ANWAR & CAPITAL FLIGHT

on Monday, October 20

1.SEMALAM penulis bersama beberapa rombongan pemimpin negeri Sabah berhari raya di rumah DS Najib Tun Razak, di rumah terbukanya di Pekan. Hampir 4 jam perjalanan ke Pekan, dan baliknya pula mengambil masa 5 jam kerana penulis tersesat jalan nak balik ke KL, berpusing sejam antara Kuantan - Pekan.

Pada pandangan penulis, DS Najib seorang yang sederhana kerana rumah separuh kayu-separuh konkritnya itu retak dan pecah-pecah belaka,jika nak banding rumah DS Anwar Ibrahim di Segambut, atau rumah Azmin Ali, rumah MB Selangor, penulis rasa rumah DS Najib jauh lebih sederhana.

Penulis bercerita dengan pembantu rumah DS Najib akan rutinnya, pembantunya menceritakan DS Najib akan bangun seawal 5.30pagi, selepas solat Subuh,beliau akan bersenam sama ada di dalam rumah atau di luar rumah, katanya untuk mengekalkan kecergasan.

Begitu juga rumah Pak Lah, lebih-lebih lagi sederhana., rumah tahun 1960-an yang dibaiki sahaja. Jika nak dibanding rumah pemimpin2 PKR , rumah Pak Lah sangatlah sederhana.


2.Baru-baru ini, DS Anwar yang kaya raya itu, menyangka akan dapat menjatuhkan Kredebiliti ekonomi negara di sebuah Forum di Hong KOong. Fakta yang Anwar kemukakan ternyata Salah, kerana pengaliran FDI dari Malaysia sebenarnya bukan boleh diertikan sebagai ' Capital Flight'. Ianya adalah pengaliran keluar Dana oleh syarikat-syarikat Transnasional Malaysia secara Terancang.

3.Ini membuktikan aliran keluar ( 82% atau A$10 Billion ) dan masuk sebenarnya Positif dengan pengaliran keluar mengatasi pengaliran masuk.

4. Oleh itu, jika Anwar ingin menyerang Kerajaan, Anwar sepatutnya Mengingatkan dirinya bahawa dia penyebab Ketidaktentuan politik yang menyumbang kepada pengurangan pelaburan dari luar.

5. Nampaknya Anwar masih taksub dengan teori YahudiAmerika Adam Smith? ataukah Anwar sudah berubah selepas bekerjasama dengan Kumpulan Soros,Kumpulan Cohen, Kumpulan Dubai dan Kumpulan Darul Ehsan.

4 Komen:

armouris said...

kalau ada gambar rumah DS najib tu lagi bagus. boleh tengok camane retak dan pecah tu...

info-jariah.blogspot.com
info-kesihatan-anda.blogspot.com

Pok Nik Klate said...

Bak kata armouris..elok jugak ada gambar rumah DS Najib sebab saya pun tak pernah tengok rumahnya. Tapi saya pernah lihat rumah DS Anwar Ibrahim.. Kalau ikut anggaran saya yg tidak profesional ni..rumah Anwar bernilai kurang2
RM5,000,000.00 (Lima Juta Sahaja). Tak tahulah kalau Anwar nak kata rumah itu disedekahkan oleh ahli2 PKR atau penyokong dia..

Anonymous said...

Saya suka mengikuti ruangan ini dan rasanya sudah bosan dengan rungutan tuntutan kenaikan gaji dan elaun yang sering dibangkitkan, oleh itu saya ingin bertindak sebaliknya dengan memohon pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji semula kadar Elaun Perumahan Wilayah (EPW) di Sabah yang dianggap keterlaluan dan berlebih-lebihan dan wajar dikurangkan nilainya. Rasanya pemberian EPW sebanyak itu di Sabah banyak digunakan bukan untuk tujuan perumahan sebaliknya ada yang memanfaatkannya dengan membiayai kos pembelian yang tidak perlu seperti kereta luar negara penjawat awam di sana. Rasanya tidak logik EPW di Sabah diberikan sekitar RM800-RM1100 sedangkan tiada kos sewa rumah yang menjangkaui angka itu di sana kecuali rumah mewah seperti banglo. Rasanya ada lagi yang lebih memerlukan angka itu terutama yang menetap di kawasan yang berkos hidup tinggi dan mereka yang ingin memiliki rumah sendiri. Saranan ini juga sebagai langkah membantu kerajaan untuk berjimat cermat dalam perbelanjaan pentadbiran. Permintaan ini bukan disebabkan faktor cemburu tetapi mungkin sudah jenuh mendengar tuntutan kenaikan elaun yang rasanya lebih membebankan kerajaan, jadi ada baiknya saranan diberi untuk membantu kerajaan mengurangkan perbelanjaan dan mengutamakan yang lebih memerlukan. Selain itu sebagai peringatan supaya kita bersyukur kerana ada lagi lebih bermasalah dari segi gaji dan elaun ini terutama rakan-rakan kita di sektor swasta.... penjawat memahami

Anonymous said...

Tak Apa Lah Pak Jentayu.

Rumah dikampung memang begitu. Takut pengundi bersungut pulak. Sebab di Kuala Lumpur ada rumah, diluar negara ada rumah.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan