PERGOLAKAN DALAM PKR

on Thursday, October 16

1.Perkembangan terkini dalam undian bebas menunjukkan 83% rakyat Malaysia tidak lagi yakin dengan DS Anwar, PM Malaysia ke-6. Hanya 17% penyokongnya yang masih setia dengan permainan poltik Anwar.

Selection Votes
Tidak, angan-angan mat Jenin 61% ( 163 Undi )
Ya,harapan baru Malaysia 17% ( 46 Undi )
Ragu-ragu, banyak skandal peribadi 22% ( 60 Undi )
Jumalah Pengundi = 269

2. Dalam Blog AzminAli pada 29 September 2008, jam 1:20 pagi=

Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya, Mohamed Azmin Bin Ali, melepaskan semua jawatan saya di dalam Parti KeAdilan Rakyat. Saya masih memegang jawatan ADUN Bukit Antarabagsa dan Ahli Parlimen Gombak. Saya sudah bosan.

Posting ini telah diubah pada pukul 2.05 seperti berikut=
Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya, Mohamed Azmin Bin Ali, melepaskan semua jawatan saya di dalam Parti KeAdilan Rakyat berkuat kuasa hari ini, Isnin 29hb Sep 2008. Saya masih memegang jawatan ADUN Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak. PC akan menyusul.

Perkataan saya sudah bosan diganti dengan perkataan PC akan menyusul.

Jam 3.31 pagi - ( posting baru/penafian )=
Saya ingin memaklumkan disini bahawa berita tentang perletakkan jawatan saya sebagai Naib Presiden PKR yang telah digembar-gemburkan adalah palsu dan merupakan satu cubaan untuk mengsabotaj diri saya dan Parti Keadilan Rakyat. Saya masih lagi sebagai Naib Presiden PKR dan ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa. Harap Maklum.
Azmin Ali.


3. Di Sabah, berlaku pergaduhan di antara kepimpinan PKR negeri apabila masing-masing mahu menjadi Calon PKR di kerusi Parlimen Pensiangan sekiranya Mahkamah menolak rayuan Tan Sri Joseph Kurup. Penulis dimaklumkan Calon PKR yang dibatalkan pencalonannya akan memikirkan kedudukannya dalam PKR jika tempatnya diambil alih oleh Datuk Jefferey Kitingan.

Di Sabah, umum mengetahui Datuk Jeffery Kitingan ( Naib Pengerusi PKR Negeri ) dengan Datuk Ansari Abdullah ( Pengerusi PKR Negeri )tidak sebulu. Begitu juga isu kenapa Anwar tidak melantik Dr. BadrulAmin sebagai Pengerusi PKR Negeri Sabah menunjukkan Anwar tidak berminat untuk mengembangkan syiar Islam di Sabah. Begitu juga persoalan timbul di Kota Kinabalu, mengapa Ketua Wanita PKR, Christine menjadi senyap sunyi selepas PRU12. Mengapa dia tidak meneruskan petisyennya di Sandakan menimbulkan persoalan. Di antara 4 nama ini, dua di antaranya menunggu masa untuk menyeberang kepada BN, mereka dikatakan menunggu buan Mac, 2009.

4. YB PKR Kulim/Bandar Baharu dikatakan sudah mendapat ilham untuk bercakap, dengan berlakunya pembatalan petisyen BN ke atas beliau, sejarah baru akan bermula tidak lama lagi, di mana YB PKR Kulim dikatakan akan memaklumkan kepada Parlimen untuk menempatkannya di belakang sebaris dengan kumpulan Datuk Ibrahim Ali, Datuk Chua Soon Bui, Eric Mojimbun, dan terbaru YB Zulkifli.

Banyak insiden yang luar biasa telah timbul selepas Anwar dibebaskan terutama sikap Anwar yang tidak membela agama Islam, tidak mengambil YB Zulkifli sebagai peguambelanya, tidak melantik Dr. BadrulAmin sebagai Pengerusi ataupun Timbalan Pengerusi PKR Sabah, membiarkan Lembaga Disiplin PKR membicarakan YB Zulkifli yang membela kesucian agama Islam, Anwar yang membela Hindraf,Anwar yang memihak terlebih-lebih kepada DAP & YahudiAmerika, semuanya telah membuka mata hati YB Zulkifli untuk meninggalkan PKR.

5. Sebagaimana penulis katakan sebelum ini, rakyat Malaysia perlu mencari pemimpin baru kerana Anwar sudah tidak relevan lagi.Perwatakannya di Parlimen bukan lagi sebagai seorang negarawan tetapi lebih kepada ciri-ciri meruntuhkannegara.Anwar membawa Doktrin = Semua orang adalah salah, hanya Anwar sahaja benar. Semua parti adalah salah , hanya PKR sahaja betul, Semua Bajet kerajaan adalah Rugi, hanya Bajet Anwar saja Untung, pemikiran dan Doktrin ini sama dengan Doktrin YahudiAmerika iaitu = Semua negara yang tidak mengikut kata Amerika adalah Penaja Keganasan.

Penulis telah terangkan Ogos lalu dalam artikel = http://jentayuabaka.blogspot.com/2008/08/anwar-sudah-tidak-relevan.html

14 Komen:

Mankanan said...

Ya.. Memang inilah yang berlaku dalam PKR. Sekarang ini, dah jelas nyata rakyat dah mula hilang keyakinan terhadap Anwar Ibrahim yang sering menganjak-anjakkan tarikh-tarikh yang kononnya bersejarah kerana memberi peri perubahan besar dalam negara. Malangnya tiada satu tarikh pun yang kekal untuk diwartakan sebagai tarikh bersejarah dimana kerajaan baru PR ditubuhkan. Rakyat dah mula rimas jika ada tarikh baru diumumkan. Rakyat dah jem dan jelak dengan janji dan permainan Anwar...

pemikir muda said...

Anwar semakin lama semakin hilang sokongan.mana taknya kalau dah asik terlajak saja tarikh.pastu dia selalu kata dah cukup kerusi untuk bentuk kerajaan baru.memang cukup kerusi.tapi kerusi kat ikea dan courts mammoth la.huahua.

azlan said...

supports for Anwar is not as strong as he used to get back then during the early years of "reformasi".the number of supports is getting weaker and weaker for him.only his loyal men and supporters still lookup to him as their leaders.and to the rest,he's just another man who desperately wanting to be the next prime minister.

Anonymous said...

Diharap Yang memberi komen berfikir dari banyak sudut. Kerana Anwar lah kita dapat ruang demokrasi, kerana dia minyak turun, kerana dia kita dapat info rasuah dalam KERAjaan, kerana dia KERAjaan mula dengar suara rakyat, kerana dia polis mula buat kerja yang lebih teratur, kerana dia PAS DAP PRM bergabung, kerana dia keburukan Pati UMNOO banyak terbongkar, Kerana dia ramai golongan muda beri sokongan kepada PKR, kerana dia intergriti Peguam mulai respek, kerana dia Rakyat Sabah mahu perubahan, kerana dia Malaysia dikenali seluruh dunia, kerana dia pelabur ramai datang ke Kelantan, kerana dia rakyat di 5 Negeri PR mendapat kemudahan yang lebih selesa, Kerana dia ramai NGO, ahli politik, pekerja kerajaan berhati-hati terhadap pemberi rasuah, kerana dia Matabat Raja mulai dihormati, kerana dia Ahli Parlimen mulai memenuhi sidang Parlimen, Kerana dia jua RAKYAT Tetap menyokong beliau sebagai seorang yang mempunyai wawasan, amanah dan peribadi yang tinggi untuk memimpin negara. Diharap jangan membuat fitnah terhadap beliau serta Partinya kerana anda adalah punca sebenarnya berlaku pergolakan sama ada PKR,PAS,DAP,UMNO,MCA,MIC,GERAKAN,SAPP dan sebagainya...

HIDUP DEMOKRASI TANPA RASUAH

mak said...

perGILAkan dalam PKR

Jentayu said...

Kepada Anony,
Hakikatnya Anwar tidak seperti yang dinyatakan itu. Anwar tidak menjawab isu2 yang serupa yg diamalkannya semasa dia menjadi TPM/Menteri Kewangan. Di Parlimen , Anwar mengambil sikap Berdiam Diri drpd menjawab penyelewengan2nya yang dilakukannya sendiri. Contohnya apabila dia menuduh isu AP, MP bertanya siapa yang luluskan AP? Dia tak jawab sebab dia yang luluskan pengeluaran AP, dan banyak lagi isu rasuah , dia menuduh kerajaan rasuah tetapi apabila dia diingatkan tentang kisah lamanya, dia juga tidak menjawab,

Malah Anwar cuba menyerapkan keluarganya dalam Konsortium Selangor yg terpaksa dipecat semula akibat bantahan orang ramai,Anwar masih tidak menjawab sejumlah wang yang besar dalam Projek 916,tentang pertemuan orang2nya dengan Soros,wang yang diterima melalui orang2nya, itu dia tidak jelaskan,

Apakah pula perjanjiannya lisannya dengan penyumbang2 utama di Amerika, Dubai, dalam PRU12 dan usaha2nya dalam 916.Anwar tidak mendedahkannya, Kroni2 Anwar yang kaya raya, rakyatnya tidak dipeduli, cuma Anwar bijak berlakon di hadapan penyokongnya,

Di pihak kerajaan, kita lihat sendiri kerajaan berusaha 24Jam untuk memperbaiki apajua komplen rakyat, apajua idea rakyat, semua akan diperbaiki, tapi tak mungkinlah sederap masa, sederap waktu itu juga, tak bolehlah ikut cara PKR...cara PKR tak perlu ikut Peraturan , langgar saja, nak jumpa Sultan pakai T Shirt pun tak apa,

Bagi penulis, jika ada yang baik mereka lakukan , apa salah kita ikut, apapun yang baik, sama ada oleh kerajaan Kedah, Kelantan, Penang jika mereka buat baik untuk rakayat, ya kita perlu ikut.

Jika kerajaan pusat ada buat salah, silakan tegur dan betulkan . Tak perlu bertempik-tempik macam Anwar.

Bila membangkang memang senang, bila dah kahwin baru tahu susah hidupnya beruahtangga, macam itulah di Perak, bila membangkang semua nak bagi free...bila memerintah naikkan pula cukai pintu 500%
. So, rakyat kena bijak dan bersabar dalam membuat penambahbaikan dan perubahan.

Terserah kepada rakyat nak sokong Anwar. Tiada siapa menghalang pun.

Pok Nik Klate said...

Pukulan yg hebat diterima Anwar apabila lebih separuh MP PAS menyatakan dengan terangan bahawa mereka tidak akan menyokong Anwar utk pembentukan kerajaan baru. Jadi salah satu strategi Anwar untuk terus terapung dalam lautan politik tanah air adalah dengan menggambarkan diri beliau adalah "MST" (manusia serba tahu). Kebetulan pulak semasa era Pak Lah agak liberal dengan penulisan dan akhbar menyebabkan kesempatan ini diambil Anwar Ibrahim untuk mengembar gemburkan bahawa dia akan merampas kuasa kerajaan persekutuan. Kalau di Kelantan memang heboh sangat sebelum 16/9.. cerita bahawa Anwar telah berjumpa Agong, Anwar berarak dgn penyokong ke Istana Agong, dan macam2 Anwar lagi.
Namun begitu takdir perjalan ini adalah ketentuan Illahi..rancang ok tapi kalau sampai menegaskan seolah2 kita mendahulukan Takdir Illahi. Rasanya bertitik tolak dari situlah maka selepas 16/9 rakyat sudah nampak dgn jelas "auta" DS Anwar Ibrahim. Tambahan pulak bila Pak Lah umum agar menarik diri dari pemilihan UMNO..ini merupakan igauan ngeri kpd DS Anwar. Kalau sekiranya gandingan yg akan menang pemilihan UMNO ini yg dititik tolak dari pemilihan akar umbi, maka DS Anwar Ibrahim akan tercatat dalam sejarah negara sebagai politikus yg cuba nak menjadi perdana menteri tetapi rupa2nya takdir Illahi megatasi segala perancangan beliau..PRU 13..DS Anwar akan tinggal sejarah sepertimana tahun 1998 dulu..tunggu dan lihat.

tokwan said...

tokwan ada gambar pak lah berserban, mari tengok di blog tok http://tokwan.wordpress.com..

Anonymous said...

pandai betul org bukan islam ni minta mansuhkan ISA begitu juga melayu yg hanyut ikut sama, lepas ISA senangla dorang sebarkan agenda menghina Islam, menghina Raja dan Sultan, Menghina Orang Melayu dengan bebas sebab tiada undang2 boleh menangkap mereka. sebab tu ISA belom mansuh dorang da test2 melalui teresa mangkok hayun n akhbar cina ni pastu kena tahan padan muka!bygkan kalo takda isa nnti dorg akan guna media seluas2nya utk nafikan hak org islam dan mlayu baru nk taubat.da tlambat, dorangni licik...tundukla mlayu n islam spt d singapura.kpd ahli pembangkang teruskan usaha anda mgadai maruah agama dan bangsa kita

Saari said...

kepada anonymous Thursday, October 16, 2008 -

sebab PKR harga minyak turun??
sila betulkan mindsetting anda! harga minyak turun sebab harga minyak di pasaran dunia turun. pandai anwar the autaman manipulasi isu minyak ni. jadi hero tetiba !

UpLink said...

Kepada anonymous yg kata pasal anwar minyak turun tu buka laa minda tu sikit... berfikiran la positif sikit.... jangan terlalu taksub pada dia (anuar) cara penulisan anda tu macam anda mendewakan dia (anuar) luaskan pembacaan anda mengenai anuar ibrahim ni baca latarbelakang sejarah dia (anuar) dan terimalah kenyataan. bagi saya anuar & keluarganya ini lah perosak bangsa, agama & negara

adibeta said...

sdr 'Anonymous'..nampaknya pihak anda beri ulasan untuk artikel dan komen berdasarkan prespesi ataupun andaian semata-mata.Prespesi atau andaian tidak boleh dijadikan bukti untuk diskusi ilmu, kalaulah kita menganggap blok ini majlis ilmu.Ana cuba gabungkan andaian dan fakta utk beberapa pertanyaan di bawah...renung dan fikirlah.....

1.Kenapakah DSAI begitu tergesa-gesa untuk menjadi PM.Kenapakah tak sempat tunggu sehingga PRU ke 13?

2.Mengapakah Amerika begitu mengambil berat perkembangan politik di Malaysia.Kenapakah perhatian sebegini tidak ditujukan kepada negara-negara lain spt Thailand,Indonesia,Filipina ?

3.Dalam sejarah politik Amerika,orang yang disokong adalah insan yang sebulu dengannya.Maksudnya orang itu adalah jenis manusia yg akan melaksanakan segala dasar mereka.Contohnya apa yg berlaku di Afganistan,Pakistan,Iraq,Kuwit dll.Adakah spesies manusia ini sudah ada di Malaysia?

4.Mereka yang pior ISLAM dan bersifat liat untuk menerima segala dasar mereka akan cuba dijatuhkan dengan pelbagai cara.Contohnya Saddam Hussin di Iraq, Muammar Ghadafi di Libya,Osama Laden, Presiden Iran dll Mengapakah Amerika begitu mengambil berat persoalan seorang manusia di negara kita.

5.Sepanjang sejarah peradaban manusia, tidak ada sebuah negarapun yang terus aman, rakyat sentosa jika pemerintahan di ambil secara tengah jalan,mengenepikan pilihan rakyat, membentuk kerajaan yang 'miskin'sokongan.Lihat apa yang berlaku di pakistan, Thailand,Iraq dll.Apakah usaha kita ke arah kemusnahan negara ?Jika ada negara yang terus aman , semakin ke hadapan diambil secara 'rampasan kuasa' SILA SENARAIKAN !!!!!!

6.Dari zaman kemerdekaan sehinggalah sebelum PRU ke 12, DAP tidak pernah menyokong seorang pemimpin melayu yang memperjuangkan ISLAM dan MELAYU.Sekarang DAP bukan setakat menyokong namun menganggap DSAI pemimpin kudus dan utama.MENGAPA ??

7.BN dianggap melakukan kesalahan besar,tidak bermoral dan beretika,rasuah dan kroupsi bila mengambil alih pemerintahan di Sabah drp PBS dan cuba di Kelantan.Namun sekarang PAS menyokong dan mencipta pelbagai alasan untuk menghalalkannya.APA beza dulu dan sekarang ? Adakah Matlamat Menghalalkan Cara ?

Jika BN dikatakan 'teruk,dasyhat'
dan 'berdosa'melakukannya, Adakah PAS akan 'ok, baik, sempurna' dan 'tidak berdosa ?'

Jika BN melakukan satu kesalahan..maka PAS melakukan dua kesalahan iaitu tahu tapi buat juga.

Jika ada ADR BN melompat ke Pakatan Rakyat, adakah menggambarkan kehendak rakyat di kawasan mereka.Jika ADR dan ADUN yang melompat ke BN pernah dihukum makan gaji HARAM kerana mengkhianti pilihan pengundi, Adakah hukum akan bertukar kepada HALAL?

Hakikatnya BN masih mendapat sokongan majoriti rakyat. Fahamilah dan hormatilah..

parakkang said...

PKR tak kan sunyi dari pergolakan. DAP tk nak negara islam, pas nak negara islam.macam minyak dan air. sampai bila2 pun tak kan dapat sebati.anuar ni umpama arak. sebab dia keadaan negara kita tidak aman. masa dia dalam tahanan ISA..boleh pula negara kita aman.itulah....kenapa juga dia dilepaskan.tak salah korban seorang untuk kesejahteraan semua rakyat di malaysia macam dalam cerita cerpen baru2 ni. itu pendapat saya jak lah....

PakTua said...

salam to all...
kpd penyokong2 DSAI khasnya org islam jgn terlalu sempitkan minda anda dr terus dipukau.. oleh DSAI..
SEDAR dan terus memperjuangkan apa hak2 org melayu/islam....

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan