YB PKR KELUAR PAKATAN RAKYAT...

on Wednesday, September 17

17 September 2008

Assalamua’laikum to all.

Pagi tadi saya dipanggil J’kuasa Disiplin PKR untuk ‘facts finding mission’ sebagai langkah awal kepada prosiding disiplin terhadap saya.. Saya dimaklumkan JKD akan merujuk perkara ini kepada Biro Politik setelah selesai ‘fact finding missionnya’. Biro Politik akan menentukan tindakan selanjutnya.

JKD tadi terdiri dari 3 ahli panel iaitu Tuan Syed Hussin Ali (Timb. Pres), Tuan Din Marican dan YB Hee.

Saya diminta memberi penjelasan tentang penglibatan saya dalam Himpunan Aman Umat Islam membantah forum anti Islam anjuran Bar Council pada 7 Sya’ban lepas.

Saya nyatakan dengan jelas bahawa saya mewakili pertubuhan Peguam Pembela Islam (PPI) dan bukannya PKR semasa mengetuai himpunan aman tersebut.

Juga saya nyatakan bahawa saya bukannya anti dialog. Malahan saya telah terlibat dengan beberapa dialog termasuk dengan Bar Council, Majlis Perunding Agama Hindu Kristian Budha & Sikh, Suhakam, kumpulan-kumpulan Kristian, malahan saya pernah berdialog dengan Paderi Kristian Melayu.


Namun pada pandangan saya Bar Council adalah jelas golongan anti-Islam dengan rentetan penglibatan mereka daripada kes mendalangi Kumpulan Artikel 11, IFC, melibatkan diri secara partisan kepada kes-kes murtad dan lain-lain lagi.


Panel JKD menyatakan tindakan saya mungkin terlalu agresif. Saya nyatakan bahawa Islam bukan sahaja memerlukan watak lemah lembut saperti Abu Bakr, tetapi juga watak keras dan tegas spt ‘Umar ibnu Khattab. Tambahan Bar Council bukan jenis yang memahami bahasa diplomasi, maka ia perlu difahamkan dgn bahasa lain.

Saya akui mungkin saya ada terkasar bahasa dengan seorang hadirin iaitu peguam Latheefa Koya semasa di luar bangunan. Namun saya nyatakan itu adalah kerana tindakan beliau yang jelas provokatif terhadap Himpunan aman pagi itu. Namun kalau itu adalah satu kesalahan, saya nyatakan saya bersedia memohon maaf.


Namun saya nyatakan dengan tegas bahawa saya tidak akan meminta maaf atas tindakan saya mengetuai Himpunan Aman membantah tindakan Bar Council mengadakan forum anti-Islam tersebut. Malahan saya nyatakan bahawa kalau Bar Council bercadang untuk mengulangi keangkuhan sikap anti-Islam mereka ini, sudah pasti mereka akan dapati saya akan akan berada disana untuk mempertahan dan membela Islam. I’ll be their worst nightmare if they continue with their arrogance and anti-Islam attitude.


Saya nyatakan bahawa nothing can stand between me and Islam. Saya mungkin bukan Muslim yang terbaik, namun saya bersedia melakukan yang terbaik untuk Islam.


Malahan saya menyatakan dengan jelas bahawa selain menjaga kebajikan rakyat dan pengundi saya di Kulim Bandar Bharu, misi utama saya sebagai Ahli Parlimen adalah untuk berusaha untuk memartabatkan dan menobatkan Islam, syariat dan institusinya melalui constitutional reform, sebagaimana yang dicadang dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam beberapa keputusan sebelum daripada ini.

Ahli panel ada menyebut kemungkinan prinsip dan pendirian saya ini akan bercanggah dengan pendirian PKR.

Saya mengulangi pendirian dan prinsip saya bahawa ‘for me, Islam come first, the rest are second’.

Well, prosiding berjalan dengan baik dan suasana yang very friendly. Cuma masing-masing ada pendirian dan prinsip yang perlu dipertahankan. Diakhir prosiding, saya ucapkan terima kasih kepada ahli panel. The ball is now in their hand to make the necessary recommendations to the Political bureau of PKR.

In the meantime, saya akan berlepas untuk mengerjakan umrah 18 Ramadhan/ 18 Sep ini.


I have to do a very serious thinking as to my future role as MP. Saya sangat conscious bahawa saya akan bertanggungjawab di hadapan ALLAH kelak untuk setiap tindakan dan pendirian saya khususnya dalam hal ehwal Islam. Saya berdoa moga ALLAH memberikan saya petunjuk dan hidayahNya bagi saya membuat keputusan yang benar disisiNya dan untuk mencartakan perjuangan saya dimasa akan datang.

Adios..

Zulkifli Noordin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

10 Komen:

tiamia said...

Diharap Zulkifli akan mendapat hidayah daripada ALLAH dan terus memperjuangkan keutuhan dan maruah islam.ALLAH tidak akan menghampakan umatnya yang ikhlas dan menegakkan ugamanya.

ustazSAID said...

Semoga YB Zul terus diberi kekuatan utk istiqamah dlm pjuangan menegakkn Islam. Amin

Pak Tam said...

PKR dah jelas perjuangannya, takkan YB Zul tak tahu!! PAS pula dulu lain sekarang lain. UMNO masih relevan mempertahankan ketuanan Melayu dan Islam. Lu fikirlah dulu!!!

Anonymous said...

FIKIR - FIKIRKANLAH : Anwar Ibrahim adalah seorang PENIPU dan PKR adalah sebuah parti yang hanya berjuang untuk memenuhi cita2 dan angan2 Mat Jenin Anwar...Manakala UMNO adalah sebuah parti yang berjuang untuk bangsa dan negara tetapi telah lari dari perjuangan asal disebabkan oleh ketamakkan dan kerakusan pemimpin2 nya tak kira dari peringkat Bahagian atau peringkat tertinggi parti tersebut....

Anonymous said...

Assalamualaikum YB,
Saya berkeyakinan yang PAS masih lagi memperjuangkan aspirasinya seperti dahulu juga. Sememangnya PKR mempunyai prinsipnya yang tersendiri kerana ia disertai oleh pelbagai kaum dan agama. apa yang berlaku pada YB adalah disebabkan untuk menjaga kepentingan semua dan apa yang YB lakukan adalah amat tepat. janganlah disebabkan oleh perkara tersebut menyebabkan YB memikirkan perkara yang negatif pula.
Saya heiran dengan komen yang menyatakan bahawa UMNO masih relevan iaitu memperjuangkan bangsa melayu dan Islam. Kalau kita fikirkan sekarang, keahlian UMNO di Sabah dan Sarawak adakah semua ahlinya adalah melayu dan Islam. Cubalah fikirkan dengan hati yang terbuka. Lu fikirlah Nabil!!
Apa pun saya masih menyokong kuat perjuangan PAS. Teruskan perjuangan YB....

Anonymous said...

Salam buat YB Zul,

saya antara orang yg mengharapkan malah mendoakan agar YB sedar ttg apa perjuangan PKR dan parti politik demokrasi yang lain.

Apa yang YB Zul hadapi sekarang adalah satu HINT utk YB kembali menilai semula segala FITNAH yang berlaku ini.

Belum terlambat untuk kembali meluruskan perjuangan agar selari dengan apa yang Allah kehendaki.

InsyaAllah.

Samad said...

Salam...
Tindakan YB Zulkifli adalah betul dan teruskan usahamu untuk meninggikan martabat Islam. Jika YB Zulkifli jadi keluar PKR, saya yakin UMNO mengalu-alukan penyertaan saudara YB. Apa lagi yang harus dilakukan jika telah jelas nyata kita nampak bahawa perjuangan Anwar dan PKR hanya untuk merosakkan agama, bangsa dan negara... Keterbukaan Anwar kepada DAP adalah suatu yang mencurigakan. Jadi Alhamdulillah sbab Allah SWT telah memberi saudara YB untuk memilih mana yang benar...

Syafrizal said...

Keluar PKR pastu masuk PAS.

Anonymous said...

Khas utk Pak Tam,
Saya rasa pak tam ni ahli umno sejati.Baguslah tu.Tapi kita kena buka pintu hati kita seluas2nya.Jangan kita jadi penyokong yg mengkhinzir buta.Tanya diri sendiri,siapa yg menghapuskan bahasa melayu dari pelajaran sains dan matematik,siapa yg menarik kekebalan raja2 melayu dan siapa yg tidak berjaya mengangkat martabat ekonomi melayu ketahap yg ditargetkan sendiri(30%).Dan siapa pula yg bersungguhsungguh menghalamg draf hukum hudud.Terlalu banyak utk saya sebutkan lagi.Fikir sendirilah.Apakah masih relevan utk diberi sokongan.
HIDUP ISLAM!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Tuan Samad,
Kalau tuan masih nak duduk dlm bahtera yg dah nak karam tu,duduklah tuan.Tak perlulah ajak orang lain bersama.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan