AKHBAR CINA-DAP

on Monday, November 24

1. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN telah menyatakan dengan jelas bahasa Melayu adalah bahasa Kebangsaan. Hanya bahasa Melayu sahaja boleh digunakan dalam urusan Rasmi seperti nama papan tanda. Namun , KM Penang sedikitpun tidak tersentuh akan hal ini, maka sebenarnya itulah yang sedang diusahakannya sekarang iaitu menghapuskan satu demi satu identiti Melayu.

2. Targetnya sudah tentu ialah 10 dan 20 tahun akan datang, di mana ketika itu Penang sudah mampu menyisihkan bahasa Melayu, bangsa Melayu, identiti Islam orang-orang Melayu. PAP hanya memerlukan tidak sampai 10 tahun untuk melakukan semua itu di Singapura.

3. DAP hanya memerlukan 300 Hari sahaja untuk mengubah bahasa Melayu menjadi bahasa Murahan di Penang.

4. DAP hanya memerlukan tidak sampai sebulan untuk mengumumkan menghapuskan DEB dan membuka tender terbuka secara samarata.

5. DAP tidak pandang pun adat istiadat orang Melayu ketika masuk ke Dewan Undangan Negeri Johor, Selangor, dan Perak pada hari Raja-Raja Melayu hadir ke dalam Dewan.

6. Nampaknya orang Melayu mula sedar apabila sudah banyak NGO bangkit dari tidur. Walaupun lewat, namun suara mereka akan menyelamatkan Tanah Melayu ini daripada diDAPkan atau diSingapurakan.

7. Kepada Pejuang2 Melayu, PEWARIS, Graduan Melayu Muda, Profesional Melayu, GAPENA, Kongres Masa Depan Melayu, Datuk Ibrahim Ali, Barisan Bertindak Melayu, bangunlah dan sedarkan orang-orang Melayu akan padahnya agenda DAP.

Carilah penterjemah orang Melayu yang fasih berbahasa Mandarin, dan bacalah akhbar-akhbar dan media DAP, nescaya kamu tahu siapa DAP!

5 Komen:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

bersama abe dalam netizen glokal perkasa

Sedingin Salju said...

Jadi, apa tunggu lagi kawan-kawan? Gerakkan team kita. Inilah masanya kita serang depa habis-habisan.

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

Salam

1. Bahasa Melayu bukan diperendahkan martabatnya oleh DAP selepas 300 hari memerintah. Ianya telah berlaku lebih dari 50 tahun.
2. Lihat papan tanda iklan di seluruh negara. Bahasa apa yang digunakan. Bahasa apakah yang mendominasi iklan-iklan di premis perniagaan. Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.
3. Lihat saja sistem pendidikan kita, dimanakah martabat Bahasa Melayu.
4. Mungkin hikmah disebalik pemerintahan DAP, satu jari menunding DAP, empat jari menyedarkan kita. Jika kita benar sayangkan Bahasa Melayu, banyak yang perlu dilakukan. Bukan saja soal papan tanda di sebatang jalan..
Sedih bagaimana air tak mendidih....

Panglima Perang Cyber said...

Akhirnya :

Pas tidak salah langsung.

Pkr tidak berdosa langsung.

Dap langsung dah nampak macam Islam ...

Sayang...

ada juga makhluk suka salahkan orang lain selepas mereka sendiri sudah malu dengan keterlanjuran pemimpin mereka bekerjasama dengan orang yang pernah digelar syaitan.

Sedingin Salju said...

Ya betul tu. Jadi, janganlah kata ikut sedap mulut sahaja.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan