ANWAR KATA EKONOMI MALAYSIA PALING BURUK

on Sunday, October 12


1. Sepanjang PRU12 dan Kempen 916,Anwar menuduh tiada kemasukan FDI ke Malaysia, malah menuduh ekonomi Malaysia lebih buruk daripada Vietnam.

2. Kelmarin, CIMB mengesahkan pembelian BankThai RM577.4 juta. Minggu lalu Maybank mengesahkan pembelian salah sebuah bank terbesar di Indonesia dari sayap pelaburan Temasik. Tetapi Anwar masih kata ekonomi Malaysia tidak terurus dengan baik.

3. Hari ini Amerika mengalami Kebankrapan paling buruk dalam sejarah. Bank-bank perdagangan terpaksa menerima bantuan USD700 Billion itupun setelah menerima sokongan Dewan Senat selepas Kongres menolak permintaan tersebut. Di Britain kerajaan terpaksa menyuntik 400Billion Pound Sterling untuk menghidupkan ekonomi mereka.

4. Di Malaysia, Menteri Perdagangan berkata harga minyak akan turun lagi sehingga mencecah RM1.92 se Liter apabila harga minyak setong mencecah di bawah paras US80 setong. Tetapi Anwar masih lagi berkata Ekonomi Malaysia paling buruk di Asia. Anwar kata dia malu dengan ekonomi Malaysia.

5. Laporan Asian Economy berpusat di Hong Kong menyenaraikan Bank Rakyat antara 10 Institusi Kewangan paling untung di Asia, tetapi Anwar masih kata Ekonomi Malaysia paling rendah di Asia Tenggara, malah melabelkan ekonomi Malaysia setaraf negara-negara seperti Tobago, Timor Leste, Habsyah, dan Kenya.

6. Di sebalik semua tuduhan itu, Anwar masih belum menjelaskan kepada rakyat apakah tujuan Tian Chua bertemu dengan penyangak matawang George Soros tidak berapa lama dahulu? Anwar belum menjawab berapakah sumbangan yang mereka terima daripada Soros? Anwar juga tidak menjawab isu cek yang diterima oleh Khalid Jaafar yang mewakili PKR? Semua wang-wang tersebut ke mana sekarang?

7. Akhirnya, di ketika rakyat yang mengundi PR dalam PRU12 dulu menunggu-nunggu janji-janji PR, rakyat Selangor belum diberi jaminan apakah akan masih menikmati air percuma 20meter padu pada Januari 2009? itulah Anwar yang berkata ekonomi Malaysia paling buruk di Asia.

8 Komen:

HidupBerkurung said...

KESALAHAN EJAAN PADA NOTE NUMBER 1. PERKATAAN LALU MENJADI LAU....

APA PUN MEMANG BEST BLOG NI...

KEEP UP THE GOOD WORKS...

http://akuoldman.blogspot.com

lagubarutop said...

Update.

terima kasih hidupberkurung.

Perhatian: Jentayu mengalami masalah connection broadband internet. So harap bersabar untuk post2 terbaru.

harap kunjungi blog ini selalu^^

Anonymous said...

Nafsu mereka ni untuk memerintah mengalahkan rasionaliti, fakta sebenar akan mereka putar belitkan semata-mata untuk memberi gambaran kepada penyokong mereka yang Malaysia ni ditadbir dalam keadaan penuh korupsi dan segala2nya dalam bahaya termasuklah ekonomi.

Mereka cuba wujudkan persepsi hanya Anuwar sahaja yg akan memerintah dengan dengan penuh keadilan, telus tiadanya penipuan, yang menstabilkan negara, yg meningkatkan taraf demokrasi di Malaysia supaya sama macam Amerika dll.

Mereka dengan taksubnya percaya kata2 Anuwar, yg mengatakan Indonesia lebih baik daripada Malaysia. Cara Mahathir mengatasi masalah ekonomi dulu tetap salah dan idea meminjam daripada IMF adalah bukti kehebatan Anuwar.

Anuwar boleh meningkatkan lagi ekonomi negara sebab Amerika akan tolong Anuwar. Sebab Amerika punya ekonomi kan kuat dan hebat sebab banyaknya yahudi2 kat situ.

Mereka sengaja memburukkan kerajaan dengan fitnah kerajaan sengaja menaikkan harga minyak semata2 untuk menyusahkan rakyat.

Mereka sengaja membutakan hati untuk melihat hakikat sebenar. Cuba lihat kejatuhan bursa saham dunia berdasarkan laporan The Star semalam.

Bursa / %jatuh

Japan nikkei / down 9.6%
Spore Strait Times / down 7.34%
Australia / down 8.34%
Hong Kong Hang Seng / down 7.19%
Thailand / down 9.61% + tutup kejap
Indonesia / tutup sejak rabu

Malaysia / down 3.6%

Ni ke yg mereka kata pelabur taknak melabur kat Malaysia ni.

Saya jangkakan Anuwar dan konco2nya akan membuat kempen baru yg menunjukkan ekonomi Malaysia ni merudum dan sangat2 memerlukan Anuwar untuk menguruskan ekonomi.

tolong! tolong! KLSE jatuh 3.6% kita mesti angkat Anuwar jadi PM supaya dia buleh pinjam dengan IMF, dan tak buat bail out sebab Amerika tak suka bail out.

sumandak bayu said...

Salam Jentayu....

Hebat sungguh info in teruskan demi memartabatkan semula negara kita......

Omong said...

Bapa Penderhaka

harus ditolak oleh semua

Mahyudin said...

Sebenarnya Anwarlah yang menjadikan ekonomi negara kita buruk dan teruk sehingga pelabur tak nak melabur di sini disebabkan masalah politik yang dicetuskan oleh beliau...

Pok Nik Klate said...

Rumah Anwar RM7 juta..Tapi Anwar ni buta ekonomi. Dia bukan ahli ekonomi..bukan juga akauntan..Dia tukang auta..jd kita rakyat malaysia jangan bagi perhatian sangat. Anwar ibarat budak kecil yg suka dipuji..makin dipuji makin menjadi-jadilah perangai dia..Pok Nik rasa baik anwar lepaskan kerakyatan malaysia dan pohon jadi warga US. Mana tahu kot2 boleh jadi pembancuh kopi pada Barrack Obama???

Anonymous said...

Yang Anuwar sebut Foreign Direct Investment kureng kat Malaysia tu maksudnya pelabur2 besar yahudi tak sudi nak melabur kat M’sia ni. Kalau Anuwar jadi PM barulah pelabur2 besar yahudi ni sudi nak melabur besar kat M’sia (dan seterusnya menjajah ekonomi Negara).

Kita tengok apa jadi pada Negara yg terlalu mengagung-agungkan pelabur2 yahudi ni. Sekarang ni org2 Singapura yg dulunya mengagung2kan Lehman Bank Yahudi sekarang menyumpah2 sebab bond2 yang mereka beli kononnya terjamin pulangannya semua dah hanguss. Mereka mendesak kerajaan tampung pula kerugian mereka.

Singapura juga diancam pengangguran sebab terlalu bergantung kepada Amerika dan yahudi.

http://thestar.com.my
/news/story.asp?file=/2008/10/14/nation/2270456&sec=nation

Anuwar ni sebenarnya dah takde point. Modal yg dia ade cuba ketaksuban dan ketertipuan yang memang hasil dari kepakarannya. Ramai pulak tu suka kena tipu ngan Anuwar ni.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan