" JANGAN KASI BANGUN ORANGLAH ( AZAN ) "

on Wednesday, September 10

TEKAAN penulis tentang campurtangan Tentera akan berlaku jika Negara huru-hara terbukti apabila Jen. Tan Sri Abd. Aziz Zainal, Panglima Angkatan Tentera berkata ’ Tentera amat bimbang dengan isu perkauman yang dicetuskan ahli-ahli politik dan kerajaan perlu mengambil tindakan tegas bagi mengelak keadaan huru-hara”. Bulan lepas penulis telah menulis artikel ” 16 September : Adakah RAMD Akan Berdiam Diri ”, dan semalam ” 16 September ; Darurat Jika Kudeta ”.

Semasa negara dikacau-bilaukan oleh Anwar melalui demo Protes Minyak, Bersih & Hindraf, adakah Tentera berdiam diri? Ternyata mereka bersiap siaga di belakang tabir, seandainya pihak PDRM gagal mengawal keadaan. Rejimen Askar Melayu DiRaja adalah jawapan kepada Sesiapa saja yang berniat huru-harakan negara.

Penulis teringat Ketakutan Lee Kwan Yew kepada Pesuruhjaya UK di Kuala Lumpur, ...saya takut dikelilingi 200 Juta Melayu. Presiden Soekarno dan Presiden BJ Habibie memberi amaran supaya LKY jangan mencabar orang Melayu , LKY terpaksa berdiam diri, apakah RAMD tidak boleh mendiamkan orang yang berniat huru-harakan negara? Apakah RAMD akan membisu sahaja kepada pihak yang berniat merosakkan sistem demokrasi berparlimen?

Siapakah YB DAP yang pergi ke surau sebelum waktu subuh dan berkata, ”...kalau ada macam itu jangan kasi bangun oranglah ( dengan azan )...” katanya kepada imam di situ. Seorang YB Muslim dalam Pakatan Rakyat mengulas”...bukan teruk lagi, dah jadi kurang ajar”. ( Zaini Hassan,pg.5,um)

Soalnya seperti kata Tun Dr. Mahathir, kenapa Melayu sahaja meminta maaf? Kenapa Datuk Ahmad Ismail sahaja meminta maaf? Kes ini macam mana? Apakah nak tunggu orang Melayu amuk? Apakah nak tunggu Selendang Merah datang dari Johor?

Pendek kata semua mereka hendak hapuskan. Tulisan Jawi nak dihapuskan sedangkan dalam Perlembagaan menyebut ” Bahasa Melayu hendaklah Ditulis dengan Tulisan Jawi, dan boleh juga ditulis dengan Tulisan Rumi”. YB tu tak baca ke? Mana perginya Anwar Ibrahim yang memperjuangkan Bahasa Melayu dahulu, berarak konon Bahasa Melayu tergadai , bila dah kaya-raya isu ini diam sahaja kerana membabitkan rakan sebantal.

Kemudian Menteri Besar Guthrie belum lagi menjelaskan kepada umat Islam permintaan mereka terhadap pembahagian Wang Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) kepada agama-agama lain. MB Guthrie juga yang bersetuju dibuka 10% UITM kepada bukan Melayu. Pelajar UITM sekarang melebihi 100,000 orang, maknanya kalau 10% matematiknya ialah 10,000 setiap tahun.

Di atas semua isu-isu ini, penulis ulangi persoalan apakah Rejimen Askar Melayu DiRaja akan berdiam diri?

11 Komen:

cucumatkilau said...

benar kata Tun M, tak kan Melayu je minta maaf, Karpal, Lim Kit Siang, Teresa, Lim Guan Eng tu bukan setakat minta maaf, kena sujud pada Raja2. Kalau kat Thailand meka semua ne dah kena Sujud 30Minit depan Raja.

semua bodoh Melayu UMNO, Melayu PKR, Melayu PAS, semua bangang! Penakut!

Peninjau said...

Itu sikap org Melayu yg penakut dan terlalu lembut hati mcm PL.

cheman said...

stuju, Pak Lah terlalu lembut sehingga dipijak oleh bangsa asing, contohilah Dr Mahathir, Tegas dan Ditakuti!

PEJUANG MELAYU said...

benar ckp jentayu ..ATM akhirnya bersuara kepada pihak yg mahu cetuskan huru hara kerana jika berlaku darurat ,RAMD akan dikerahkan juga.tetapi aku terbaca dlm malaysiakini ,saludin ayub ketua pemuda PAS ckp tentera jangan masuk campur dalam urusan ini .

amboi cakap mcm bagi pihak bukan melayu ja ,dah pengecut ka salahuddin ayub ni .

16 sept ..orang melayu yang syg pada bangsa ..bersiap sedia la .bangsa bukan melayu menanti dengan gembira hari 16 sept tetapi orang melayu semakin takut dan bimbang . apa kita perlu takut ,kita harus berani spt ahmad ismail ..jgn jd penakut.

rakyatceria said...

Apa masalah besar sangat sampai awak panggil TENTERA masuk campur. Isu sekarang mudah saja... Ahmad Ismail buat kenyataan, Najib dah minta maaf, Dollah pun dah minta maaf. Tapi AHmad Ismail belum.

Sekarang pun dah selesai, Ahmad Ismail dah kena tindakan tatatertib oleh Pak Lah. Panggil tentera nak buat apa? Nak tembak siapa? Tolong pakai LOJIK and Fakta. Tolonglah jangan sentimen dan emosi... BN Tengah tenat nih. Tolonglah!Baca ni dulu http://rakyat.ceria.my

BachokNET said...

Aik... Pakatan rakyat tak leh mentadbir Malaysia? Cuma BN sajer yang boleh? Bagus sangat ke BN tuh? Selesai ker masalah PERKAUMAN, KRONI KAYA, DISKRIMINASI, KEMISKINAN? Dah 51 tahun BN perintah semua masalah dah settle? Buklankah masalah bertambah? Masalah sumpah menyumpah, masalah jenayah, hari-hari ada rasuah... dah selelsai?

BN telah gagal. Sekarang PR pula ambil alih. Tentera relax dulu. Terimalah kenyataan yang Malaysia di perintah oleh PR, bukan BN. Boleh?

Anonymous said...

Takkan melayu hilang di dunia..Takkan melayu mudah menyerah kalah.kite lawan pakatan kelentong ni habes habesan.klu terpakse gunekn tentera..tentera kite gunekn takbirrr!!!
Malay Power

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Kepada BachokNet, sebenarnya sapa2 boleh memerintah, PR kan dah memerintah di 5 negeri. Semuanya terserah kpd rakyat yang menilai dan menurunkan undi.

Hakikatnya rakyat memberi 81=PR, 1=Bebas 141=BN. Maka BN lah yg memerintah kerajaan persekutuan. Kalau esok PR dapat 112 dialah pula memerintah federal goverment.

Pasal isu2 di mana2 pun ada, kalau kita pergi Haji atau Umrah di sekeliling Kaabah tu banyak jua penipu dan pencuri. Contohnya, akan ada org2 tak dikenali jumpa jamaah kata kalau nak cium Hajaratul Aswad dia boleh bantu tapi bayarannya rm500, ada rm1000, ada rm200, malah pencuri banyak sekali.

Tidak bermakna kalau PAS misalnya memerintah semua jadi baik, masih juga ada pelacuran di KotaBharu, amalan kebersihan,kronisme, dll berlaku juga.

Lihatlah kerajaan Selangor sekarang, tak perlulah dicerita, tidak juga menuju kebaikan, nak 20meter padu percuma air pun hampir dibatalkan pd Oktober kerana kerajaan negeri tak mampu bayr kpd syabas, kemudian dibyr sikit sambung semula sampai Disember saja, Januari tak tau apa cerita pula. Kes2 lain banyak lah, kena tanya Menteri Besar Guthrie.

Baik buruk terletak pada individu itu, adakah semua org PAS dijamin dalam syurga? Adakah seua org UMNO akan masuk Neraka adakah org PKR akan dimasukkan dlm neraka jahanam? semuanya tiada jaminan,hanya Allah sahaja tahu apa dalam hati, bukan apa di atas kepala.

cucu tok gajah said...

skr da patut2 kita semua berasap ngan kemenyan..sapa paham maksud aku dia pandai

PEJUANG MELAYU said...

bachok.net,kerajaan cara kot belakang PR nak rampas kuasa ini hang tentera nak terima ka.ini kerajaan main belakang beb .. tentera tidak harus duduk diam kerana tentera adalah dibawah kuasa Agong yg menjadi ketua ATM .

masalah rasuah ,kroni,pekauman itu dalam PR pun ada. rasuah exco perak ,kroni pun sudah ada, isu azan oleh PR juga telah dipertikai .. macam ini kah kerajaan PR ,nampak sgt mereka memerintha kepada menjadi popular dan retorik shj .tiada satu pun dasar bersama memerintah 5 negeri .mereka lebih kepads pro bukan melayu spt di perak ,bagi la tanah lagi kepada cina dengan buta ja.

tokwan said...

memang tentera sudah lama bersiap sedia..

ada seorang tentera pernah bagitahu cucu tokwan dia sedang stand by semasa demonstrasi ari tu di kL.

maknanya apa apa terjadi tentera akan ambik alih.

diam bukan bermakna buta !

tokwan harap jangan gila politik sampai keamanan jadi 'gadaian'

bye.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan