SIAPA LEBIH RACIST : DAP ATAU MCA

on Wednesday, September 3

1. BEBERAPA hari ini pembaca Blog ini berbalas-balas komen mengenai racist. Pembaca Cina kata Melayu racist, pembaca Melayu kata Cina racist. Racist atau tidak racist sesuatu kaum itu bergantung kepada kepimpinannya ( dalam politik ).

2. Sebelum PRU12 2008, isu ini tidak dimainkan, tetapi apabila PRU permainan racist semakin menjadi-jadi, dan kesannya berterusan sehingga kini. Seperti kata seorang pembaca di sini, jika DAP tidak racist mengapakah sentimen racist dimainkan dalam PRU12. Dalam akhbar-akhbar Cina ditulis "...Undi calon Cina Sahaja!..." merujuk calon DAP lah sebab ia disuarakan oleh kepimpinan DAP. Kemudian kain rentang mereka berbunyi " UNDI MCA BERMAKNA UNDI MELAYU". Apakah ini bukan racist?

3. Baru-baru ini DAP meminta Datuk Ahmad Ismail diambil tindakan kerana ceramahnya yang bersifat perkauman di Permatang Pauh. DS Najib sudahpun memohon maaf bagi pihak UMNO. Orang Melayu memanglah pemaaf. Tetapi kata-kata yang mengguris hati di atas adakah DAP akan memohon maaf. Ada orang pernah kata DAP sebagai Bapa Syaitan? Tidak pula DAP ambil tindakan! Sebabnya mudah, teori matematik ialah nak jaga hubungan Pakatan Rakyat maka diam je lah...so, siapa double standard?

4. Kemudian Petisyen yang dibawa oleh Teresa Kok untuk mensenyapkan suara azan di Puchong, mengapa perlu dibuat kerana azan adalah tuntutan agama Islam? Petisyen yang sama pernah dibawa oleh penduduk Kepong kepada Dr. Tan Seng Giaw, cuma bezanya Dr Tan Seng Giaw lebih bijak daripada Teresa Kok kerana dia tidak majukan petisyen itu. Sebenarnya kita perlu bertolak ansur dan faham-memahami. Insiden semalam, ketika kami sedang bersolat Taraweh masyarakat Cina di situ kurang peka, apabila setiap malam membuat program senam robik dengan suara radio yang sangat besar, sehingga mengganggu umat Islam bersembahyang. Jika mereka bijak, mereka boleh beralih ke tempat lain. Walaupun pengurusan sudah pernah menegur, namun mereka masih juga mengulanginya. Ini satu contoh daripada banyak lagi contoh, tetapi orang Melayu masih tetap membeli di kedai orang Cina.

5. Ada pembaca yang berkata mengapa orang Islam membenci Yahudi sedangkan mereka terima David Beckcam yang berketurunan Yahudi? Dari sudut agama Islam, banyak dalam Al-Quran & Hadis menyatakan mengenai Yahudi ini, salah satunya;


وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلا نَصِيرٍ (١٢٠) البقرة


120. Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

5. Kaum Yahudi, misalnya, terkenal sebagai kaum rasis. Mereka percaya bahawa mereka adalah 'kaum terpilih', yakni dipilih oleh Tuhan sebagai bangsa yang melebihi semua bangsa atau kaum lain. Mereka sering membenci kaum bukan Yahudi. Agama mereka adalah agama 'eksklusif'; orang lain sering tidak diterima menganut agama mereka.

Mereka tidak pernah atau jarang-jarang rela menyerapkan atau menyesuaikan diri dengan komuniti kaum lain yang lebih besar. Mereka hidup dalam komuniti yang terpisah daripada masyarakat lebih besar. Kerana inilah, di mana pun mereka berada, mereka sering dicurigai oleh kaum lain.

7. Di Eropah, kaum Yahudilah yang sering dimusuhi atau dibenci oleh orang Eropah. Contoh yang paling ketara ialah, tindakan Nazi Hitler melancarkan tindakan pemusnahan etnik terhadap kaum Yahudi.

7a.Di Rusia juga pernah berlaku tindakan pogrom, istilah bahasa Rusia yang bermakna 'pemusnahan' atau 'rusuhan', khususnya yang dilakukan terhadap kaum minoriti. Mangsa yang selalu menjadi sasaran tindakan ini ialah kaum Yahudi, terutama di akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

7b. Di Poland juga pogrom antikaum Yahudi ini pernah berlaku. Pogrom paling terkenal ialah pogrom yang dilancarkan oleh Hitler terhadap kaum Yahudi, seperti yang tersebut tadi.
Di dunia Barat, yang sering dianggap sebagai 'dunia yang maju', perasaan rasisme, iaitu perasaan membenci kaum lain, sentiasa wujud sampai ke hari ini. Di sana ada kumpulan rasis seperti kumpulan 'Swastika' di Jerman yang berikrar dengan sumpah 'Hai Hitler' apabila anggotanya hendak menyerang kaum asing, pendatang haram, orang Islam, orang Yahudi dan sebagainya.

7c. Di Britain ada kumpulan rasis seperti 'Skinheads' yang membenci kaum 'kulit hitam', kaum pendatang, terutama dari India dan Pakistan. Di Amerika Syarikat (AS) ada kumpulan rasis seperti 'Klu Klux Klan' yang membenci kaum kulit hitam dan kaum pendatang dari Asia dan Afrika.

7d. Di Australia pernah ada 'dasar kulit putih' atau white policy yang anti-kaum Asia (Cina, Vietnam, India, Pakistan, Arab dan lain-lain lagi). Di AS perasaan anti kaum kulit hitam masih wujud dalam minda dan sanubari orang Amerika kulit putih hingga hari ini.

7e. Dengan semua contoh-contoh di atas, adakah orang Melayu racist kepada Bukan Melayu? Adakah BN racist kepada DAP? Dr Tan Seng Giaw adalah AJK PAC sejak 2004, jika BN racist tidak mungkin dia akan dilantik bukan?

7f. Kesimpulannya DAP perlu menjelaskan perkara ini dengan adil. Janganlah apabila orang Melayu bercakap pasal Raja-Raja Mereka, agama Islam, bahasa Melayu, hak istimewa mereka dikatakan sebagai racist. Hak Asasi Manusia tidak boleh diimplimentasikan 100% di negara kita kerana negara ini ada sejarahnya, jika Hak Asasi Manusia boleh dipraktikkan secara mutlak 100% , penulis yakin di Negara Cina Seberang Laut ( di Singapura ) sudah lama akan ada Menteri Melayu, Timbalan Perdana Menteri India, Timbalan Ketua Polis Negara Melayu sebagaimana yang pernah diberikan kepada Datuk Christoper.

7g. Janganlah pula, apa saja yang diutarakan oleh DAP semua hak asasi. Aapa yang diutarakan oleh orang Melayu dan umat Islam semua racist. Jika kita boleh faham-memahami dan bertolak ansur, menghormati hak masing-masing, tidak lupa sejarah dan kontrak sosial, tidak mempertikai Perlembagaan, maka semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, bahasa, budaya, fahaman politik boleh hidup dengan aman dan damai. Ia sudah diasakan oleh TunTan Cheng Lock, Tun V.T. Sambathan, E.E. C. Thuraisngam, Tunku Abd. Rahman, Tun Tan Siew Sin, Tun Razak, mengapa DAP perlu terikut-ikut dengan permainan Anwar?

6 Komen:

ZamPenang said...

DAP kate kite rasis sebab dia nak lemahkah org2 Melayu dlm UMNO/PKR/PAS.

La ne meka dah kecilkan peranan PAS, meka dah kucar-kacirkam Umno, PKR dah jadi kuda mereka.

bila semua dah lemah-longlai, jadilah mcm Lee Kuan Yew yg sdra cite tu, Singapore hilang, Penang akan hilang juga.

tak kan paham sdra.

bulaz bujamil said...

Isu siapa rasis sebenarnya hanya bertujuan untuk memecahbelahkan rakyat malaysia. Ia telah berjaya menimbulkan rasa benci kaum bukan melayu kepada orang2 melayu.

Amat malang pula, orang-orang melayu kini telah terpecah mengikut haluan / fahaman politik masing2. Akibatnya tiada pemimpin2 yang tampil untuk menagkis tohmaan ini.

Tetapi cuba lihat kepada pihak yang 'menjual' dakyah ini. Mereka kini bersenang-lenang menikmati hasil 'tuaian' mereka.

Tatkala kita membincangkan siapa lebih rasis, orang2 melayu sebenarnya telah berada dalam kerugian yang amat sangat.

mad said...

Ya, benar demo, kita rugi banyak dah. kenapalah ketua2 kita ne tak nak berjumpa bersatu hadapi nasrani dan majusi ne.

Zahar said...

as salaamu alaikum

Nampaknya tiada masa lagi, tetapi semua Melayu samada penyokong kerajaan atau pembangkang harus sedar dan bangkit mempertahankan maruah orang Melayu tanpa memperkirakan soal politk. Masalah keterlampauan setengah golongan dari DAP ini harus ditangani bersama, tanpa mengira retak belah politik.

Ini masalah bersama.

PEJUANG MELAYU said...

aku setuju DAP lagi racis dan hanya mementingkan cina. mereka ini adalah keturunan cina komunis dan memang memerangi islam spt kata Ustaz Kamal Saidin dalam ceramahnya.

Siapa yg halau melayu ??? dalam sejarah cuma ada DAP shj dalam 13 mei 1969 di kg baru .perarakan DAP ke Kg Baru dan cuba menghalau melayu keluar dari KL.

dengan perkembangan semasa lani ..tema kemerdekaan tahun ni tak bermakna lagi. aku sudah bersedia jika apa2 terjadi berulangnya 13 Mei 1969 .Umat Islam Melayu sudah byk bersabar dan mengalah dengan depa ni. dari forum memeluk islam hingga la ke Ahmad Ismail ...mereka bersatu dan menekan UMNO ..ini satu penghinaan utk orang melayu .

YangBenar said...

Pada saya perasaan racist itu adalah sesuatu yang natural. ia memang pasti ada tak banyak sikit mesti ada mementingkan kaum sendiri. jadi, isu racist bukanlah suatu isu yang perlu diperbesar-besarkan yang penting sikap itu tidak boleh melampaui had batas tertentu.

apa pun dalam dunia ni, kalau dilaksanakan secara berlebihan atau melampaui batas pasti akan mendatangkan kehancuran akhirnya.

jadi, pada saya racist itu boleh, namun perlu ada batasan. kita ada undang-undang, yang tertinggi ialah perlembagaan persekutuan, jadi apa salahnya perasaan itu didasarkan berlandaskan undang-undang.

perlembagaan persekutuan tu suatu yang telah dipersetujui, nak persoal apa lagi. kalau nak minta memang senang, tapi nak bagi semua elak. saya bukan hendak bersikap racist namun atas kesedaran perlu diingat, bahawa saya pernah mendengar seorang prof ada menyebut, kaum cina ada negara china, kaum india ada negara india dan MALAYSIA (dulunya disebut TANAH MELAYU) memang adalah milik melayu. baca sejarah. Namun begitu baiknya orang melayu dahulu sanggup berkongsi NEGARA dengan kaum lain bagi kewarganegaraan, pendidikan, kesihatan, semua dapat sama adil, nak minta apa lagi.

yang bijak pandai sekarang ni, dah jadi menteri, jadi ahli parlimen, jadi profesional macam-macam anda sedar tak dari mana anda bermula, dari dasar yang ada ni lah. bayangkan kalau betul dasar ini racist bolehke anda jadi macam tu? takdaaaaa.......percayalah. hidup, makan, minum beranak pinak kat sini ada orang melayu, pemimpin melayu kacau, takda pun....so nak susah apa lagi? dah berjaya, dah pandai, dah besar lupa daratan, persoal macam-macam.

ini, sampai nak hapuskan hak kaum melayu apa cerita beb? macam tetamu lebih-lebih kat rumah anda, apa perasaan anda? yang penting bagi saya, satu perkataan je, 'BERSYUKUR'. kalau ada sikap ini, semua jadi baik dan hidup pun harmoni.

baca konsep adil, jangan baca konsep samarata. kalau samarata tu dah tak adil. banyak-banyaklah bersyukur tak kiralah parti apa pun, kaum apa pun.

puas dapat luah perasaan....fuh....

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan