YB JEFF OOI TERKEJUT DI ABU DHABI

on Thursday, October 9

YB JEFF OOI TERKEJUT BABI DIHIDANG DI ABU DHABI

1. YB Jeff Ooi yang berada di Abu Dhabi membayangkan seolah-olah Malaysia perlu mencontohi Negara itu dalam pelbagai aspek selari dengan Misi Liberalisme Islam. Dia terkejut besar apabila mendapati Sebuah hotel di sana menghidangkan masakan Babi di meja Buffet.

2. Dia berkata “… lantaran saya dikejutkan daripada lamunan justeru pengaruh Islam politik di Negara sendiri…”

3. Apakah pemimpin PR itu begitu cetek pemikiran hingga negara Arab seperti Abu Dhabi disangkakannya ” strandard” untuk dicontohi negara-negara Islam?

4. Mungkin YB Jeff Ooi akan lebih terkejut kalau pergi Mesir kerana akan bertemu dengan Orang Arab berjanggut beragama Kristian minum Arak.

5. Mungkin YB Jeff Ooi lebih-lebih terkejut apabila membaca artikel bekas Paderi Sabah yang berkursus di Vatican , apabila tamat kursus jadi Paderi mereka mengangkat sumpah menggunakan kitab suci Al-Quran. Baca pengakuan bekas Ketua Paderi Sabah :

”... Sebenarnya semua ulamak Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam. Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan kebenaran dan Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut mengatakan kepada saya, Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari." Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya membuka almari tersebut sedangkan kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya. Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan kitab yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Saya mengambil kitab itu dan menyembunyikannya.
Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar.

Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan lihat isi kandungannya. Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya apakah saya ada mengambilnya. Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitab tersebut.

Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang.

Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas itu. Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja St Mary, Sabah....”
(temuramah ekslusif oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei bersama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah (Reverend Thomas Laiden), bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah.)


6. Oleh itu, kita menyeru kepada YB Jeff Ooi dan teman-teman yang sewaktu dengannya, jika kurang tahu ajaran agama Islam yang sebenar janganlah cuba memberi tafsiran sesuka hati. Janganlah memberi andaian yang Negatif terhadap agama Islam di Malaysia. Janganlah memberi tafsiran yang buruk terhadap umat Islam di Malaysia. Janganlah melihat seeokar Babi dihidangkan di Abu Dhabi , maka negara Islam Malaysia dimomokkan.

7. Kenapa mereka suka pergi ke Abu Dhabi dan Dubai ? Anwar, Husam, Khalid Ibrahim, Guan Eng semuanya ke Dubai? Amerika bercakap pasal Islam Liberal, Anwar juga bercakap pasal Islam Liberal, Wolfowitz bercakap pasal Islam Ala-Amerika, sekarang Jeff Ooi pula bercakap pasal Liberalisme Islam? Inilah sebenarya wajah sebenar mereka yang nak merampas kuasa di Malaysia.

6 Komen:

Mankanan said...

YB Jeff Ooi ni spesis yang suka buat tuduhan dengan mengunakan akal yang pendek lagi cetek. Beliau dengan tak berfikir panjang, terus buat kenyataan macam tu...

UMNO Rambai Sari said...

Jeff oi kena brainwash oleh politik Islam malaysia? Tuduh PAS ke?

rujuk post Jeff Ooi rude culture shock in Abu Dhabi

aku pun ada posting nak beri amaran pada jeff ooi, jangan seronok sangat minum arak dan makan khinzir. sampai terlepas cakap.

http://umnokelate.blogspot.com/2008/10/jeff-ooi-jatuhkan-maruah-islam-dan.html

HidupBerkurung said...

biarkan PR mati dengan angan-angan jeninnya

adam said...

BTW, who is Jeff Ooi anyway?Ooopps sorry since I'm not interested to google him and his BG..but then his posting showed how shallow minded is him since, not all Arabs=Muslim and vice versa...

Egyptian,Lebanese,ALgerian,Turkish and many more pple of Arabian are not all Muslim...

*I wonder if the duty and responsible of opposition in Msian political scenario is supposed to criticise,condemn,comdemn and condemn.............No End*

Anonymous said...

Itulah dia Ustaz Jefri Ooi yang nak mengajar Islam liberal kepada PKR dan PAS. Dia juga nak menolong geng2 Erdogan supaya mendapat momentum yg diperlukan dalam PAS.

Anonymous said...

jef Ooi thinking??

Abu dhabi = Abu bhabi

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan