TETAPI ANWAR MASIH KATA MALAYSIA TEROK

on Thursday, October 23

1. Bencana krisis kewangan di USA telah merebak ke negara lain sedikit demi sedikit, jika ia tidak berjaya dipulih, sedikit lagi setiap kita akan merasai pedihnya. Semalam di China, seramai hampir 50,000 orang diberhentikan kerja, di Amerika seramai 12,000 pekerja General Motors diberhenikan kerja, di Malaysia tidak berlaku, malah peluang pekerjaan masih banyak.


2. BAIL OUT : DI AMERIKA & UK
Bailout USD 700 billion yang diperuntukkan oleh kerajaan US untuk menyelamatkan beberapa buah bank dan institusi kewangan di USA.

Krisis kelihatan semakin merebak di US dan kini mula merebak ke United Kingdom dan beberapa buah negara lain, termasuk China.

Manakala situasi di USA semakin menjunam apabila sebuah bank konvesnional riba bernama Washington Mutual yang asetnya bernilai USD307 bilion terpaksa ‘gulung tikar', ia dijual kepada syarikat gergasi JP Morgan dengan harga USD 1.9 bilion sahaja. Pada 9 Oktober 08) diwartakan Saham di Amerika jatuh lagi ke tahap yang benar-benar teruk.

Di UK pula, HBOS iaitu salah sebuah institusi kewangan riba yang terbesar turut jatuh terlungkup. Mereka dibeli oleh Lloyds TSB.
Jatuh itu maksudnya, sama ada dibeli oleh bank lain ataupun dibeli oleh kerajaan melalui proses bailout. Itulah yang dinamakan ‘nationalization'.

Perdana Meneri Gordon Brown mengumumkan peruntukan £50bn (USD 88bn) untuk memilik negara sebahagian daripada kepentingan ekuiti dalam lapan bank utama negara itu, yang antaranya ialah HBOS, Lloyds TSB, Standard Chartered, Abbey dan Nationwide Building Society.

Kerajaan UK juga, melalui Bank Of England dalam skim yang dinamakan "special liquidity scheme", menawarkan pinjaman jangka pendek sebanyak £200bn (USD 350bn) khas untuk memberi pinjaman kepada mana-mana bank yang memerlukan kecairan (tunai) segera untuk menyelesaikan masalah Mortgage Backed Securities (MBS) yang bermasalah terutamanya seperti Royal Bank of Scotland.

Kerajaan UK juga menyediakan jaminan untuk setiap pinjaman jangka pendek dan sederhana untuk tempoh 3 tahun. Jaminan ini dianggarkan akan menelan kos sebanyak £250 billion.

Semua tiga cara kerajaan UK ini menjadikan jumlah bailout dari UK bernilai £ 500 billion.!

Institusi kewangan lain di UK yang bakal dijadikan milik kerajaan adalah Bradford & Bingley (B&B). Kerajaan akan mengambil kawalan ke atas beban pinjaman institusi berkenaan yang bernilai sebanyak £50 billion, manakala bahagian simpanan dan cawangannya yang bernilai £20 billion pula akan dibeli oleh sebuah syarikat Sepanyol

Di Malaysia, Menteri Kewangan yang juga TPM , DS Najib menyatakan walaupun pekerja asing mengirim wang setakat ini RM9 Billion tetapi , kedudukan kewangan negara masih kukuh dan rakyat tidak perlu bimbang. Malah CIMB dan Maybank bersedia untuk membeli pula Bank luar negara di Indonesia dan Vietnam.

Esok ( Jumaat ) Datuk Shahrir Samad akan mengumumkan penurunan Harga barang.

Tetapi Anwar masih kata Ekonomi Malaysia tidak diurus dengan baik! MP BN kena tanya DS Anwar kenapa KM Penang, Lim Guan Eng mendesak Kerajaan Pusat meneruskan projek2 yang dahulunya DAP kata membazirlah, buang duit rakyatlah...kini bila dah memerintah menagih pula Pak Lah supaya meneruskan projek2 itu..mereka ini ada muka kah?

Kedua, penulis baru balik dari Penang, nampaknya kerajaan negeri memang tidak mampu untuk memberikan kontraktor projek membersihkan parit pun...sehingga berlaku banjir kilat, maka terpaksalah para kontraktor menghantar resume syari8kat mereka kepada Kerajaan Pusat di Putrajaya.

Tetapi Anwar masih kata RMK9 tu Bahan Sejarah? atau Anwar itu Bahan Sejarah?

10 Komen:

Anonymous said...

hantaq anwar pi belajaq prinsip account dulu baru bleh sembang ekonomi. skrg semua boleh tau k'jaan m'sia buat bailout tahun 98 dulu adalah yg paling tepat.

Dr.M memang hebat. credit to him.

Anonymous said...

Salaam,

Kaedah ikat RM dan USD yg Tun M buat dulu tak pernah wujud dlm mana2 buku ekonomi atas muka bumi ni. Tapi berjaya dan terbukti berkesan. Ini adalah petunjuk Allah pada Tun M.

Saya tengok S'prore yg sekrg ni secara rasmi ekonominya dalam recession pun tiru dah konsep tu. Dia panggil monetary policy of 0% appreciation.

Anonymous said...

700 billion bukan sekadar bailout tapi bapak segala bailout!!!

Anak said...

Astaghfirullah!

Cuba anda klik link di bawah ini, dan tontonilah klip nya hingga akhir.

http://www.youtube.com/watch?v=TjivuCSVFuk&feature=related

Apa nak jadi... tersentak saya dibuatnya melihat seorang yang didakwa sebagai ulama islam memperlakukan perkara tersebut. Na'uzubillahi min zaleek!

Apakah ini adalah seorang yang mendakwa dirinya menyokong Anwar Ibrahim, dan apakah dia adalah seorang yang tersohor di mata Anwar Ibrahim?

Omong said...

mungkin dia bekerja sebagai "spokesman" yang bermajikan warganegara asing

jadi terpaksalah bercakap macam2 yang menyenangkan majikannya supaya dapat bonus yg lumayan

dulu menteri kewangan pun silap langkah, ini nak kutuk pula

awas, ada usaha untuk "membuktikan" yg rakyat" berpendapat bahawa Najib kurang layak jika dibandingkan dengannya untuk menjadi PM.

caranya ialah melalui survey atau poll dan kemudian membuat satu kesimpulan bahawa ini pendapat RAMAI.

siapa yg disoal tak tulis pun, cuma gambaran yg samar2 - ada melayu, china, india, ada muda, tua, ada pekerja kolar putin, biru dan lain2

sekali lagi AWAS!!

tom (mee) cruise said...

harap-haraplah Malaysia tak perlu lagi mengalami krisis ekonomi yang teruk macam kita pernah kena dulu.ramai yang hilang kerja dan pengangguran tinggi pada waktu itu.

di US sekarang dah ada syarikat-syarikat yang sudah membuang pekerjanya sebab tak mampu lagi untuk menampung dan membayar gaji.Yahoo sendiri dengar khabarnya akan membuang 5000 orang pekerjanya.

Anonymous said...

Yeap...semalam dalam news at local TV melapurkan 150 org(seratus lima puluh orang sahaja) telah jobless..not sure disyarikat atau dimana sebab saya mendengar hanya sepintas lalu tapi di UK.

PEJUANG MELAYU said...

salam sahabatku jentayu

Anwar mmg tidak mahu mengaku ttg krisis 97 dia mahu minta wang Bank Dunia ketika itu dah berani suruh pergi check rekod ..hehe itu la ayat hebatnya di dalam ceramahnya.

ekonomi kita mmg skrg ini slow sikit .walaupun harga minyak turun tetapi kalau diperhatika sektor pembinaan agak perlahan dan banyak projek mega ditangguhkan . Itu yang KM PP merayu Federal teruskan projek di PP kerana ekonomi di PP tidak akan berkembang . Sekarang ini PP kurang projek2 menurap jalan tidak seperti sebelum PRU 12

kita harap fenomena ini tidak akan kekal lama.

Anonymous said...

Salaam

Saya bukan penyokong Anwar and tidak sekali-kali akan.

Tetapi saya kurang bersetuju dengan pendapat penulis mengenai ekonomi negara kita.

Memang benar kita sedang melihat ekonomi negara gergasi tumbang satu persatu, malaysia bukanlah sebuah negara gergasi tetapi kita banyak mengekspot komoditi serta barangan lain kepada negara-negara gergasi ini.

Maka dengan itu, saya berpendapat kita akan merasakan tekanan ekonomi sebenar dalam bulan-bulan yang akan datang apabila pengimpot-pengimpot dari negara gergasi ini mula mengurangkan atau memberhentikan order disebabkan oleh kemelesetan ekonomi mereka.

Adalah tidak wajar bagi pihak kerajaan memberikan gambaran seolah-olah kita akan terselamat dari krisis ini. Sedikit sebanyak kejujuran kepada rakyat itu penting agar rakyat dapat mangambil langkah-langkah sewajarnya sebelum terhentak di kepala tanpa disedari.

Sekian terima kasih
Hamba Allah yang prihatin.

Pok Nik Klate said...

Masalahnya cina2 Malaysia telah menggunakan anwar ibrahim sebagai kuda tungangan dan perisai kekuatan mereka. Jadi melayu2 malaysia ni masih lagi mengagung2kan Anwar Ibrahim walhal hakikatnya Anwar Ibrahim ni..dasar ekonominya adalah hasil nasihat negara2 barat(yahudi). Jadi bila US dan UK teruk dilanda krisis kewangan..aapakah mereka akan berlapang dada melihat ekonomi malaysia tidak begitu terjejas?? Mana ada yahudi(kecuali yahudi mabuk) yg suka melihat keadaan ekonomi malaysia yg diuruskan agak baik dibiarlan begitu sahaja? Jadi siapa yg paling layak memperkatakan tentang pengurusan ekonomi Malaysia dari kacamata Yahudi? Bukankan ANWAR IBRAHIM merupakan yg paling layak memperkatakan dan memburukkan ekonomi negara memandangkan beliau adalah bekas pemimpin dan sekarang adalah ketua pembangkang? Inilah jalan cerita Yahudi menjadikan Anwar supaya terus-terusan memburukkan ekonomi malaysia.. inilah idea Yahudi dan diterjemahkan oleh Anwar.. ANWAR IBRAHIM ADALAH MUSUH MALAYSIA NO 1.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan