

Punyai pelbagai lagi rancangan jahat yang mengancam agama, bangsa dan negara..

sedarlah wahai Melayu Islam sekalian...wallahhualam.

yang ikhlas,
taming sari
www.empayar-malaya.blogspot.com

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan