HAUAN SEKS DENGAN GADIS CHINA: KENAPA YB TERESA TAK LAPOR KE NEGARA CHINA ?

on Thursday, September 25

Ipoh, 23 September 2008 Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama Exco Kerajaan Negeri Perak berhubung satu kes rasuah baru-baru ini mengaku membuat hubungan seks dengan seorang wanita China.

Fairul Azrim Ismail, 30, bagaimanapun mendakwa dia telah diperangkap oleh BPR dan seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Imran Abdullah.

Fairul Azrim mengaku melakukan seks dengan wanita itu tetapi mendakwa dia tidak pernah meminta rasuah atau habuan seks.

Ahli PKR itu membuat pengakuan tersebut dalam surat aduannya yang diserahkan kepada pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) di Kompleks Islam Perak di sini hari ini.

Komen Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria meminta individu Islam jangan berperilaku seperti orang bodoh dengan menyamakan habuan seks seperti sedekah.

Tegas beliau, kenyataan seumpama itu biasanya dikeluarkan oleh orang yang jahil tentang hukum agama apatah lagi jika diungkapkan mereka yang terlibat dalam politik.

Dalam aspek ini, beliau mengingatkan bahawa sedekah merupakan barang yang halal kepunyaan seseorang untuk diberikan kepada orang yang memerlukan.

"Seks itu zina dan kita tidak boleh menyamakan benda yang haram dengan yang halal.

"Jangan sampai terlalu bodoh membuat kenyataan seperti itu. Cukup bodohlah kalau hendak mempertahankan diri kita (dengan cara itu). Seseorang ahli politik yang berfikiran seperti itu tidak layak menjadi seorang pemimpin," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan yang menyamakan habuan seks dengan sedekah setelah mendakwa dirinya diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Zul membuat kenyataan itu selepas mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk meminta jabatan agama itu menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya kerana didakwa terlibat dalam skandal seks membabitkan wanita dari China.

Harussani berkata, menyamakan sesuatu yang haram tidak boleh dijadikan alasan semata-mata untuk melepaskan diri daripada tuduhan pihak tertentu.

"Soal diperangkap atau apa sekalipun yang haram tetap haram. Zina itu haram dan berdosa sesiapa berkata sebegitu (menyamakan imbuhan seks dengan sedekah)," katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan kenyataan Zul satu penghinaan kepada amalan sedekah yang mulia.

"Saya sangat dukacita dia boleh menyamakan antara yang halal dan haram. Perkara yang jahat dan baik merupakan satu perbandingan yang begitu bercanggah dengan syariat Islam," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr. Roslan Mohd. Noor berkata, individu yang mengeluarkan kenyataan sedemikian mungkin tidak mempunyai latar belakang Islam sepenuhnya sehingga sanggup berkata sebegitu.

"Dalam hal ini, dia tidak sepatutnya menggunakan contoh sedekah bagi mempertahankan kesalahan dirinya.

"Sedekah satu amalan mulia dalam Islam berbanding rasuah atau zina yang sepatutnya dia menghindarinya," katanya.
Rujuk : Utusan

Persoalan :

1. Dahulu YB Teresa Kok sangat teruja membawa lap top ke Parlimen menunjukkan kepada dunia konon seorang wanita Cina dari negara China dibogelkan dalam lokap polis, sehingga hubungan diplomatik negara dengan China terjejas. Alkisahnya, dia bukan pun gadis Cina dari negara China! YB Teresa langsung tidak rasa bersalah dengan fitnahnya itu kepada kerajaan dan negara kita, orang Melayu dan umat Islam ? 

2. Sekarang ini, wanita Cina dari China telah menjadi habuan seks untuk orang PKR? Sepatutnya YB Teresa bawalah juga lap top ke Parlimen tunjuk satu dunia? Tunjukkan kepada rakyat negara China bahawa orang mereka jadi habuan seks untuk orang PKR di Malaysia?

3. Apa pula komen DS Anwar Ibrahim kepada anak buahnya ini? YB Zulkifli Noordin yang memperjuangkan Islam kena menghadap Lembaga Disiplin sebaliknya ahli PKR yang dapat habuan seks itu bagaimana?

4. Kita tunggu komen Ketua Pemuda PAS yang suka glamour itu, di mana jika ianya isu berkenaan harga minyak, protes Bersih, bukan main lagi menjadi hero di TV sebaliknya semasa YB Zulkifli kena serang di Parlimen oleh YB DAP dan YB non Muslim PKR, dia diam sahaja di belakang YB Zulkifli. Diam langsung tidak berkata-kata atau membantu saudara seagamanya. Begitu juga dalam isu habuan seks ini Ketua Pemuda PAS nampaknya berdiam diri. (Asal : 25.9.2008)(dilihat semula: 23 April 2014)

9 Komen:

anak mami said...

biase le sdra jentayu, kalau org pkr buat seks tak de ape2...semuanya beres...kan doktrin anwar= semua org bersalah hanya anwar ibarhim sahaja betula dalam dunia ne, tak kan tak tahu

Pok Nik Klate said...

Nauzubillahhiminzalik...minta jauh la benda2 begini. Inilah pemikiran PKR..kalau dok berkawan sangat dgn DAP..otak pon dah jadi biol..mana satu sedekah mana satu zina pon dah tak boleh nak bezakan.. Kalau sah bapak PKR pun makan"ibu kunyit" anak2 PKR apa lagi..kerendahan dan keruntuhan morak PKR yg teruk..Apa komen PAS???? Takut MB Kelantan ada fatwa lain yg sebaliknya hanya untuk menyelamatkan PKR...Tak tahulah pulak.
Ini lah kebatilan Anwar Ibrahim.. berkawab dgn DAP..sepatutnya dia yg membawa DAP ke jalan yg benar tapi DAP yg bawa PKR ke jalan yg salah..
Baiklah si budak PKR yg berzina tu berbaik2 dgn Teresa Cock (kahwin dengan Teresa..ajak lah masuk Islam).
Tapi kenyataan budak PKR tu merupakan satu mentaliti penyokong2pkr..

Dr. RBAONG said...

Saya ada satu lagi idea.

Memandangkan dia suka terima apa-apa je sebagai " sedekah". Eloklah YB Theresa "sedekah"kan makanan yang terpampangkan kat gambar sebelah tu kepada ahli PKR tersebut. Nampak meriah je mereka menikmati hidangan B_ _ I panggang tersebut

YB Theresa pun oleh "sedekah" "dog food" sebab dia tak makan benda-benda ni semua

Saya rasa dia akan terima dengan suke hati sebab dia tak kisah halal atau haram. Janji "sedekah".

PS: Masa tu dia terima "sedekah" tu sebab belum lagi bising berkenaan isu Melamine dalam barang keluaran CHina. Kalau sekarang dia tak nak kot.

Anonymous said...

kita pakat tunggu...pas ada fatwa baru kot...

Anonymous said...

nasib baik ada BPR...kalau tak ni semua konsipirasi BN....

PEJUANG MELAYU said...

betul tu jentayu ...komen yg bernas .sepatutunya teresa p la report dan bela pelacur cina tu..kat msia ni berlambak pelacur cina ..mereka ni paling byk .

hero pemuda pas mana senyap ??? kalau tak dia la hebat smpi sound panglima tentera jgn masuk cmpur urusan negara..

PsyTroopers said...

Kenapa ye?

Mari sama-sama fikirkan...

Anonymous said...

pasal kes org PKR,korang semua bersemangat bikin komen.Tapi kalau umno terlibat,mati kutu semua.Apa hal ni?Aku bukan nak bela sesiapa. Biarlah undang2 berkuatkuasa dgn sempurna.Siapa yg bersalah,hukumlah dia.Tak ada masalah.Yg jadi masaalah,apabila jenayah tidak disiasat,malah dibela.Sebelum aku jelaskan beberapa jenayah besar yang dibela,aku nak beritau,aku bukan ahli mana2 parti politik dan tidak berminat dgn politik.
1.Apa jadi dgn kes seorang ketua menteri umno berzina dgn gadis bawah umur,beberapa tahun dulu?Adakah ianya diadili?Bukan saja tidak diadili tapi org yg membela gadis itu dipenjarakan!!!Dan ketua menteri tu hari ni masih bebas dan hidup kaya raya,senang lenang dan masih hidup dlm umno!!!
2.Apa hal pula dgn kes seorang menteri besar umno yg ditahan dinegara asing dgn berguniguni wang tunai.Mengapa tidak disiasat dari mana dia dapat wang begitu banyak?Hari ni pemimpin tu masih hidup dan berjawatan tinggi dlm umno dan kerajaan!!!
3.Dlm kes liwat Anwar Ibrahim dulu,seorang bekas Ketua Pengarah BPR memberi pengakuan didlm mahkamah tentang PM waktu itu mengherdiknya(how dare you investigate my man!!)apabila ia membuat penyiasatan tentang kewujudan wang tunai yg banyak yg dimiliki oleh seorang pegawai tinggi kerajaan waktu itu.Menngapa tidak dibuat penyiasatan perkara itu hingga hari ni?
4.Kes yg terakhir yg ingin saya sebut disini antara banyak lagi kes2 yg lain ialah kes pembunuhan secara amat kejam yg dilakukan terhadap seorang wanita warga asing.Kenapa tidak disiasat,bagaimana rekod keluar/masuk mangsa tiada dlm simpanan pihak immigresen?Siapa yg mengarahkan supaya didelete rekod tersebut?Dan senjata yg digunakan,bukan sembarangan.Dinegara ini hanya satu pihak saja yg boleh menggunakan senjata tersebut.Apakah susah sangat untuk dibuat sisatan atau untuk melindungi seseorang yg berjawatan tinggi dlm negara???Beberapa bulan selepas kes tu berlaku disini,satu lagi kes yg agak serupa berlaku di negara China membabitkan seorang pegawai tinggi kerajaan negara tersebut.Kes itu disiasat secara menyeluruh dlm masa SATU bulan saja.Dan yg tertuduh sudah pun didapati bersalah dan dihukum mati dihujung senapang.Tapi dibumi Tanah Melayu ini...fikir sendirilah.Ini baru beberapa kes saja.Sebenarnya banyak lagi kes2 yg melibatkan pemimpin2 umno yg di pendamkan.Tak kuasa aku nak sebut.Buang masa je.Aku harap korang jangan bias bila buat komen.Semoga Allah menghukum mereka yg telah melakukan kesalahan terhadap agama,bangsa dan negara.
Anti bias!!!

Anonymous said...

www.jentayuabaka.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading www.jentayuabaka.com every day.
no fax payday loan
payday loan

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan