RAHSIA PERTEMUAN DI RUMAH MANTAN MENTERI KEWANGAN

on Saturday, September 27

1. SIAPAKAH boleh meneka apakah yang dibualkan oleh Mantan Menteri Kewangan dengan Anwar Ibrahim semasa bertemu di Kota Bharu tidak lama dahulu. Siapakah boleh meneka apakah tujuan kehadiran Tuanku di rumah Mantan Menteri Kewangan baru-baru ini yang turut disertai Mantan PM? Dan siapakah boleh meneka apakah perbincangan antara Pak Lah dengan Najib dua hari lalu? Sebelum itu apakah pula isi pertemuan di antara Kepimpinan Tinggi PAS dengan PM tidak lama dulu? Siapa pula boleh mengagak apakah pula isi pertemuan di antara Datuk Raymond Tan, Datuk Liew Yun Fah dan TPM baru-baru ini?

2. Persoalan-persoalan di atas merupakan tanda aras kepada masa depan UMNO, BN, PKR, PAS, DAP dan Pakatan Rakyat. Pertemuan-pertemuan itu juga menjadi survival politik kepada PM, TPM, Penasihat PKR, Pengerusi DAP, dan Presiden PAS.

3. Jika diperhatikan trend seminggu dua ini, penulis melihat Parti yang paling rugi ialah PAS, penglibatan PAS dalam Projek Anwar 916 menjadikan PAS hilang identiti dan porak-peranda. Kepimpinan mereka terbahagi dua antara Kepimpinan Ulama VS Kumpulan Erdogan. Hanya baru-baru ini PAS mula menjarakkan dirinya daripada Anwar dan PKR setelah menyedari tipu muslihat Anwar dan DAP. Sebab itu di Kedah lebih dikenali sebagai Kerajaan Negeri PAS Kedah, bukan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

4. Walaupun penulis bukan ahli PAS, namun penulis menghormati kerajaan PAS di Kelantan dan di Kedah. Kedua-dua kerajaan ini adalah kerajaan Melayu dan Kerajaan Islam. Kedua-dua kerajaan ini tidak akan runtuh jika mereka berjaya berkhidmat dengan baik, tetapi kedua-dua kerajaan ini boleh runtuh jika UMNO/BN menjadi pembangkang yang lebih baik. Ini pernah berlaku di Terengganu tahun 2004 dan di Kelantan UMNO/BN hanya tewas 2 kerusi sahaja.

5. Sebenarnya jika PAS boleh berdiri dengan identiti Islamnya sendiri, PAS akan lebih dihormati dan lebih kuat. Berbanding jika terheret dengan projek Anwar dan DAP. Oleh kerana PAS telah terpalit dengan DAP dan PKR, sebab itulah PAS terpaksa tutup mulut dalam Kes Zina dalam kerajaan PKR Perak. PAS juga tidak mampu bersuara dalam kes YB Zulkifli menentang Bar Council.

6. Kepimpinan DAP terutama Lim Kit Siang dan Karpal Singh juga sudah mula mengundurkan tekanan dan suara mereka kepada Perdana Menteri. Mereka sudah mula kurang menyerang kerajaan pusat. Hanya Anwar sekarang keseorangan, sebab itulah sebelum ini penulis mendedahkan jambatan rahsia Anwar dengan UMNO sedang diatur. Anwar cuba mengambil bahagian dalam peralihan kuasa dalam UMNO , anda terkejut?

7. Peristiwa rumah YB Teresa Kok dilempar bom minyak tanah itu merupakan Bibit-BIbit orang Melayu sudah mula tidak tahan kesabaran mereka. Teresa masih lagi menyalahkan media yang mensensasikan isu mengenai dirinya, tetapi Teresa tidak pernah fikir perasaan umat Islam dan orang Melayu apabila Mempermain-mainkan Tulisan Jawi, suara Azan, Estate Babi di kawasan Melayu dan sebagainya. Perbuatan Teresa tidak berbeza dengan perbuatan Harold McMicheal tahun 1946 dahulu yang buta budaya orang Melayu.

8. YB Teresa harus faham dalam bulan Ramadan ini umat Islam dan orang Melayu masih boleh menahan sabar. Namun, jika Teresa masih lagi menyombongkan dirinya di Tanah Melayu ini, dia harus menanggung sendiri apa jua bahana kemarahan umat Islam dan bangsa Melayu.

5 Komen:

Mak said...

selamat hari lahir dan hari raya!..semua artikel menarik dan bernas. nice blog!

zamzuri said...

Selamat hari jadi tuan, teruskan buka minda rakyat,semoga bangsa kita sedar drpd kealpaan memberi undi kepada kafir harbi mcm teresa ne,

Anonymous said...

sdr jentayu,
saya ingin membuat pembetulan sedikit tentang para 4 sdr.umno/bn tak pernah menjadi pembangkang yg baik.Kemenangan2 diTrengganu dan Kelantan dulu bukan kerana umno/bn menjadi pembangkang yg baik tapi penipuan dan kerjasama SPR (baca suruhanjaya penipu rakyat) yg memenangkannya.Pd PR2004 TG Nik Aziz ada membuat kenyataan akhbar tentang ini.Keesokan nya khairy jamaluddin mencabar TG menarik balik kenyataan itu dlm masa TIGA hari kalau tidak akan disaman dimahkamah.Respon TG sangat mudah.Sileke,katanya.Kaluau kita bawa mahkamah,mahkamah tak mau dengar,mungkin kalau khairy yg bawa,mahkamah mau dengar.Kita ada banyak bukti2 yg kukuh.Tapi hingga hari ni khairy menikus.Tak ada respon langsung budak hingus tu.Dan hari ni ALLAH tunjukkan pd budak hingus dan bodoh sombong itu apa yg berlaku pd PR2008.
HIDUP ISLAM

nyemah mulya said...

anon ni sgt taksub ye..

klaulah nak kata nya ada kerjasama dgn spr..mesti lah BN dah menang time kat permatang pauh tak pun kat negeri2 lain tuh..

so apa komen?

Pok Nik Klate said...

Mentaliti "org lain semua salah hanya dia yg betul"..inilah yg didoktrin dalam kepala penyokong pembangkang.. Idea ini adalah cetusan Nik Aziz MB Kelantan. Kalau lidah politik Nik Aziz bercakap..maka satu patah perkataan pon yak boleh pakai.. merampu entah kemana-mana. Kalau PAS menang.. dikatakan SPR menjalankan tugas dgn baik tp kalau kalah habis dikutuk SPR sampai tak cukup tanah (kata ore klate)..Bila la lagi pemikiran pembangkang nak matang??? Inilah dikatakan Pembangkang Tidak Matang..
Sebab itulah Anwar Ibrahim asyik nakmain belakang saja..Nak rampas kuasa ikut pintu belakang..Hormatilah pilihan rakyat..memang rakyat masih bagi BN memerintah..PRU13 cubalah untk tumbangkan BN..biarlah berlawan secara jantan.. Nik Aziz sekarang dah jadi kuda tunggangan YB Husam Musa..Konon2nya YB Husam dijanjikan Tim Perdana Menteri..Dari apa yg didengar..sekurang2 15 Ahli Parlimen PAS tidak akan menyokong usul undi tak percaya kalau ada..
Fikir2 lah...

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan