DESAS-DESUS ANWAR MENYEBERANG KE BN

on Friday, October 31

1. KETUA PEMBANGKANG yang mendapat elaun hampir sama dengan gaji jawatan Perdana Menteri gagal membawa isu-isu rakyat yang penting sebaliknya, sesi Parlimen yang akan tamat tidak lama lagi hanya dipenuhi dengan tuduhan-tuduhan Anwar kepada Menteri-menteri dan Kerajaan secara umum berkaitan rasuah, salah guna kuasa, ketidakadilan, yang sebenarnya berlaku juga semasa Anwar menjadi TPM dan Menteri Kewangan suatu ketika dahulu.

2. Cadangan MP Sri Gading supaya membawa kes rasuah menteri-menteri dan kerajaan BN kemuka pengadilan ( pihak Polis & BPR ) tidak disambut oleh Anwar, sebaliknya Anwar terus meluahkan geramnya yang selama 10 tahun tidak berada di dalam Parlimen. Di Parlimen, Anwar seperti harimau lapar yang meluahkan A to Z semua yang terbuku di hatinya, satu pun tuduhan yang dibuatnya tiadak ada dibuat Laporan Polis dan Rasuah. Hanya meluahkan geram di dalam Parlimen sahaja.

3. Anwar sudah tidak lagi memperkatakan tentang Kronisme dan Nepotisme kerana dia sendiri sekarang sedang melakukan Nepotisme dan Kronisme dalam parti PKR dan kerajaan PKR. Bagi Anwar, orang lain kronis dan nepotis, bagi dia tidak.

4. Anwar berusaha melarikan isu kegagalan projek 916-nya, Anwar masih tidak menjelaskan kepada Parlimen jumlah wang yang diperuntukkan dalam projek 916, sebaliknya Anwar membawa isu di pihak kerajaan BN dan MP BN. Apabila Datuk Lajim menunjuk ke arahnya, masa dia jadi Menteri dahulu tidak rasuahkah? Semua barisan pembangkan duduk terdiam tidak berkata-kata!

5. Anwar tidak pun menjelaskan sama ada di luar atau di dalam parlimen keputusan Lembaga Disiplin PKR terhadap Kes YB Zulkifli. Ternyata Anwar yang lebih-lebih lagi Flip-Flop. Penulis yakin dan percaya, mereka tidak akan berani mengambil tindakan terhadap YB Zulkifli, baik semasa ucapan YB Zulkifli yang menyindir Anwar dan pembangkang di Parlimen atau semasa di luar Parlimen. Sebab itu penulis percaya YB Zulkifli lebih baik daripada Anwar, Anwar sudah hilang Kredibeliti.

6. Dengan keadaan sekarang yang tidak memihak kepada Anwar dan PKR, penulis dimaklmkan talian hayat sedang dipasang oleh Anwar merentasi kawan2 rapatnya dalam BN. Pendek kata, rumos Anwar menyertai BN semakin jelas. Siapa dalam PKR boleh nafikan Anwar sedang membuat talian hayat kepada BN!

13 Komen:

Anonymous said...

anwar akan lompat ke bn bila masa dia da dapat memerintah..dimana dia akan singkir dap dulu setelah puas dia bg kenyang....pkr-pas-umno akan bgabung....itu ramalanku....ada siapa berani menyangkal???

Anonymous said...

Artikel yg tidak berasas dan sekadar neluahkan pandangan berat sebelah. Kalau dah buta tetap akan buta...

Ini lah jika kita tak lapangkan dada dan buka minda, kosongkan fikiran..asyik nak mengikut cakap org lain sbb tu jd macam ni...

UpLink said...

alamak Anonymous.. berani tulis kat sini mesti berani letak nick @ nama lagi bagus no tel. sekarang ni cuba buka minda dah terbukti mamat ni hanya gila kuasa PM tu pun nak pertikai lagi fikir balik la. kaji balik kenapa PKR wujud...

raden wijaya said...

sebelum ini memang ada kedengaran rumor yang Anwar sebenarnya yang bakal melompat ke BN.tak tahu lah jika ianya benar atau setakat khabar angin.

tapi tidak mustahil Anwar melompat ke BN sekiranya dia diberikan jawatan yang "besar" didalam kerajaan.

Sameon said...

Anonymous no 2...
Jangan salahkan blog ni kerana berat sebelah.. Banyak lagi blog-blog yang lebih berat sebelah menyebelah kepada PKR.. Apa bezanya?...

Kemungkinan Anwar Ibrahim untuk menyeberang ke BN, itu terletak pada situasi kerana Anwar ni jika Pak Lah tawar kedudukan yang baik dalam parti, mesti beliau akan masuk BN. Lepas tu, selamat tinggal kepada perjuangan PKR...

only said...

dalam politik tiada apa yang mustahil.pembangkang dulu menentang Anwar dan mengejek Anwar ketika mula-mula Anwar didakwa dengan tuduhan liwat.sekarang ini mereka "protect" Anwar pula.

tidak mustahil Anwar untuk beralih arah ke BN semula.Anwar pernah hampur-hampir menjadi Perdana Menteri.jika kerajaan sekarang menawarkan untuk Anwar menjadi timbalan Perdana Menteri sekalipun,adakah kalian rasa Anwar akan menolaknya? :)

Anonymous said...

Al-Juburi ni giler kuasa..he will do whatever it takes...

Sungguh memalukan Msia punya ketua pembangkang yang berdolak dalih cakap seperti tin kosong bila diwawancara diluar negara,dengan memburuk2kan kerajaan seolah2 dia yang terbaik untuk jawatan number satu negara itu...

Bila ditanya ttg ambil alih kuasa seperti yang dicanangkan tertunda2 tak menjadi itu, Anwar menyalahkan kerajaan tapi bila ditanya ttg dulu dia berkata 'that the numbers of MP to cross over keep increasing by hours...'nama, jumlah MP dah ada padanya, seperti biasa Anwar cuba mengelak dari menjawab tetapi sebaliknya menuding jari menyalahkan kerajaan lagi, padahal yang ditanya tentang siapa dan berapa jumlah MP yang telah ada dalam tangannya...soalan maut direct itu ANwar tak boleh jawab!! Sebab semuanya auta kare siMat jenin yang bernama Anwar Al-Juburi!!

Anonymous said...

He just simply love to be in the lime-light and famous, even by being malice to his country is ok, as simple as that..it's absolutely nothing about his passion and concern to the country instead just another power crazy wannabe!!

TAIPINGMALI said...

anwar memang sayang kepada UMNO, dia jadi gila babi sebab nak clear nama dia dan nak balas dendam kepada musuh dia , macam cerita cowboy lah...

Sekarang dia tahu. rakyat tak aka sokong dia jika dia terus membangkang,

Cara terbaik ialah dgn masuk UMNO semula.

Pok Nik Klate said...

Hanya jauhari yang mengenal manikam. Jdi ambo tidak beraso pelik walau sedikit pun hakikat Anwar sedang memasang angan-angan untuk menyertai UMNO. Jiwa dan raga Anwar masih bersama UMNO cuma disebabkab kegeraman terhadap TDM menyebabkan Anwar menghentam dan membuat tuduhan2 tidak berasas kpd UMNO. Saya melihat UMNO tetap relevan dari dulu dan selam-lamanya. Biarlah seribu pendapat lain akan menentang pendapat ambo.

2.Kepunahan dalam UMNO adalah disebabkan segelintir pemimpinnya yang duduk dalm UMNO utk kepentingan peribadi. Mereka yg menyerang UMNO (sebagai sebuah parti yg berjasa) adalah mereka yg sangat buta akan sejarah dan perjuangan UMNO. Saya nampak mereka2 yg menyerang UMNO secara membabi buta adalah golongan muda yg baru sehari dua membaca susur galur permainan politik Malaysia.

3.Ambo nampak UMNO sedang berubah. Akar umbi UMNO telah dan sedang menunjukkan taring kpd pemimpin UMNO baik di bahagian atau peringkat tertinggi.Pemimpin ini juga mula sedar kesilapan mereka. Anwar Musa tidak mahu bertanding lagi apa2 jawatan dalam UMNO kerana beliau tahu dosa terhadap perjuangan UMNO agak banyak. Sebelum akar umbi menolak beliau adalah keputusan yg bijak beliau tidak bertanding apa2 jawatan.

4.Perkembangan mutakhir politik negara banyak membuka mata penyokong2 UMNO, penyokong PAS hatta penyokong melayu PKR. Maka kalau Anwar Ibrahim akan menyertai UMNO adalah satu kemungkinan yg amat besar. Politik hanya wadah perjuangan..tetapi dengan keadaan politik yg akhir ini tidak memihak kpd org melayu..maka sebab itu sudah ramai umat melayu tersedar dari lena melihat kerakusan cina DAP/MCA/Gerakan membuat tuntutan satu persatu dari org melayu. Hakikat ini memang disedari bukan saja oleh melayu UMNO tetapi juga melayu PAS dan PKR...

5. Jadi kalau terjadilah kebenaran Anwar akan menyertai UMNO.. ini merupakan Qada dan Qadar Allah SWT. Kita akan menrimanya dengan hati yg terbuka...

Muhammad Azli Shukri said...

politik mcm2 boleh jadi.

mimpi916 said...

Anwar ramai member dalam UMNO.. Tapi, ramai lagi musuh2 anwar di kalangan AP termasuk AP PAS sendiri.

Ibrahim Ali antara musuh ketat anwar, dan pernah dibincangkan.. rahsia anwar ada dalam tangan Ibrahim Ali..

Maknanya disini, anwar ada musuh di sekelilingnya.

PEJUANG MELAYU said...

dalam politik ,tidak mustahil anwar akan masuk UMNO ..bagi aku tiada apa yang rugi kalau UMNO terima Anwar malah UMNO pasti akan lebih kuat ..

biar hancus semua parti2 DAP dan PKR semua .. mereka inilah cukup bahaya dan banyak sekarang ini menimbulkan isu perkauman dengan pelbagai tuntutan .MCA dan Gerakan pula support dan bersatu sebangsa mereka

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan