YB ZULKIFLI LEBIH BAIK DARIPADA ANWAR

on Friday, October 24

1. DS Anwar Ibrahim patut berasa malu dengan kehebatan YB Zulkifli yang mempertahankan kesucian agama Islam daripada terus diperkecilkan oleh puak-puak DAP dan MP NonMuslim PKR dalam Parlimen. YB Zulkifli yang tidak dilantik pun oleh Anwar dalam Kes liwatnya baru-baru ini melantik Majoriti Peguam NonMuslim. Kenapa? Adakah Anwar tidak mempercayai Peguam Muslim hatta YB Zulkifli?

2. Anwar langsung tidak mempertahankan Islam apabila YB Teresa Kok mengeluarkan macam-macam ayat dan perkataan yang menyindir, menyakiti malah membuat umat Islam terasa terhina dengan perbuatannya. Isu azan, tulisan Jawi,Forum Memeluk Islam,makanan macam anjing, semuanya melibatkan emosi dan harga diri umat Islam.Anwar tidak pun mempertahankan kesucian agama Islam sebagaimana yang dilakukan oleh YB Zulkifli.

3. Jelas, pendirian Anwar ialah biarlah umat Islam dan orang Melayu marah kerana Anwar tahu Peratus orang Melayu marah kepadanya sudah mencecah 70%-80%. Untuk itu, Anwar mengambil jalan mengambil hati Bukan Islam dalam DAP dan PKR. Dengan tamatnya Drama 916, Anwar tahu sokongan orang Melayu semakin menjunam, itulah Klimaks segala pembohongan Anwar dalam abad ini.

4. Namun begitu, jika YB Zulkifli ikhlas dalam ucapannya, alhamdulillah. Nak harap Ketua Pemuda PAS yang suka Glamour tu bercakap pasal mempertahankan Islam dalam Parlimen, mohon maaflah. Penulis saksikan sejak 10 tahun lalu dalam Parlimen, Ketua Pemuda PAS sekarang lebih suka bercakap pasal harga barang naik, harga minyak naik,Bersih, Demonstrasi itu., Demonstrasi sana, kalau pasal Islam kena hina oleh DAP dia diam membatu kelu berkata-kata. Inilah mentaliti YB PAS abad sekarang. Nak jumpa pemimpin PAS bersemangat Ibrahim Libya , tak adalah sekarang. Semua nak kejar jawatan nak jadi TPM dan MB macam ketua kumpulan Erdogan .( PM mereka harapkan Anwar pula, bukan Hj. Hadi Awang ).

5. Lembaga Disiplin PKR sudah lama menghitung Kesalahan dan Keberanian YB Zulkifli dalam Isu Forum Memeluk Islam. Sehingga ke saat ini, dan penulis yakin sehingga bila-bila pun tidak akan ada Keputusan akan dikeluarkan oleh Lembaga Disiplin PKR. Kecualilah mereka berani. YB Zulkifli pun dah cakap kalau DAP memperjuangkan Islam, dia tidak kisah meninggalkan PKR dan masuk DAP.

6. Jika YB Zulkifli tidak dapat menyertai UMNO atas alasan Ideologi perjuangan, penulis percaya YB Zulkifli seharusya menyertai PAS. Dalam PAS, ada pemimpinnya yang Berbaju PAS tapi berhati PKR macam Husam and the geng. Dalam PKR ada juga berbaju PKR tapi berhati Islam ( bukan berhati PAS ) macam YB Zulkifli.

7. Kesimpulannya, kalau sebelum ini penulis menulis artikel " Tak Kanlah Anwar Lebih Baik daripada Haji Hadi" , kini bertambah pula " YB Zulkifli Lebih Baik Daripada Anwar". Maka apalah yang boleh lagi diharapkan daripada Anwar ini.

5 Komen:

Anonymous said...

hahaha org 1st komen.. islamik hanya pada nama, perjuangan yg semakin sia2,skrg umat islam perlukan org2 yg bole bela umat islam & nasib org melayu.. xkisah la parti mana pun, moga akidah & maruah org2 islam dapat dibela.. - PAS & UMNO pun tidak, PKR lagi mengarut, YB Zul disokong

Pemerhati Nuar said...

Kalau boleh nak tau pendapat YB Zul kpd Nuar & Gusdor..

Tengok kat AIDC..ada video Gusdor yg (rakan pembela Nuar & selari perjuangan dgn Nuar)di hipnotise oleh Paderi2..


YB Zul ni aku kenal masa kes Murtad 1997/98..dulu..

So apa jawapan YB Zul agaknya?

Anonymous said...

Xkira siapa dan dari party mana, asalkan hormat menghormati antara satu sama lain dan yang membela umat Islam/agama/bangsa spt kata Anon diatas.

Bukan ada soalan kamu penyokong party mana dalam kubur nanti pun...

PEJUANG MELAYU said...

friend,

Anwar sekarang pun sudah senyap je sekarang ,byk blog2 pro anwar senyap skrg untuk ulas isu anwar. Anwar sekarang tiada lagi isu malah kelemahan dalam PR kian terdedah .

Kritikan YB zul menunjukkan masih ada lagi suara pejuang melayu dalam barisan pembangkang. Bangga orang KULIM undi YB ZUL tak seperti MP Prmtg pauh itu .

Suara PAS terutama Ketua Pemuda gila glamour itu tak berani bercakap mengenai isu2 agama islam ini.YB zul juga turut menyelar pihak Hindraf yang menggangu perayaan Aidilfitri dan ini menunjukkan tidak semua YB PR menyokong Hindraf. Dalam suara keadilan bukan main lagi suppport dan banyak gambar2 Hindraf terpapar seperti mereka ini popular sungguh. Bertuahnya Hindraf kini menjadi anak EMAS Anwar The BoSS ..bangsanya sendiri tidak dipertahan pun malah dihentam lagi .

armouris said...

bila yb zul komen pasal cabar islam, saya ok...

tapi bila yb komen pasal azan, saya pelik, takkan yb tak tau cite sebenar kot?

-----------------------
info-jariah.blogspot.com
info-kesihatan-anda.blogspot.com
our-health-info.blogspot.com

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan