SURAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

on Saturday, September 6

Emel dari Mesir

SURAT TERBUKA KEPADA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH.

Assalamualaikum Datuk Seri,
1. Terlebih dahulu kami mengucapkan tahniah atas kemenangan di Permatang Pauh. Ia satu keputusan yang statik kepada PKR yang mana BN kekal=141 , PR=80, BEBAS=1. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen, keputusan ini cukup untuk BN membentuk kerajaan Persekutuan, dan cukup untuk PR membentuk kerajaan negeri di Perak, Selangor, Kedah, Penang, dan Kelantan. Kami di sini memerhati dengan kritis apa yang berlaku di tanah air.

2. Adalah satu Penghinaan kepada YB Sabah/Sarawak apabila usaha Datuk Seri telah memberi kerendahan Moral dan Zero Integriti kepada mereka yang telah dipilih oleh rakyat jelata. Jika dahulu Datuk Seri berjaya menjatuhkan Kerajaan Demokrasi di Sabah ( 1995 ), dan kini Datuk Seri mahu mengulangi perkara yang sama, dengan cara yang sama, fikiran yang sama, barangkali jumlah yang berbeza, seolah-olah YB Sabah/Sarawak tiada harga diri. Macam barang pasar malam, boleh dirunding harganya. Contohilah Saidina Ali Abu Talib yang penuh Sabar, akhirnya menjadi Khalifah.

3. Cubalah belajar hormati dan hargai harga diri Datuk Seri dahulu, dan belajarlah menghayati Qada dan Qadar Allah yang menentukan apa jua di atas muka bumi ini, Datuk Seri bisa merencanakan 16 September, namun jangan Takabur ( Takbur ) kerana hanya Allah SWT sahaja tahu apa yang akan berlaku di hadapan kita. Takabur itu sifat Firaun yang hendak membunuh Nabi Isa a.s.

4. Berikan 7 sebab kenapa Datuk Seri tidak ada Kesabaran? Berikan 7 sebab kenapa Datuk Seri tidak boleh menunggu PRU13? Berikan 7 sebab mengapa Datuk Seri Tidak Pandai menghormati hak demokrasi rakyat yang telah memberi mandat kepada kerajaan persekutuan? Apakah Datuk Seri cuba mengelak daripada sesuatu? Adakah Datuk Seri mempunyai janji dengan orang lain yang Datuk Seri akan menjadi PM sehingga Datuk Seri kelam-kabut dan terburu-buru yang sangat Luar Biasa ? Kenapa letak 16/9/2008, kenapa bukan 8/3/2013? Rakyat perlu diberitahu kenapa Datuk Seri Luar Biasa sangat dalam hal ini. Sabar itu Sebahagian dari Iman, bukankah Datuk Seri peminat Malek Bennabi, Yusuf Qardawi, semua mereka orang yang sabar.

5. Sebagai bekas Presiden ABIM yang diuar-uarkan Islamik, sebagai seorang yang pernah membaca khutbah Jumaat, memang terserlah keIslaman dari segi luaran, namun tindakan-tindakan Datuk Seri selama ini memberi gambaran yang jauh berbeza. Tiada nilai Menghormati keputusan rakyat, Tiada nilai Kesabaran , Mendahului Ketentuan Allah SWT dengan Datuk Seri menentukan apa akan berlaku pada 16 September 2008 seolah-olah Datuk Seri Tuhan tahu apa yang akan berlaku di hadapan sana. Allah SWT sangat Murka jika hambaNYA mendahului kuasaNYA. Banyak ayat dalam Al-Quran.

6. Akhirnya, jagalah parti PR dan kerajaan negeri baik-baik sebab rakyat sekarang sangat celik. Tunaikanlah janji-janji Pilihanraya yang masih banyak belum ditunaikan terutama di negeri-negeri yang dimenangi kerana janji kepada manusia bererti janji kepada Allah SWT juga. Janji itu amanah, jadilah pemimpin yang tunaikan janji dan amanah.

7. Datuk Seri tidak perlu menjadi Osama Laden yang awalnya diberikan bermacam-macam imbuhan untuk menjatuhkan Soviet Union di Afghanistan tetapi akhirnya menubuhkan kerajaan Taliban dan menentang pula Amerika, tidak perlu juga jadi Saddam Hussien yang dibela Amerika dengan apa jua keperluan untuk mengalahkan Iran yang akhirnya mati di tali gantung, tidak perlu juga menjadi Benazir Bhutto yang akhirnya mati sebelum menjadi Presiden, jauhkanlah menjadi seperti Joseph Estrada Kaki Judi dan Kaki Mabuk, atau Gus Dur yang menyokong agenda Kristianisasi di kalangan umat Islam Indonesia, malah Datuk Seri perlu menjarakkan diri dari Paul Wolfowitz , William Cohen, Madeline Albright, Condoliza Rize, Al-Gore, J.Biden, dll YahudiAmerika yang merencanakan segala Kejahatan di negara Palestin. Kami tahu agenda Yahudi di Mesir sebab itu kami tidak mahu Malaysia menjadi mangsa Yahudi.

Sekian. Salam.

Pelajar Malaysia,
Mesir

4 Komen:

SHAH,PKR said...

Budak tu dah kena turning over oleh puak-puak ameno kat sana,REFORMASI!

herman said...

apa la lu shah, budak tu blajar oversea, depa tau la cite kat sana tu, ko pi tanye brother anwar tu, mana janji dia nak bagi kami wang kat selangor,janji pilihnaraya macam langit dah menang batang idung YB dia pun susah nak nampak,kenapa bab Yahudi ne dia diam je, asyik komen minyak naik, barang naik, adil le, samarata le, pi la habuk punya anwar, goreng2 cite je, janji kat selangor habuk semua, menyesal pangkah pkr,

Panglima Perang Cyber said...

Budak mesir pun reti juga hal hal politik ini , mungkin berkat baca artikel tulisan tuan blog.

Maknanya ramai lagi masih buka mata akal dan mata hati mereka..

Asalkan ada yang rajin menerangkan dan sabar dalam memberi penerangan.

Mungkin pelajar Mesir boleh membentuk agenda reformasi menentang pakatan yang ingin menumbangkan kerajaan melalui jalan belakang.

Langkah pertama buat blog.

sebarkan artikel artikel siapa dia Anwar Ibrahim dan bagaimana liciknya beliau menipu tok guru berjubah berserban dari PAS dan juga juara kaum Cina dan India dari DAP...

dan jangan lupa kempen

KATAKAN TIDAK KEPADA AHLI PARLIMEN YANG AJAK LOMPAT ATAU INGIN MELOMPAT SEPERTI KATAK !!

Salam Ramadhan Karem.

Panglima Perang Cyber

http://penembak-tepat.blogspot.com

Anonymous said...

Bukan pelajar Mesir shj.kami pelajar Malaysia di Cape Town jg dah menyedari akan tipu helah pembangkang ne especially anwar..usahe anwar utk mendoktrinkan org melayu insyAllah takkan berjaye(walaun rmi da trtipu).kami berdiri teguh diblkg kerajaan Pilihan Rakyat (bkn pakatan rakyat)
'Malay Power'

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan