2. Di KL semalam, DS Anwar Ibrahim sudah tidak mahu lagi bercakap mengenai rampasan kuasa. Beliau sudah menyatakan ia terpulang kepada kehendak rakyat. Seperti yang penulis katakan dalam artikel yang lepas, apabila Sidang Parlimen bermula, Anwar akan berubah nada dan tekanan suaranya akan menjadi perlahan. Anwar tidak akan berani berperang dalam Parlimen kerana beliau tahu jika dia memulakan , ia akan kena kepadanya semula. Sebab itulah, Anwar kini mengambil sikap berdiam diri.
3. Penulis meramalkan , Mukhriz akan menjadi PM yang ke-8 selepas era Tan Sri Muhyidin Yassin. Slogan Berani Berubah yang dilancarkannya telah menunjukkan hasil apabila para perwakilan bahagian memilih Mukhriz (40) meninggalkan Khairy dan Dr. Khir. Beza antara Dr Mahathir dengan Mukhriz ialah Tunku memecat Dr. Mahathir, sebaliknya Mukhriz yang menulis surat mendesak Pak Lah meletak jawatan tidak dipecat. Parti Gerakan meletakkan Pak Lah sebagai Bapa Demokrasi Malaysia.
4. Pembangkang pula kini, telah tidak lagi mengkritik Pak Lah, sebaliknya mereka sudah memulakan serangan peribadi ke atas Najib. Penulis juga meramalkan, apabila Najib menjadi PM pada Mac 2009, PKR akan menyertai BN.Bagi mereka yang dekat dengan politik Anwar dan Najib, perkara ini tidak mustahil, hanya sanya tidak dapat dijayakan semasa era Pak Lah. Penulis sudah memberi signal kepada PAS, bahawa Anwar tidak akan bertahan lama dalam PR.
5. Formula Najib sangat mudah, sama seperti formula ayahnya Tun Razak yang berjaya menyatukan PAS dalam BN. Tun Razak juga yang berjaya menarik masuk Dr. Mahathir (1974 )sehinggakan Dr. Mahathir menjadi Menteri Pelajaran, Menteri Perdagangan, TPM dan PM.
6. Mukhriz akan menjadi sama hebat atau lebih kuat daripada Dato Harun Idris. Ini kerana Mukhriz sudah menyatakan dia tidak mahu menjadi Menteri semasa menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO. Ini sudah dikira baik kepada UMNO dan kerajaan kerana sebagai Ketua Pemuda yang tiada jawatan Menteri, Mukhriz boleh mengkritik kelemahan-kelemahan dalam Kerajaan dengan bebas dan tidak terikat. Mukhriz juga akan mudah mempertahankan Ketuanan Melayu dan agama Islam kelak. Dahulu Lee Kuan Yew menuduh Dr. Mahathir sebagai Ultra-Malay, namun selepas Dr Mahathir menjadi PM, Dr. Mahathir banyak menolong orang Cina, akhirnya Lee Kuan Yew dalam Bibliografinya berkata....saya telah salah sangka kepada Dr. Mahathir...
7. Daripada perbicaraan penulis dengan YB Dato Mukhriz , penulis percaya 10-20 tahun akan datang Mukhriz boleh duduk di kerusi PM. Najib menjadi Ketua Pemuda (awal 1990-an ) , hampir 20 tahun baru Najib diberi kepercayaan untuk menduduki kerusi PM.
Penulis juga berhubung dengan YB Khairy Jamaludin, dan penulis akan komen pada artikel yang lain.
( artikel ini ditulis memenuhi permintaan pembaca JasaRK yang mahu penulis berhenti menulis mengenai Anwar, sebaliknya berbicara pasa pemuda UMNO. Hanya kepaa Allah SWT penulis mohon hidayah )
14 Komen:
Apa kata tuan jentayu bertanding dalam apa2 jawatan dalam pemuda UMNO.
Tuan amat layak berdasarkan segala pandangan tuan dlm blog ini.
tuan juga banyak mengetahui asal-usul, sejarah , latar belakang UMNO dan Malaysia.
apapun teruskan menulis info yang bernas
Mukhris dan khairy sama-sama kuat. Bezanya dulu khairy dikatakan menumpang pak lah, sekarang mukhris dikatakan dibayangi bapanya. Mana betul mana salah tak tahulah. Yang pasti dua-dua hebat.
Kedua-dua pemimpin punyai kelebihan masing-masing begitu juga sebaliknya....
Yang penting sekarang ini kesungguhan mereka untuk membela nasib anak bangsa dan berjuang untuk memartabatkan semula Melayu di negara ini...
Tak kira sape bakal menjadi pemimpin, kini rakyat haya tunggu dan lihat bila kuasa dah beralih adakah keadaan negara akan turut berubah ke arah positif.....
Askum, lama x menjengah blog ini. Wah, memang semua pandagan yang bernas di utarakan oleh penulis.
Saya setuju jika saudara turut sama dlm barisan pemuda.
Anda bekarisma.
khas utk al azhari...
saya nak hubungi ..boleh bagi alamat
email tak....
kawan lama...spm 1988 smk tawau..
mat nor...
penulis hanya boleh mengagak yang Mukhriz menjadi PM ke-8.tiada kepastian dalam itu.
sebenarnya boleh dikatakan Muhriz bukanlah calon yang sangat kuat sebenarnya.kalau kita ingat orang Langkawi pernah menolak Mukhriz dari bertanding disana.akar umbi cuma tahu mahu Khairy dan mereka tiada pilihan lain yang lebih layak selain Mukhriz.
lagipun Mukhriz adalah anak kepada bekas perdana menteri dan Mahathir masih lagi mempunyai sokongan.jadi tidak hairan Mukhriz boleh dicalonkan.
Mukhriz bakal PM ke 8?
tidak pasti tentang itu.masih jauh lagi untuk kita pastikan akan perkara itu.
yang nampak pasti ialah Najib bakal menjadi Perdana Menteri ke 6.itupun jika tiada apa-apa yang menghalang dia dari menduduki kerusi tersebut.
tentang Anwar pula,mungkin impian dia untuk menjadi PM dan membentuk kerajaan baru akan terkubur begitu sahaja kerana acapkali dia mengumumkan ada "cukup kerusi" tapi tiada apa bukti untuk menyokong dakwaan itu.
Inilah angin perobahan dalam UMNO dimulai dgn Pemuda UMNO. Kalau sebelum ini Pok Nik agak bimbang kiranya YB Mukhriz tidak memperolehi pencalonan yg cukup utk bertanding..rupanya silap besar. Rakyat diakar umbi telah memulakan tsunami perubahan dalam UMNO..Syabas. Bagi jawatan Naib pulak Pok Nik berharap agar YB Razali akan memenangi berbanding Naina Merican...Bakat kepimpinan YB Razali sangat terserlah.. Ini merupakan gandingan baik antara YB Mukhriz dan YB Razali..
PERUBAHAN MENJAMIN KESTABILAN UMNO.
Memanglah. penulis hanya berkata "BAKAL". wlaupun begitu, saya rasa mukhriz memng layak untuk menjadi PM, tapi bila masa nya, hanya tuhan sahaja tahu.
tgk anwar, semua org kata layak menjadi pm, walhal sehingga sekarang x dpt duduk di kerusi itu.
olhe itu, kita berserah sahaja kepada Tuhan. kuta merancang Tuhan menentukan.
Ada rezeki tak ke mana jawatan tu...
Tak ada rezeki pun nak buat macam mana.
Siapa dapat kuatkan agama kita sokong.
Agama kuat tentu bangsa akan kuat.
Tapi bangsa tanpa agama ( baca : syariat) akan dihina Allah di dunia hingga akhirat.
Pemimpin contoh dunia dan akhirat.
Pilihlah dengan bijak !
Tuan, Salam perkenalan. Izinkan saya untuk bersama-sama dengan tuan di dalam perjuangan ini. Saya baru terbaca blog tuan melalui anwaribrahimdotcom. Wassalam.
teruskan menulis mengenai anwar... rakyat tidak akan tahu siapa anwar jika saudara tidak menjelaskan sedikit demi sedikit siapa dia
TIORI RAHMAN DAH NAK LENGKAP BILA NAJIB JADI PM NANTI.
MUHYIDDIN MULAKAN TIORI MUHAMMAD.
MIM - MUHYIDDIN
HA - HISHAMUDDIN
MIM - MUKHRIZ
DAL - TUNGGU DAN LIHAT
ANWAR SUKA KACAU DAUN AKAN MENGGIGIT JARI SAMPAI TUA KEREPOT LA. NAMA DIA TAK DAK DALAM SENARAI PM MALAYSIA.
NB68
Sdra Noor Muhammad,
Maaf lewat balas sy menghadapi masalah server. Boleh hubungi saya dialamat jentayu.abaka@gmail.com, saya ingat kirta sekelas di smkt 1988/1989
Post a Comment