PERCUBAAN KE-4 ANWAR

on Monday, September 1

1. 16 September 2008 hanya tinggal 2 minggu lagi, Anwar sedang berusaha berunding dengan YB-YB BN. Apa yang Anwar sedang lakukan adalah apa yang dimaksudkan oleh Demokrasi Amerika. Demokrasi yang dikatakan oleh Socrates, Pluto, & tokoh2 falsafah Yunani ialah Dari Rakyat, Kepada Rakyat, Untuk Rakyat. Itu pengertian akademik & sejarah faksafah. Pengertian Demokrasi Amerika ialah apabila seseorang pemimpin itu tidak ProAmerika Negara itu bukan Demokrasi. Mana-mana Negara yang AntiAmerika seperti Iran, Sudan, Libya, Korea Utara digelar Negara Bapa Syaitan. Di Malaysia siapakah yang menggelarkan orang lain sebagai Bapa Syaitan & Bapa Segala Syaitan? Ada ubsur Yahudi tu...

2. Anwar tidak sanggup menunggu PRU13 . Dengan usia sekarang sudah mencecah 62 tahun hadapan, Anwar tidak mempunyai banyak masa untuk mengecapi impiannya menjadi PM ( dengan Datuk Seri Najib sebagai penghalang & juga kes mahkamahnya ), walau dengan cara yang tidak demokratik. Maknanya mengikut cara Anwar, rakyat boleh gunakan apa cara untuk mencapai sesuatu. Kelak jangan salahkan rakyat jika melakukan caa yang serupa!

3. Maknanya bila Anwar jadi PM, nak dapat sesuatu tidak perlu isi borang, boleh guna apa sahaja cara, boleh paksa, boleh arrange, tidak perlu prosedur. Ini cara PKR, ia sudah dilakukan di negeri2 yang diperintah PR. Dalam satu pertemuan Pegawai2 Tadbir Diplomatik di Intan baru-baru ini, pegawai2 tersebut pening kepala kerana YB2 dan Exco2 PR bertindak sesuka hati. Kalau tak nak buat, mereka tak buat. Kalau nak buat, mereka terus buat. Tiada surat, tiada arahan pentadbiran, semuanya arahan politik, walaupun keputusan pentadbiran adalah berbeza. Ini dibuktikan oleh teguran Anwar kepada Fairus (Timbalan Boneka KM Penang ) baru2 ini.

4. BN sudah cukup kerusi untuk memerintah walaupun tidak mencapai 2/3 majoriti ( kurang 8 ). Pakatan Rakyat 80 kerusi memerlukan paling sedikit 30 kerusi untuk membentuk kerajaan Persekutuan. Di Peringkat Pusat tiada halangan undang-undang untuk mana2 YB melompat. Hanya Maruah, Harga Diri & Integriti yang akan menghalang perkara ini berlaku. Di Amerika, Al-Gore ( Demokrat ) sepatutnya menjadi Presiden Amerika bukannya George Bush , tetapi Mahkamah Amerika telah memenangkan George Bush.

5. Di Malaysia, Allahyarham Tun Mustapha telah pernah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri (1985) apabila PBS memenangi kerusi negeri ( 25 berbanding USNO+Berjaya=23 kerusi ). Rusuhan berlaku kerana umat Islam bimbang jika kerajaan PBS menganaktirikan umat Islam. Pilihanraya Ulangan terpaksa dilakukan dan akhirnya dimenangi oleh PBS. Kerajaan PBS hanya bertahan 10 tahun apabila Anwar memainkan peranannya dengan Yong Teck Lee menjatuhkan kerajaan Demokrasi PBS.

6. Menurut DetikDailey,….Dalam isu ini bagi saya masalah paling besar Anwar bukan saham berpuluh juta yg ia beri setiap seorang pada bapa dan adik beradik dia, bukan isu RM300juta duit Petronas Dagang yg dikebasnya utk diberi pd perwakilan Sabah sehingga Ghafar jatuh…

7a. Dengan pengalaman sejarah di atas, Anwar mempunyai sebab untuk sekali lagi menjatuhkan Pak Lah kerana Anwar sudah pernah menjatuhkan Datuk Shuahaimi Kamarudin ( Ketua Pemuda UMNO) , Tun Ghaffar Baba ( Timbalan Presiden UMNO), Kerajaan PBS ( Datuk Pairin Kitingan ). Namun begitu, apakah Anwar masih berfikiran Pak Lah & Najib begitu mudah dijatuhkan dengan cara yang tidak demokratik!

7b. Sekali lagi yang menang dan sedang menangguk di air keruh ialah DAP! Yang terkini, YAB MB Perak sudahpun menganugerahkan 400 ekar tanah kepada mereka , tidak lama selepas keputusan aka memberi geran 999 tahun kepada orang-orang mereka. Sekolah Agama Islam, Sekolah Pondok, Sekolah Melayu, Tadika Melayu, Madrasah Melayu., askar pencen, guru pencen, petani, nelayan hanya menggigit jari sahaja…

2 Komen:

MadPiah,Kulim said...

Sdra,Cina DAP tak perlu keluarkan Penang Perak , KL, Selangor dari Malaysia, dgn cara bagi je org2 dia bukan je 400 ekar , lepas ne bejuta ekar la kan exco dia majoriti, MB sorang je jadi puppet,

Sdra, jangan tulislah 999 tahun tu, tak ade makna, tulih je tanah Melayu dah digadai kpd DAP Cina, senang orang Melayu paham, tak yah tulis sopan satun sangat, nak sedarkan bangsa Melayu ne payah sikit,

pas ne percayalah Chin Peng yg tak da sijil laher Tanah Melayu tu akan dpt baleklah ke Perak lepas bunuh org Melayu. sdra tak caya, Anwar pun sokong Chin Peng balek Malaysia.

Anonymous said...

Sdr,
Kemelut yg berlaku hari ini ialah di sebabkan lemahnya kepimpinan Melayu & parti2 yang majoritinya berbangsa Melayu/Islam.Samaada UMNO maupun Pas,kedua2 parti dominan Melayu/Islam ini sedang menghadapi krisis dalaman.
Anehnya,UMNO lemah di sebabkan pimpinan Abdullah & Kitchen Cabinetnya manakala PAS di dorong oleh kumpulan Pro Anwar sehingga wadah perjuangan Pas kelihatan longlai & ketiadaan arah. Nampaknya Abdullah & Anwar kedua2nya org Penang telah membawa kacau bilau & kesengsaraan kpd org2 Melayu. Anwar sebenarnya menjadi kuda tunggangan DAP ,Hindraf & mungkin jugak Yahudi Zionis Masonic!Org2 Melayu/Islam perlu bertaut semula bagi menjamin Tanah Melayu bumi bertuah ini terus di rahmati Allah.
CicitTS.Lanang

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan