PILIHANRAYA UMUM AWAL

on Friday, September 12

1. Ketua Penerangan PKR, Tian Chua memberitahu Bernama semalam, beliau dan dua orang lagi iaitu Saifuddin Nasution dan Fuziah Salleh disahkan akan menyertai lawatan ke Taiwan .
"Dua orang lagi akan mengesahkannya kemudian. Ada orang yang mengaturkannya. Kami akan balik sebelum 16 September," katanya ketika dihubungi.Keputusan untuk terbang ke Taiwan dicapai pada mesyuarat biro politik PKR hari ini yang dipengerusikan sendiri Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Soalnya mereka tak ada maruah ker? tak tahu malukah? Kalau anak dara orang tak mahu berkahwin dengan kita tak kan nak paksa? tak kan nak culik? tak kan nak rogol? Kata berjuang prinsip kebenaran, ketelusan, demokrasi rakyat, demokrasi tulen, kata yang kalah tetap kalah yang menang tetap menang?

2. Kenyataan Pakatan Rakyat mendakwa terdapat segelintir elit pemerintah Barisan Nasional yang diketuai Umno, bercita-cita untuk mencipta huru hara agar dapat membantut perubahan, melumpuhkan demokrasi dan merampas hak-hak rakyat Malaysia yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan - Soalnya siapa yang nak rampas hak rakyat? Anwar yang terhegeh-hegeh memujuk merayu memaksa menipu merasuah memutarbelit untuk mendapatkan 32 MP BN itu disebut sebagai apa? Bukan Merampas Hak Rakyat ker?

3. Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim merancang untuk mengadakan pilihanraya umum awal jika ia mengambil alih kuasa untuk mengikis kebimbangan ianya tidak demokratik dan tidak beretika. Memanglah tak demokratiik dan tidak beretika kalau mencuri merampas memaksa merasuah MP BN supaya lompat kepada PR. Kalau dah tahu tak demokratik dan tidak beretika duduk diam je lah dengan 81 kerusi, buat kerja baik-baik. Tunggu PRU13 kalau PR menang, perintahlah negara ini. Bijak sungguh R.Sivarasa berhujah, namun pelaksanaannya tidak. Baik masuk kelas pemulihan Tahun 6, guru-guru boleh fahamkan maksud demokrasi dan beretika. Nama je peguam, tapi tak tahu bezakan angka 81 vs 140? Tak tahu makna demokrasi dan beretika? Maybe paper demokrasi dulu kat Universiti dia gagal ne?

4. Dengan situasi terkini di dalam kem Pakatan Rakyat ( PKR sahaja kelam-kabut, PAS rileks sahaja, DAP tunggu & lihat ), kita semua percaya mereka sangat-sangat terdesak? Kalau 49 MP BN itu berada di Little Rock, USA mereka pun akan kejar, kalau MP BN berada di Andalusia Anwar akan arahkan Tian Chua kejar juga, kalau MP BN berada di rumah Hj Mustapha Ali di Terengganu lagi mereka kejar, pendek kata di mana saja Anwar akan arahkan kejar sampai dapat. Perbuatan ini sangat memalukan, terdesak, seolah-olah ada yang ditakuti dalam diri Anwar jika 16 September tidak berlaku. Macam penagih dadah, kalau tak dapat wang untuk beli dadah sanggup anak bini atau ibu bapa dibunuh asal dapat wang beli dadah. Begitulah gambarannya perlakuan mereka ini, sanggup kejar MP BN asal dapat jumpa mereka.

5. Persoalan kepada semua itu ialah kenapa terhegeh-hegeh? Kenapa tak boleh tunggu PRU13? Kenapa kemaruk sangat? Adakah sesiapa di luar negara paksa mereka? Adakah mereka dikejar Along@ceti? Adakah mereka ada berjanji dengan sesiapa? Apabila Dato Tajol Rosli kata beberapa YB Pakatan Rakyat akan menyeberang ke BN di Perak, Majlis Council marah dan berapi-api kata tak demokratik dan DAP pula buat laporan BPR? Perbuatan anwar dan PKR sekarang ne tak nak tegur ker wahai Bar Council dan tak nak buat report BPR ker wahai DAP? Rakyat melihat dua cerita yang sama tetapi tindakan yang berbeza ( double-standard ) .

6. Kesimpulannya penulis percaya semua penagih dadah perlu dimasukkan ke pusat serenti dan pusat-pusat rawatan akhlak untuk menjadikan mereka insan yang berguna, bermaruah, berintegriti, dan dihormati. Apabila mereka keluar nanti mereka tahu makna demokratik dan beretika, kerana tenaga pengajar dalam pusat serenti akan mengajar mereka maksud demokratik dan beretika.

7. Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah rakyat perlu terus bekerja membangunkan negara, Kerajaan BN di peringkat pusat dan negeri hendaklah berlumba-lumba memperbaiki taraf hidup rakyat, kerajaan PR di 5 negeri mereka juga sudah pasti berlumba-lumba untuk membukti janji-janji pilihanraya mereka ditunaikan sebelum PRU13, jika tidak makkal sakhti menanti 5 tahun lagi, Ketua Pembangkang pula faham-fahamlah tugas di dalam parlimen jalankanlah sebagaimana janji yang dilafazkan semasa angkat sumpah, rakyat di luar menanti dan memerhatikan kerajaan manakah yang akan membela nasib mereka?

3 Komen:

hambaAllah said...

ye lah, meka patut malu dgn perbuatan meka tu, tapi kuasa punya hal meka tak kesah kot, apatah lagi dap dah ada kat situ, nasib baik pas tak tergugat iman.

Beta said...

Apa komen saudara Tun Dr. Mahathir masuk semula UMNO

Panglima Perang Cyber said...

Isu 16 September boleh menyumbang kepada perpecahan sesama Pas

oleh : Ramly Ab Halim
-Blogger Meli Kapak Jangak

http://melikapakjangak.blogspot.com/


SEANDAINYA tarikh 16 September ini yang dicanang akan berlaku pertukaran kerajaan dan jawatan Perdana Menteri akan bertukar tangan daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi kenyataan, secara tidak langsung ianya boleh mengundangkan kepada PKR-Pas akan pecah kongsi di samping Pas pula akan berpecah dua.

Pada saya isu berkenaan juga yang semacam turut diagendakan oleh kalangan tertentu dalam Pas tanpa dapat dipastikan tujuan dan matlamat sebenarnya boleh membawa kepada kehancuran Pas, satu hakikat yang walaupun sangat pahit tetapi terpaksa juga ditelan.

Tidak mustahil Umno/BN yang diharapkan dan sering didoakan akan lebur, sebaliknya Pas yang akan hancur, Umno akan bertambah kuat dan mantap, Pas yang longlai dan menjadi umpama si buta kehilangan tongkat.

Kalau kerajaan tidak bertukar tangan dan kalau Anwar tidak menjadi Perdana Menteri pada 16 September ini, bermakna gembar gembur dan janji serta jaminan pertukaran kerajaan dan Perdana Menteri, termasuk oleh agen-agen Pas adalah satu pembohongan yang sangat nyata.

Berbohong, menyokong dan bersekongkol dengan pembohongan adalah perbuatan terlarang dalam Islam dan tidak halal disokong, malah tidak ada cara, alasan dan kias ulamak yang boleh menghalalkannya.

Sebagai sebuah parti yang kononnya berteras, bertunjang, berlandas, berpasak dan berpaksikan Islam, pasti dikalangan ahli Pas tulen yang tulen pula Islam dan iman serta taqwanya akan dilanda rasa berdosa yang sangat kronik bila parti itu tersekongkol dengan suatu pembohongan.

Bahananya mahu tidak mahu akan berlaku konflik antara Pas sesama Pas yakni antara pimpinan dan ahli Pas yang tulen Islam, iman dan taqwanya dengan pimpinan dan ahli Pas yang tidak berapa tulen Islam, iman serta taqwanya dan tidak cukup kenal pula apa itu Pas sebenarnya.

Gara-gara bermain api dengan taktik dan teknik politik berkepentingan peribadi Anwar Ibrahim yang jiwanya tidak pernah selari dengan Pas dan ini terbukti apabila dipecat dari Umno diwujudkan PKR (dulu KeADILan) yang sifatnya tidak jauh berbeza pun dengan Umno, Pas akan terpaksa membayar harga yang mahal bagi menyelamatkan parti itu dari berpecah dan tengadah sesama sendiri.
Datuk Mustafa Ali yang merupakan antara pemimpin penting Pas secara peribadi menyimpulkan bahawa tidak mungkin berlaku perubahan kerajaan pada 16 September ini. Saya yakin Mustafa bukan bersendirian dalam membuat kesimpulan itu.

Kesimpulannya itu terang-terang bercanggah dengan apa yang diharap dan diyakini oleh sebahagian lagi pimpinan Pas yang seolah-olah 16 September akan mesti berlaku pertukaran kerajaan dan Anwar pasti akan jadi Perdana Menteri yang sifatnya adalah mendahuhuli dan memaksa takdir, satu lagi sikap yang sangat tidak molek dari sudut hukum hakam.

Ertinya ekoran dari isu 16 September, Pas selaku parti pencabar utama dan merupakan parti pembangkang yang paling digeruni oleh Umno berbanding dengan parti-parti pembangkang yang lain, termasuk PKR, kini ibarat sebuah kapal di tengah lautan bergelora, mempunyai lebih dari seorang nakhoda.

Dalam tempoh seminggu ini adalah masa yang cukup kritikal yang akan menentukan nasib Pas termasuk kerjasama dengan PKR dan juga PR. Kalau mimpi 16 September jadi realiti, Pas beruntung, tetapi jika sebaliknya, Pas akan rentung.

Kalau Pas lemah, apatah lagi rentung sebagai sebuah parti pembangkang, maka kekuatan Melayu dan Islam juga akan lemah. Itu adalah juga sesuatu hakikat kerana kerajaan boleh jadi hebat apabila diattack oleh pembangkang yang juga hebat.

Jika keadaan itu berlaku, jika Pas jadi lemah dan tidak bermaya selepas 16 September ini, maka mereka yang memprojek dan menagendakan isu 16 September adalah merupakan individu dan puak yang mana keturunan akan dikutuk oleh orang Melayu Islam, khususnya oleh mereka yang mana dari keturunan merekalah terasasnya Pas.

Antara keturunan yang terbabit dalam pengasasan penubuhan Pas adalah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri kerana nenda dan ayahnda beliau adalah antara yang menjadi teraju dan pemacu utama dalam penubuhan Pas

disalin semula :

Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com/

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan