PAK LAH/NAJIB PRAKTIKAL vs ANWAR/KIT SIANG RETORIK

on Tuesday, November 18

1. BEBERAPA pelan tindakan ekonomi yang dilancarkan oleh DS Najib Tun Razak mengingatkan kita kepada pelan pembangunan yang telah dibuat oleh allahyarham Tun Razak.

Jika berkesempatan, ada satu novel yang ditulis oleh Zaharah Nawawi 20 tahun dahulu ( tidak ingat tajuk )sangat sesuai dibaca untuk melihat bagaimana peneroka membuka tanah-tanah Felda di bawah pelan pembangunan ekonomi ketika itu.

2. Penulis berpendapat, DS Najib sudah pasti akan berjaya membuat jasa yang lebih besar daripada itu kerana kedudukan ekonomi negara yag baik sekarang membolehkan perancangan dan pembangunan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Berbeza dengan DS Anwar yang banyak retorik dan kata-kata yang megah-megah tetapi kurang pelaksanaan dan janji-janji kosong sahaja.

Seperti kata MSO dan lain-lainnya, Anwar sepatutnya menumpukan 5 Negeri yang dikuasainya sekarang, melupakan mimpi indah menjawat Perdana Menteri, sebaliknya buktikan dahulu janji-janji pilihanraya di 5 negeri itu.

Bukti terbaru bagaimana Kerajaan Kebajikan yang diketuai oleh Menteri Besar Guthrie menaikkan sewa rumah rakyat miskin daripada RM120 kepada RM240. Contoh-contoh lain boleh dilihat bagaimana janji-janji pilihanraya tinggal janji sahaja ( Rujuk Janji Pilihanraya PKR ).

3. Keperluan rakyat sekarang bukan nak menjadikan DS Anwar PM, keperluan rakyat sekarang ialah bagaimana mereka boleh survive dengan kepadatan penduduk yang semakin besar ini. Hari ini harga minyak diturunkan lagi, tidak perlu pun menunggu DS Anwar menjadi PM ( Anwar dalam debat hanya menjanjikan penurunan 5o sen sahaja ) sedangkan kerajaan sekarang sudahpun menurunkan hampir RM1.00, dan dijangka akan turun lagi dalam masa terdekat.

Maknanya Anwar berucap menggunakan agak-agak sahaja, main teka-teka angka sahaja, semata-mata untuk mengambil hati rakyat.

4. Berbeza dengan tindakan Pak Lah dan DS Najib, yang melakukannya berdasarkan kajian, kiraan, dan keputusan memastikan rakyat dan negara akan menikmati hidup ang lebih sempurna dalam semua bidang.

5. Berbeza Anwar, dia menjanjikan penurunan 50 sen tetapi tidak melihat kepada kesan kepada sektor lain. Pendek kata, tiada kajian mendalam, hanya berdasarkan emosi dan retorik sahaja. Dalam permainan pilitik, bercakap cara retorik memang disukai rakyat.

6. Tidaklah menghairankan kalau Anwar berjanji setiap rakyat akan diberi RM1,000 setiap bulan, tetapi lihatlah Janji seperti itu di Selangor. Mereka janji nak bagi wang kepada ibu tunggal, pelajar dan bla bla janji lagi setiap bulan....tetapi apa rakyat Selangor dapat= Sewa rumah miskin dinaikkan daripada RM120 kepada RM240. Inilah minda DS Anwar, MB Guthrie dan kawan-kawan yang sewaktu dengannya.

7. Maka PRU13 masih nak undi mereka lagi kah?

8 Komen:

Pejuang Bangsa said...

jentayu

menaikkan sewa ini sudah buat rakyat susah .. jadi rakyat selangor terutama Melayu supaya fikir semula ini .Kerajaan Khalid Guthrie tidak akan ke mana seperti juga PP ,Perak .Perbentangan budget mereka indah kahbar dari rupa. Mereka sebenarnya tidak tahu memerintah tetapi hanya pandai cakap retorik shj.

di PP contohnya, nak hapus miskin tegar pun nak ajak UMNO sedangkan UMNO dituduh koyak borang pemohonan keja bukan melayu .

Mankanan said...

Satu artikel bagus daripada jentayu. Memang kerajaan PR hanya pandai menabur janji tapi untuk tunaikannya jauh sama sekali.. Itulah dasar kerajaan PR yang hanya membuat rakyat terlalu mengharap dan akhirnya kecewa. Baru-baru ini kerajaan negeri Selangor telah menaikkan gaji guru KAFA. Ini merupakan satu tindakan yang bagus tapi adalah ia ikhlas atau semata-mata untuk mengaburi mata rakyat? Apa jadi dengan kadar sewa perumahan rakyat yang dinaikkan itu?

emma said...

penyokong pembangkang patut baca entry yang bernas ni. seharusnya mereka dah buka mata. jgn terpengaruh dgn retorik. harga minyak turun naik sbb pasaran dunia. jgn emosi mengatasi akal!

Q33NY said...

artikel yang bagus dari Jentayu.sepatutnya Anwar lebih menumpukan pada 5 negeri dibawah jajahan PR dan buktikan yang dia mampu untuk mengurus kesemua 5 negeri tersebut bersama parti yang lain dengan baik.bukan hanya setakat memberi tarikh untuk membentuk kerajaan baru dan bersilih ganti tarikh tersebut.rakyat mahu nasib mereka terbela dan bukannya dihujani oleh janji semata-mata.

punk said...

Anwar dan Lim Kit Siang kerjanya hanya tahu menghentam kerajaan.apapun yang kerajaan buat semuanya salah.bukan nak kata apa yang kerajaan buat semua tu betul,tapi Anwar dan Lim Kit Siang nampak tak puas hati pada segala tindakan yang dilakukan kerajaan.

sekarang ni kerajaan dah turunkan harga minyak sebanyak lima kali.mana pergi suara Anwar dan Lim Kit Siang tentang hal ini?.sebelum ini mereka beria sangat mahukan minyak turun.

Sedingin Salju said...

Orang yang pandai berkata-kata, ibarat tin kosong. Bila suruh dia buat, hancur segala.

PeminatJutawanMalaysia said...

satu artikel yang agak menarik untuk dibaca ni...lega harga minyak dah turun alhamdulilah jadilah kita antara yang bersyukur

mimpi916 said...

Jangan dilayan sangat perangai anwar tu. Memang ramai yang marah dengan kenaikan sewa rumah tu sampai ada yang nak berdemo berbogel!!

Beginilah jika pemerintahan diberikan kepada orang yang bongkak dan hanya tahu berjanji.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan