ANWAR HILANG TEMPAT BERGANTUNG

on Saturday, November 8

1. Kemenangan Barrak Obama memberi kesan negatif kepada Anwar kerana kekalahan McCain, Palin, dan sekutu-sekutunya seperti Cohen, Condoliza, P, Wolfowitz dan lain-lain telah memutuskan talian hayat dari Amerika.

2. Anwar masih menuduh Pakej Ransangan Ekonomi yang digerakkan oleh Menteri Kewangan sebagai menyalahi peraturan Parlimen, sebagai menjawabnya, Speaker Parlimen berkata, itulah kalau orang selalu keluar dewan!

3. Nampaknya Anwar dan team penasihat ekonomi masih berfikiran krisis ekonomi sekarang sama seperti krisis ekonomi 97/98. Anwar masih melihat IMF sebagai jalan terbaik kepada negara untuk berhutang dan menyelamatkan ketidaktentuan ekonomi global.

4. Apakah kita mahu menjadi seperti Pakistan hari ini ( yang terpaksa menaruh simpati IMF atau negara jiran seperti Indonesia yang meminjam IMF 97/98, yang masih kesannya sampai kini masih terasa antaranya bagaimana IMF membankrapkan PERTAMINA dan bank-bank Indonesia.

5. Menteri kewangan telah menjelaskan bahawa kedudukan kewangan domestik amat kuat, bank-bank masih kuat walaupun Anwar mempersoalkan pembelian bank Indonesia oleh Maybank, tatkala industri kereta di Amerika memberhentikan pekerjanya, Proton dan Perodua masih terus bergerak ke depan.

6. Kerajaan masih temuduga pengambilan kakitangan tetap/kontrak/sambilan di seluruh negara untuk mengisi pelbagai jawatan kosong, sedangkan di Amerika negeri Calofornia memohon pinjaman menyelamatkan kerajaan persekutuan membayar gaji kakitangan awamnya.

7. Bajet Anwar yang susut dan mengecil berbanding bajet kerajaan + pakej ransangan RM7 Billion, menampakkan kelemahan Anwar mengurus ekonomi negara.

8. Anwar mahu meletakkan kita kaku, terduduk, terdiam, dan terserah kepada serangan ekonomi global, kerajaan pula menyuntik RM7 Billion supaya seluruh rakyat dan perusahaan boleh terus berpusing.

Al-Azharri Siddiq Hj Kamunri

10 Komen:

Anonymous said...

Saudara perlu faham, di Amerika diantara Republican dan Democrat, mereka akan bertelagah sesama mereka sebagai isu dalaman, Tetapi setiap isu yang di luar Amerika mereka pasti akan bersatu berasaskan kefahaman politik mereka yang terbuka dan boleh di buka sekira nya kamu kuat.
Jadi, tak ada beza nya Republican atau Democrat yang berkuasa. Tak usah lah nak bergantung sekira nya kamu mengamalkan ISA.
Budget si Najib tu tak jadi masalah tapi dia tu bodoh sombong dan jangan lah nak salahkan Pakatan yang nak bagi tau kesilapan Najib, itu lah kebenaran nya, sekirnya dia mahu mendengar lebih awal dan jujur maka sudah pasti lah, penolakan budget haram beliau itu dapat diperbetulkan untuk mengelak kekeliruan dan tindakan perundangan di kemudian hari. Bangun lah dari tidor wahai UMNO dan bangsa ku.

belut said...

anonymous, masuklah umno untuk satukan melayu umno, pas dan pkr. kalau ada yang silap kita baiki, ada yang bongkah, angkuh dan sombong, kita selesaikan sesama sendiri. kalau democrat dan republikan amerika bertelagah isu dalaman,tapi bersatu bila isu luar, tak boleh kah kita sesama melayu berbuat demikian tanpa kira parti demi hak dan agama lslam. jgn pandai cakap sahaja.

tiadaparti said...

Anonymous, yang penting disini ialah kita sedang dlm proses menghadapi krisis. Tindakan segera perlu dibuat, apakah salahnya kalau ahli pakatan rakyat duduk dan dengar kemudian boleh minta penjelasan dan dibahaskan. Apa yang ahli parlimen PR dapat dgn keluar meniggalkan dewan? Dapatkah mereka merpertahankan apa yg tidak dipersetujui dlm budget tambahan itu. kalau selalu keluar dewan, jgn jadi ahli parlimen, berhenti. bagi pada yang layak dan lebih perihatin dari ego mempertahankan kepentingan survival politik masing2 tanpa pikirkan keperluan rakyat.

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

Salam.

Berdasarkan pemerhatian saya:

1. Belanjawan tambahan yang di bentangkan oleh TPM tidak diluluskan oleh Parlimen kerana ianya tidak dibahaskan oleh ahli-ahli Parlimen. Yang diluluskan hanyalah belanjawan yang dibentangkan oleh YB PM.

2. Ketegasan YB TPM untuk meneruskan pembentangan tanpa di ganggu oleh YB Parlimen adalah satu petanda yang baik. Diharap ketegasan ini memberi satu signal kepada semua bahawa pimpinan negara tidak boleh lagi dibuli. Cuma perlu mengkaji dan mendalami tidak terperangkap dengan soal teknikal dan undang-undang.

3. Kedudukan kewangan kita memang kuat dan ini bukan bermakna kita boleh membazir dengan membeli bank Indonesia dengan harga yang empat kali ganda lebih tinggi dari harga pasaran. Kebanyakan daripada kita merupakan pemegang saham Maybank walaupun ianya diuruskan secara amanah.

4. Pemimpin negara merupakan pemimpin UMNO. Pemimpin UMNO dikatakan oleh ahli UMNO sendiri sebagai pemberi dan penerima rasuah untuk mendapat tempat sebagai pemimpin. Ini bermakna kita dipimpin oleh pemberi dan penerima rasuah. Maka timbullah perasaan hilang kepercayaan dan syak wasangka mengapa belanjawan yang dibentangkan lebih tinggi daripada nilai yang diterima oleh rakyat.

5. Baca dan nilailah belanjawan pencadang dan pembangkang. Kita tidak akan terkaku atau terduduk dengan cadangan kedua-dua pihak. Cuma bezanya perbelanjaan satu pihak adalah lebih berhemah dari satu pihak yang lain.

6. Tidak nampak ada pengaruh IMF.

Marilah kita sama-sama berfikir.

lintahbertulang said...

Anwar kan sekutu puak-puak yahudi Amerika. Bila Obama menang, takdelah sokongan Amerika pada beliau...Padan muka...
Berkenaan isu keluar dewan... Anwar dan konco-konconya memang perangai macam budak tadika, kuat merajuk... Bila tak kena sikit, keluar dewan... Memang kurang ajar... Rasanya, apalah salahnya kalau Anwar dan konconya tunggu sehingga habis pembentangan Najib tu. Lepas tu bahaslah.. Ni nak menyampuk je.. Kurang ajar lah tu...

Pemuzik said...

Saudara kata Malaysia pada tahun 1998 hampir pergi pinjam duit dengan IMF. Lepas tu kerajaan tuduh yang Anwar lah dalang sebab beriya-iya meminjam kpd IMF. Maka itu sebab DSAI telah dilucutkan. Tetapi sebenarnya Mahathir telah meminjam dari IMF selepas itu. Cuma kerajaan Malaysia sembunyikan perkara ini.

Sedingin Salju said...

IMF hanya mahu menjajah, bukan nak tolong. Lihat Indo. Apa sudah berlaku?

hazril said...

tidak adil bila belut menawarkan masuk umno untuk satukan melayu umno, pas dan pkr.

apakata belut masuk pas,untuk satukan melayu pas, umno dan pkr..

xmungkin bukan??begitu juga dengan yang lain..

jadi saudara belut,benda dah ada di depan mata,cuma kita yang xnampak untuk bersama2 bersatu di bawahnya

Anonymous said...

dlm keadaan mlaysia di bangun kan n di merdekakan oleh umno, malayu pas yg patut msk umno untuk bersatu,bkn umno yg kne msk pas yg tiada rekod mentadbir negara. so, hazril kene bc sejarah negara, jgn nk tgk kn sgt pas yg xde rekod n xlayak ckp nk jd ketua satukan mlayu..kalo pas kurng kn ego PRU12, insylh mlayu bleh besatu..
ok nazril xpuas ati bleh reply..aku jwp nnt.
FATAH

Sedingin Salju said...

Betul, Pas mesti bersatu dengan Umno. Tak payahlah kutuk Umno itu dan ini. Sekarang depa pun sama jugak. Bersatulah demi menyelamatkan bangsa.

Betul Umno ada salah. Tetapi, tidak bolehkah kesalahan itu diatasi? Sedangkan tuhan pun mengampunkan umatnya.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan