LEE KUAN YEW DINASIHATI JANGAN PERCAYA MELAYU

on Thursday, November 13

1. KENYATAAN Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Bukan Melayu pun boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia bukanlah perkara mengejutkan. Secara teknikalnya, Tun Dr. Ling Liong Sik sudah pernah menjadi Pengerusi BN semasa UMNO diharamkan pada tahun 1988 dahulu.

2. Dalam Mesyuarat MT BN ketika itu, Dr Mahathir bertuah kerana dibenarkan oleh Tun Dr Ling Liong Sik untuk masuk mesyuarat, selepas Dr Mahathir menunggu beberapa lama .

3. Pada awal tahun 1960, Tunku Abd Rahman hendak melantik Tun Tan Siew Sin sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi dihalang oleh Lee Kuan Yew ( PAP ). Lee Kuan Yew tidak mahu ada pencabar di kalangan kaumnya, malah Lee Kuan Yew membuat kenyataan yang pelik apabila menuduh pemimpin-pemimpin MCA rapat dengan ideologi Komunis.

4. Lee Kuan Yew tidak mengakui dirinya Komunis walaupun mengaku berasal dari selatan China, malah Lee Kuan Yew berjumpa Tito di Eropah dan mengatakan dirinya benci Komunis dan dirinya adalah nasional tulen.

5. Penulis tidak percaya orang Melayu akan menjadi PM di Singapura walau apapun keadaannya. Lee Kuan Yew telah menanamkan ideologi kepada para penggantinya bahawa orang Melayu jangan diberi peluang mentadbir Singapura walau dalam apa bidang ( tentera, polis, Menteri dll ). Inilah nasihat yang diberikan kepada Lee KUan Yew oleh penasihatnya yang berasal dari Belanda pada awal tahun 1960 dahulu!

6. Maka, bagaimana kita nak bentuk negara Malaysia yang bersatu? jika DAP yang begitu berpengaruh ke atas Anwar sekarang tidak memberikan Nilai pun kepada Istilah Melayu, Raja-Raja, agama Islam dan bahasa Melayu.

7. Suara DAP = Suara PAP = Suara Lee Kuan Yew = Suara Lim Kit Siang = Suara Anwar = Suara Husam Erdogan = semuanya bersatu untuk melenyapkan ketuanan bangsa Melayu yang beragama Islam. JIka ditulis seperti ini, mereka akan kata ini tulisan rasis...soalnya Sila buka suratkhabar Cina sekarang...apakah mereka tidak rasis?

Bagi penulis, untuk mengelak perlakuan rasis oleh semua kaum, kita kena kembali kepada Perlembagaan negara kita dan Wasiat Raja-Raja Melayu pada tahun 1957!

5 Komen:

Samsudin said...

Saya setuju dengan penulis. Untuk mengelakkan daripada kehancuran perpaduan kaum di Malaysia. maka wajarlah kita kembali kepada Perlembagaan yang dah disusun elok untuk diguna pakai sampai bila-bila. Jika itu berlaku, maka Malaysia akan kembali aman. Cuma satu je yang menjadi penghalang iaitu Anwar Ibrahim yang jelas memberi laluan kepada bangsa lain untuk mempertikaikan keistimewaan Melayu dan Islam...

Sedingin Salju said...

ya setuju dengan penulis.

PEJUANG MELAYU said...

setuju dgn penulis ..

cuma kenyataan Tun itu agak merbahaya dan boleh dijadikan modal pembangkang ..

Omong said...

maka atikel 153 pun boleh diubah suai mengikut keadaan semasa

'keadilan' sentiasa akan digunakan utk meyakinkan rakyat

rakyat yg tiada hak politik atau pun kekayaan terpaksa akur

drp tuan tanah menjadi tuan rumah pangsa 99 tahun sahaja

Gerila Malaya said...

Salam tuan Jentayu,

Mereka yang mempertikaikan kedudukan Islam dan orang Melayu berasaskan kepada kumpulan yg western / american system educated. Ramai mastermind2 tu tak reti cakap Melayu pun. Tapi mereka ni la menghasut yg lain tu supaya berjuang utk menjadikan Malaysia ni kununnya bebas macam Amerika.

Mereka ni tak faham sentiment orang Melayu pun. The Malay thing. Mereka cari pasal, buat demontrasi, forum mencabar, letak babi kat pagar dll dan mereka lihat orang2 Melayu semakin senyap. Mereka tak pernah kaji sejarah, mereka taknak faham budaya orang Melayu. Melayu semakin senyap itu semakin cautious. Semakin dekat pada tindakan.

Betul kata seorang pemerhati daripada Bangladesh, orang Melayu ini diasak akan berundur dan berundur. Sehinggalah sampai kepada dinding di belakangnya. Had dimana dia tidak boleh berundur lagi. Orang2 yg mengkaji sejarah dan budaya orang2 Melayu memahami keadaan sebegini.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan