SEMENANJUNG TANAH MELAYU BUKAN SEMENANJUNG MALAYSIA

on Sunday, November 9

1. SEANDAINYA Presiden Sukarno Indonesia tidak terburu-buru mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945, nescaya Tanah Melayu, Borneo dan Sarawak akan merdeka bersama-sama. Pertemuan Sukarno, Ibrahim Yaakob,Dr. Burhanudin Helmy tahun 1945 di Taiping untuk membincangkan kemerdekaan Melayu Raya tidak disusuli pertemuan kedua, barangkali kondisi ketika itu tidak mengizinkan. Barangkali sebab itu Indonesia merdeka sendiri.

2. Peristiwa ini penting untuk menghuraikan konsep Ketuanan Melayu yang diketepikan oleh sesetengah pemimpin ultra-non malay sekarang. Harus diingat, sebelum wujudnya Malaysia ( Malaysia ditentang juga oleh PAS, malah PAS membawa kes ini ke Mahkamah kerana tidak bersetuju Sabah, Sarawak, Singapura menyertai Malaysia ), Federation Malaysia itu asalnya Negeri-Negeri Melayu, sepatutnya Semenanjung Malaysia ini disebut Semenanjung Tanah Melayu sebagaimana di Borneo disebut Sabah & Sarawak.

Jika ada pihak mempersoalkan Sejarah negara kita, apa kata kita pusing balik sejarah negara kita dengan menukar Semenanjung Malaysia ini ditukar kepada Semenanjung Tanah Melayu.

3. Begitu juga bahasa Malaysia sepatutnya disebut bahasa Melayu. Ini sudah termaktub dalam Perlembagaan yang makna Perlembagaan menyebut dalam Perkara 152 perkataan bahasa Melayu bukan bahasa Malaysia. Malah perlembagaan menyatakan bahasa Melayu hendaklah ditulis dengan menggunakan Tulisan Jawi, dan boleh juga digunakan tulisan Rumi.

4. Jadi mereka yang mempersoalkan tulisan Jawi ini perlu melihat kembali Perlembagaan negara kita. Jika Peraturan di Pulau Pinang membenarkan Penggunaan bahasa dan tulisan lain ia sudah melanggar prinsip Ketertinggian Perlembagaan dan ia secara automatik terbatal.

5. Demikian halnya Hak Keistimewaan Orang-Orang Melayu. Dinyatakan dalam Perembagaan Hak Istimewa Bangsa Melayu hanya boleh dibincangkan, diturunkan, dikuasakan, ditarikbalik, ditambah, dirombak oleh Raja-Raja Melayu saja dalam Majlis Raja-Raja. Bukannya di Parlimen! YB-YB kita termasuk dalam BN ( UMNO ) ada yang tidak faham peruntkan ini, sehingga mereka membahaskan dalam Parlimen. Sepatutnya kita kena menghadap Raja-Raja untuk membincangkan Hak Istimewa Melayu.

6.. Anwar tidak boleh diharap untuk mempertahan bangsa Melayu dan agama Islam kerana pemikiran liberalnya dan dasar-dasarnya dalam Pakatan Rakyat mengenepikan hak=hak asal Melayu. Anwar memperjuangkan Kesamarataan walhal konsep Kesamarataan tidak boleh diaplikasikan dalam negara kita. Perlembagaan tidak membenarkan.Anwar memperjuangkan Ketuanan Rakyat, Kesamarataan, menghapuskan Keistimewaan Melayu memanglah Bukan Melayu akan menyokong beliau.

7a. Bercakap soal Kesamarataan, jika orang Melayu yang menetap di negara China agak-agaknya bolehkah mereka menuntut Kesamarataan di sana, memohon Sekolah Melayu, Suratkhabar Melayu dsbnya.

7b. Maka itu, apakah maksud Exco Selangor bercakap mana-mana rumah ibadat yang tidak mendapat kelulusan Majis Daerah boleh juga dirobhkan termasuklah surau. Begitu juga rancangan hendak membuat gereja terbesar di Selangor.

7c. Anwar sudah lari dari perjuangan asalnya dulu. Perjuangan Islamnya pun sudah cukup jauh ke Amerika, German dan Hong Kong. Sebab itu, penulis tidak hairan orang Melayu majoritinya menolak PKR dan Anwar dalam Projek 916-nya.

5 Komen:

armouris said...

bukan ke umno yang tukarkan istilah bahasa malaysia ke bahasa melayu? umno juga yang menyebabkan anak2 melayu buta jawi kerana mengeluarkan subjek tulisan jawi daripada silibus pendidikan sekolah?

ok tak perlulah kita sibuk2 cari sape salah. sekarang sila yang pegang kuasa hari ini, betulkan balik apa2 yang tak betul...

-----------------------
Derma Rumah Anak Yatim Budi Mulia, Perak
Awasi Tanda-tanda Strok
Dangers of Plastic in Food

Pok Nik Klate said...

Apa-apa pun kenyataan PM Singapura boleh di renungkan semula dan dan berbanyak2 kali..
"Belum sampai masanya PM Singapura dari kaum lain (selain Cina)". Jadi tak payah sangat nak menyalahkan UMNO dalam pelbagai hal. Yang penting org melayu mesti bersatu dalam serangan dan permintaan yg melampau dari kaum lain di Malaysia.

Melayu tidak pernah pun merampas hak kaum lain di Malaysia. Keistimewaan org Melayu adalah termaktub didalam Artikel Perlembagaan. Kalau kaum lain tak faham Perlembagaan yg ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, maka adalah wajar terjemahkan dalam bahasa Mandarin atau Tamil.

Pemilikan ekuiti dalam syarikat sebanyak 30% tidak perlu diungkit. Tiada keistemewaan apa2 pun dalam pemilikan ekuiti ini. Tender khas utk bumiputera juga tidak perlu dijadikan isu kerana walaupun bumiputera yg memperolehi sesuatu tender, hakikatnya keuntungan yg besar pergi kpd kaum Cina. Sbg contoh tender membina bangunan bernilai RM10juta. Barangan pembinaan merangkumi 75% (RM7.5 juta), maknanya yg tinggal 25% (RM2.5j) adalah utk pengawasan projek, kos buruh, bayaran levi(CIDB etc) dan kuntungan. Maka keuntungan sebenar kpd kontraktor bumiputera hanyalah 7.5%-10% (RM750ribu- RM1j). Manakala dari pembekalan barangan binaan yg hampir 100% dikuasai oleh Cina, dari 75% ini keuntungan mereka adalah dalam lingkungan 25-35% (RM1.875 - RM2.625j). Bukankah Cina ini lebih mengait keuntungan berbanding kontraktor itu sendiri? Bukankah ini juga satu perkongsian perniagaan?

Jadi kepada Melayu2 dalam UMNO atau diluar UMNO atau yg tidak memikirkan langsung hal2 Melayu.. bukalah MATA dan MINDA seluas-luasnya..

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

Salam

1. Jika Tanah Melayu merdeka dibawah perjuangan pejuang kemerdekaan Ibrahim Yaakob,Dr. Burhanudin Helmy dan rakan-rakan, sudah tentu corak sosial ekonomi kita berbeza sama sekali.
2. Perjuangan UMNO telah menyebabkan Melayu kehilangan banyak hak bukan sekadar soal bahasa atau tulisan jawi.
3. Cuba kita fikir mengapa ada dikalangan pejuang kemerdekaan Melayu bertukar ideologi mereka tanpa kerelaan mereka. Siapakah yang menghimpit dan mengkhianati mereka.
4. Siapakah yang mengkhianati siapa.
Kita fikirlah bersama-sama.

Q33NY said...

tak rasa singapura akan ada PM dari kalangan orang Melayu sebab memang kita dah tahu yang kat sana lebih ramai cina dari melayu.jadi takkan orang cina mahu orang melayu jadi pm,kan?

selalunya kita selalu dgr yang pembangkang memuji-muji Singapura tapi tak pernah pembangkang menyentuh langsung tentang hal PM Singapura yang semuanya dari kalangan orang Cina.

bukan hendak jadi rasis.tetapi itulah kenyataan.disemua tempat dan dimana-manapun suara majoriti yang akan dipilih.

Sedingin Salju said...

Adakah Pas tidak bersalah? Adakah Pas semuanya betul dan semua kesalahan diletak pada Umno?

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan