SIAPA PEMIMPIN UTAMA PAS JUMPA PM ?

on Friday, September 12

1. Selepas Raja Petra ditahan di bawah ISA, apakah agaknya komen penyokong PKR, DAP, BAR Council, dan NGOs asing?

2. Yang jelas Perdana Menteri Malaysia sudah menunjukkan kepada pengkritiknya bahawa dia bukanlah bersikap lembut terhadap ancaman keamanan kepada negara. Penulis percaya Perdana Menteri sudah tidak mahu bertolak ansur kepada sesiapa sahaja yang hendak menafikan 140 kerusi.

3. Penulis menerima mesej daripada seorang orang lama politik Malaysia, katanya "...Rakyat diperdaya dengan isu 16 September. Tetapi isu sebenarnya ialah DAP & PKR nampaknya hanya fokus kepada kesalahan UMNO & pegawai Melayu sahaja? Namun, bapa ayam, gangster,sindiket edar dadah, sindiket bawa perempuan asing dijadikan pelacur, geng curi kereta mewah, taukeh judi ( besar atau kecil ),...banyak lagilah, itu semua Melayu kah? Kenapa DAP & PKR tidak berminat hapuskan semua itu di Selangor, Perak, Penang yang kini mereka kuasai?..." Penulis balas akan sampaikan mesej itu dalam blog penulis.

4. Katanya lagi, "...Agak-agaknya kalau Lim Kit Siang, Karpal Singh, Anwar Ibrahim memerintah, agaknya bersihlah Malaysia ini daripada masalah-masalah di atas?..."

5. Dia menyambung. "...Di mana letaknya Maruah Kerajaan Malaysia kalau Kerajaan Malaysia yang dibentuk hasil daripada yang dibeli? Bukan daripada proses demokrasi berparlimen?..."

6. Kenapa Anwar lari ke Kedutaan Sekular Turki bukan di Kedutaan Islam Iran?

7a. Memanglah kerajaan yang ada jauh dari kesempurnaan, kerana kesempurnaan itu hanya ada pada Allah SWT. Tapi kerajaan sekarang kerajaan siapa? Kerajaan yang Terasnya Melayu bukan? Tukar kerajaan dan ambil Melayu lain serupa juga Melayu juga, adakah semua masalah di atas boleh diatasi?

7b. Siapa Pemimpin utama PAS dalam perjalanan ke Mesyuarat Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur tetapi singgah jumpa Perdana Menteri Malaysia ? Mereka tidak pergi ke mesyuarat Pakatan Rakyat tetapi bermesyuarat dengan Perdana Menteri Malaysia! Agendanya rahsia!

4 Komen:

anu war said...

Nasharudin, Cigu Mustapha Ali, Hj. Hadi Awang, betul ker?

Wa Ana said...

Kagum betul tengok puak2 erdogan ni bersatu melakukan "character assassination" terhadap Mustapha Ali.

Dah tentu DSAI pun "very please" dengan pengikut2nya dalam PAS ni. Dan mungkin akan menjadi calon2 utama untuk mengisi jawatan menteri apabila DSAI naik takhta 16 September ni.

Saya jangkakan ada pihak yang akan cuba mempengaruhi Nik Aziz dan kemudiannya menggunakan kenyataannya untuk memberi kesan yg maksimum terhadap proses character assassination ini. (alaa.. macam sebelum2 ni)

Kancil said...

Kumpulan Erdogan nih sedang menguasai PAS, mereka sedang bermotivasi tinggi sekarang.

Mereka akan spin semua perkara untuk dan demi Anwar. Sesiapa yang tidak bersetuju dengan Anwar akan menerima padah. Hatta tok-tok guru dari kalangan PAS sendiri pun.

wa ana said...

Salaam,

keluar dah kenyataan TGNA, kalau boleh tuan Jentayu tolong cek kesahihan tulisan TGNA tu, lain macam la bunyinya. Tuan Jentayu banyak network.

Kalau dah sah betulnya baru boleh komen.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan