KERAJAAN PAKATAN RAKYAT BAKAL RUNTUH

on Friday, October 10

1. PERKEMBANGAN di dalam UMNO telah menjejaskan sokongan MP-MP Pakatan Rakayat dan di 3 buah negeri PR iaitu Selangor, Kedah dan Perak. Beberapa MP PR dijangka akan menyertai DS Najib Tun Tazak terutama MP PKR yang pernah bekerja dengan DS Najib semasa mereka di dalam BN dahulu. Penulis diberitahu Penasihat PKR telah memanggil mesuarat khas untuk menghalang YB-YB PKR meyertai kerajaan di bawah pimpinan DS Najib.

2. Di Selangor, mereka yang bersedia untuk menyertai BN dikatakan terdiri daripada YB Melayu dan YB Bukan Melayu daripada parti PKR. Terdapat kekecewaan di kalangan YB Bukan Melayu terhadap cara kerajaan negeri memusnahkan kuil di Ampang. Jika dahulu, Dr. Khir Toyo dilanyak kerana kerajaan negeri meruntuhkan kuil , kali ini MB Selangor pula tidak dapat menghalang kuil diruntuhkan oleh kerajaan PR.

3. Di Perak dan Kedah, beberapa YB PKR yang sudah bersedia menyeberang kepada Bn pada Ogos lepas kini sudah bersedia untuk menyertai BN. Mereka dikatakan sudah melihat permainan politik Anwar sehinggakan Azmin Alim pun hendak meletak jawatan dalam semua jawatan PKR, termasuk kes YB Zulkifli yang dianiaya double standard. 5 YB PAS/PKR di Kedah, dan 4 YB PKR di Perak dikatakan terlibat dalam isu ini.

4. Untuk menyakinkan penyokongnya, Anwar dikatakan berusaha untuk membawa undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri di parlimen Isnin ini, namun kem PAS dikatakan sekurang-kuragnya 15 MP PAS tidak akan menyokong usul itu ( dikatakan MP yang menyokong Kepimpinan Ulama ). MP PAS yang berpihak kepada Kumpulan Erdogan di bawah Husam akan terus memberi sokongan kepada Anwar.

5. Di Sabah, SAPP dikatakan berhajat untuk memohon menyertai semula BN di bawah DS Najib. Penulis berharap perkara ini tidak berlaku kerana SAPP bukan parti yang besar ( keahlian hanya sekitar 30,000 orang ), lagipun ia hanya bersikap pengacau yang tidak setia. Semua YB SAPP masih memberi sokongan kepada kerajaan BN walaupun SAPP sudah keluar dari BN. Yang hanya menjadi mangsa Anwar dalam permainan ini ialah Yong Teck Lee.

6. Dengan perkembangan ini, penulis yakin setelah semua Pemilihan parti dibuat dalam parti MCA, MIC, UMNO dan komponen yang lain, kerajaan BN akan kembali pulih dan mendapat sokongan rakyat. Rasionalnya, PAS , PKR, DAP memiliki penyokong masing-masing, rakyat yang tidak mempunyai parti yang mengundi atas dasar isu, sudah pasti akan memikirkan semula keadaan semasa politik negara.

7. Bagi kita rakyat biasa, marilah kita memberi sumbangan idea untuk memajukan negara kita, merapatkan semula perpaduan, membuat aduan dengan betul, tidak perlu mengganggu rumah terbuka orang lain, zaman sekarang bukan zaman menjerit-jerit, itu zaman Anwar yang dia belajar dalam kursus IIIT, NED, dll pertubuhan pro-Amerika. Teresa saman Utusan Melayu RM30 Juta, apa kata sesiapa umat Islam dan orang Melayu yang rasa Terhina dengan perbuatan Teresa Kok dalam isu Babi, Tulisan Jawi, Makanan Anjing, Azan dsbnya mengambil tindakan yang sama ke atasnya. Dia nak tunjuk Hero konon dia benar orang lain salah, apa kata orang Islam dan Melayu juga tunjuk Hero! Dia fikir umat Islam dan orang Melayu tidak Terasa dan Tidak Tersinggung dengan kata-katanya yang menghina bangsa Melayu dan umat Islam .

4 Komen:

fikiranlicin said...

betul2.......Sungguh betul apa yang anda tulis, seperti benarnya kata Dolah badwi, minyak tidak naik dan Najib tidak kenal Altantuya... HAhAHAha (syok sendiri memang indah ukan?)

Pok Nik Klate said...

Di Kota Bharu..ceramah sempena aidil fitri..penceramah spt biasalah Husam, Anwar Ibrahim, saifuden dan mesti ada TGNA. Kali ni Anwar berjanji lagi utk kesekian kalinya..sebelum Hari Raya Aidil Adha nak tubuh kerajaan. Tak apalah Anwar muga bukannya kena bayar pun nak buat janji walaupun bak kata ore klate kalu berjanji tapi tak tunai..jenis "belawok kohong". Raja segala pembohongan.
Pok nik sempat juga berjumpa rakan2 sementelah masih beraya di kota bharu (bercuti 2 minggu).. Macamana Anwar nak tubuh kerajaan sedangkan MP PAS lebih separuh tidak bersama Kumpulan Erdogan dalam PAS.. Kumpulan erdogan nilah yg memainkan peranan memecahbelahkan PAS.. jadi kalau Anwar nak menang undi tak percaya mesti dapatkan sekurang2nya 45 MP BN utk cross over!!! Yg hadir ceramah pun tidaklah begitu bersemangat bila Anwar umum tarikh baru peralihan kuasa.. Itu belum lagi komen YB Abe Him Pasir Mas.. pedas berapi..
Jadi DSAI.. demo jadilah pemimpin pembangkang yg terbaik dan Termatang dalam sejarah Malaysia. Cukuplah dgn gimik2...InsyaAllah kalau demo usaha PRU 13 nanti mungkin PR menang..sapa tahu? Demo pun banyak sangat tengkorak dalam almari sama spt Najib jugok.Tapi Pok Nik nak tengok jugok setaro mana pemerintahan Najib selepas Pak Lah Badawi ni? Jangan dok dengar sangat buah fikiran si Rosmah tu..rasanya akan ok kot pemerintahan Najib..InsyaAllah.

Anonymous said...

Orang PKR sendiri TIDAK LAGI PERCAYA JANJI ANWAR. Kini Anwar menghadapi krisis keyakinan peribadi. Ramai ahli SAPP Sabah sudah berpaling menentang Yong Teck Lee yang mengadakan perhubungan rahsia dengan Anwar. Mereka rasa tertipu oleh Anwar. Janji demi janji Anwar palsu belaka. Raymond Tan, Tham Nyip Shin, Au Kam Wah dan beberpa pemimpin kanan SAPP menentang Yog Teck Lee. Akhirnya Yong Teck Lee akan terpaksa menyembah DAP dan akan mengkritik dan melawan Anwar. Yang masih menyokog Anwar ialah PKR seperti Tian Chua. Tian Chua adalah BARUAH DAP. So sedarlah. Guna kebijaksanaan.

Anonymous said...

Orang PKR sendiri TIDAK LAGI PERCAYA JANJI ANWAR. Kini Anwar menghadapi krisis keyakinan peribadi. Ramai ahli SAPP Sabah sudah berpaling menentang Yong Teck Lee yang mengadakan perhubungan rahsia dengan Anwar. Mereka rasa tertipu oleh Anwar. Janji demi janji Anwar palsu belaka. Raymond Tan, Tham Nyip Shin, Au Kam Wah dan beberapa pemimpin kanan SAPP menentang Yog Teck Lee. Akhirnya Yong Teck Lee akan terpaksa menyembah DAP dan akan mengkritik dan melawan Anwar. Yang masih menyokog Anwar ialah PKR seperti Tian Chua. Tian Chua adalah BARUAH DAP. So sedarlah. Guna kebijaksanaan.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan