PENSIANGAN BY-ELECTION 2008

on Monday, September 8

1. Seperti yang dijangka, Datuk Joseph Kurup , Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah ( PBRS ) yang juga Timbalan Menteri Pembangunan & Kemajuan Luar Bandar telah dibatalkan kemenangannya dalam PRU12 oleh Mahkamah. Ini menunjukkan sejak 2003, Perdana Menteri tidak pernah campurtangan kes-kes Mahkamah termasuklah pembebasan Anwar Ibahim secara teknikal dahulu.

2. Jangkaan seterusnya ialah di DUN Sanglang, Perlis dan Parlimen Bandar Baharu Kulim, Kedah.

3. Sabah merupakan akaun tetap BN. Datuk Pairin Kitingan ( Presiden PBS ) yang merupakan Hugoun Shiou masyarakat Kadazan / Dusun yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah akan berdepan Datuk Jefferey Kitingan ( Pengerusi PKR Sabah ) yang merupakan adiknya.

4. Apa yang berlaku pada 10/9/08 dan 16/9/08 akan menentukan isu dalam By-Election ini.

5. PKR sudah pasti memainkan janji Timbalan Perdana Menteri Sabah jika pun 16/9/2008 berlaku. Isu-isu lapok seperti Labuan, Royalti minyak pasti akan dimainkan. Bagaimana isu 1990 ( Isu Sabah Keluar Malaysia ) .Pada awal tahun 1963 dahulu, PAS hantar petisyen ke mahkamah menolak kemasukan Sabah dalam Malaysia. Kalau petisyen itu menang, Sabah dan Sarawak sudah pasti ada Perdana Menteri sendiri.

6. Sebagai rakyat Sabah, inilah masanya untuk rakyat Sabah memohon apa jua dalam kempen itu termasuklah Elaun Perumahan Wilayah ( EPW ). Sudah berpuluh-puluh tahun EPW tidak pernah diubah sedangkan elaun COLA yang baru setahun dua diperkenalkan semula, telah dinaikkan 100% baru-baru ini. Menteri di JPM , Tan Sri Bernard Dompok minggu lalu telah berjumpa pihak JPA untuk menyuarakan hal ini. Penulis pasti kakitangan awam Sabah akan menerima berita positif EPW tidak lama lagi.

7. Pada tahun 1964, Lee Kwan Yew membawa seluruh pekerja parti PAP dari Singapura untuk membantu calon-calon PAP di Semenanjung, malangnya semuanya kalah kecuali Devan Nair di Bangsar. Apakah pula Anwar Ibrahim akan membawa seluruh pekerja PKRnya ke bumi Sabah sebagaimana di Permatang Pauh baru-baru ini?

1 Komen:

Panglima Perang Cyber said...

Pasti kemenangan di Sabah bakal meranapkan peluang Anwar menjadi PM ( baca : dalam igauan )

Hasrat yang ditentang sendiri ibu Anwar ( baca dalam detikdaily )

Jadi, jika benar maknanya Anwar telah derhaka kepada ibu : bermakna ingin menjadi Si Tanggang Moden ?

Huhhhh...berani betul.

Moga semua cepat sedar siapa Anwar dan membantu kita menghalang beliau berkuasa.

Kerana kuasa salah guna boleh mengancam nyawa generasi kita akan datang.

Pak Lah masih sabar dengan musuh dalam dan luar Umno.

Inilah PM yang sukar dicari ganti tahap kesabarannya.

Moga Allah lanjutkan usia beliau dan juga tempoh pemerintahan beliau agar dimanfaatkan rakyat.

Salam.

Panglima Perang Cyber

http://penembak-tepat.blogspot.com

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan